Sukaneka Sekolah Taman Selasih

Standard

Assalammualaikum.

Pertama kali saya mahu tulis blog sendiri. Sebab Mama kata saya sudah besar.

Hari itu sekolah saya ada sukan.

Cikgu kelas kami, Cikgu Fauziah suruh pakai topi. Tetapi tidak lama selepas pakai topi saya tercabut dari dalam kelas. Tengoklah dalam gambar tu, saya sudah tidak ada topi hahaha. Tinggal topeng saja.

2T7R1538  2T7R1551

Yang ini gambar masa perarakan. Nampak saya tak?

2T7R1553 2T7R1559

Yang ini pula masa nak berlari. Cikgu sudah suruh buka topeng dan topi.

2T7R1572 2T7R1600

Cikgu suruh beratur.

2T7R1602

Saya sudah berlari laju-laju. Tapi kumpulan kami dapat nombor 3. Sebab ahli Kumpulan B ada yang tidak ikut peraturan.

2T7R1611

Kami tidak dapat pingat pun. Huhuhu

2T7R1622 2T7R1632

Itulah hadiah saya. Bekas makanan saja. Saya tidak gembira pasal itu muka saya dalam ini masam. Hihihi.

Bye. Jumpa lagi.

Helo Disember: Hari Lahir Ke 6 ^_^

Standard

Alhamdulillah, pada 7 Disember 2014 yang lalu genaplah 6 tahun usia saya.

Bersempena dengan hari lahir ini, saya telah menetapkan undang-undang istimewa untuk Mama dan Ayah. Hmm, mahu tahu apa yang saya tetapkan?

Syyy…sebenarnya ia adalah rahsia kami bertiga..Tetapi demi blog ini, saya kongsikan jugalah undang-undang istimewa itu di sini..hihi

1) Mama dan Ayah tidak boleh marah-marah saya pada tarikh istimewa saya ini,

2) bulan Disember adalah bulan kelahiran saya. Tiada sesiapa pun di antara mereka berdua dibenarkan meninggi suara, memukul mahupun mencubit saya sepanjang bulan ini🙂

Hebat, bukan? Hihi. Inilah Disember saya…

2T7R1508 2T7R1509

Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, tiada goody bag mahupun kek yang Mama sediakan buat kawan-kawan di tadika pada tahun ini sementelah sekolah sudah mula bercuti. Sedihnya😦

Bagi mengubati sedikit kekecewaan di hati saya itu, Mama bawa saya makan kek aiskrim di Baskin Robbins.

2T7R1512 2T7R1520

Mama belikan kek World Class Chocolate, sebab saya suka kek coklat..Sedap! Terima kasih Mama. Saya sangat gembira.

Selamat Pengantin Baru Auntie Sheera

Standard

Assalammualaikum..

Horee, akhirnya cuti persekolahan pun tiba. Dalam saya bergembira dengan cuti yang panjang ini, terbit juga rasa gementar saya apabila teringat yang tidak lama lagi saya akan menempuh alam persekolahan yang baru. Ya, kurang sebulan lagi, saya akan belajar di tahun 1.

Oh! Berbalik kepada cerita asal berkenaan cuti sekolah tadi. Cuti persekolahan saya bermula dengan menghadiri majlis perkahwinan Auntie Sheera, sepupu Mama di Taman Meru, Ipoh.

2T7R1278

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan meriah. Tentulah, Auntie Sheera merupakan anak tunggal Opahsu dan Toksu🙂

Saya kongsikan sedikit gambar hari bahagia Auntie Sheera yang saya ambil dari kamera Ayah untuk tatapan bersama.

2T7R1291 2T7R1306

Auntie Sheera sangat cantik dengan persalinan berwarna peach. Pandai Auntie Sheera memilih warna.

2T7R1313

Mujurlah Auntie Sheera sudah ada pengapit, jika tidak pasti saya sudah berada di tepi pengantin..hihi

Disebabkan Auntie Sheera bertemu jodoh dengan Uncle Asyraf yang juga tinggal di Ipoh, kenduri bertandang dibuat pada keesokannya..cool, bukan?

2T7R1359

Aha, ada juga gambar kami sekeping🙂

2T7R1405

Untuk majlis bertandang, Auntie Sheera mengenakan dress berwarna hijau lembut.

2T7R1417 2T7R1451

Saya rasa Auntie macam princess! Sangat cantik..

Tahniah buat Auntie Sheera dan Uncle Asyraf. Saya doakan semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin.

Annual Ihtifal Little Caliphs 2014

Standard

Assalammualaikum,

Hore! Semalam, 15 November 2014, Tadika Little Caliphs, Banjaria Court telah menganjurkan satu Majlis Ihtifal di Plaza Flamingo. Hari Ihtifal ini turut disertai oleh pelajar-pelajar dari cawangan Taman Melati. Kira-kira 55 orang pelajar 6 tahun diraikan pada hari itu.

Pelbagai persediaan yang Teacher buat bagi memeriahkan majlis ini. Lebih kurang 2, 3 minggu yang lepas, saya dan kawan-kawan berhabis-habisan berlatih untuk pelbagai persembahan. Ada yang mengambil bahagian dalam acara dikir barat, nasyid, bacaan hadis, bacaan ayat-ayat lazim dan terjemahan dan juga seni lakon.

Sudah tentulah saya pun turut serta dalam salah satu acara🙂

2T7R0760

Ketika ini kami membaca surah Yasin ayat 1-12. Alhamdulillah, kami berjaya menghafaz dalam tempoh 2-3 minggu sahaja.

Terima kasih Ayah tidak jemu-jemu menenangkan saya ketika saya stress mahu menghafaz.

2T7R0810 2T7R0856

Jeng, jeng, jeng…boleh nampak saya? Ya, sayalah itu..di depan saya, rakan baik saya Amni. Pada masa ini kami menunggu giliran untuk mempersembahkan lakonan pendek, Princess Zulaikha and The 7 Dwarfs.

2T7R0918 2T7R0943

Di dalam lakonan itu, saya membawakan watak sebagai dayang bersama-sama dengan Amni. Yang memakai dress Frozen itu Dania. Dania memegang watak sebagai Princess Zulaikha.

2T7R0949

Saya ingat pesan Mama supaya enjoy dengan persembahan dan buat yang terbaikAlhamdulillah semuanya berjalan lancar, hihi.

2T7R1006 2T7R1007

Setelah habis persembahan, tibalah masa untuk acara kemuncak.

2T7R1031 2T7R1037

Tadaaaaa…cool, bukan?

Jutaan terima kasih buat Teacher-Teacher yang telah banyak membantu saya sepanjang saya bersekolah di sini. Semoga Allah membalas budi baik Teacher sekalian. Amin.

2T7R1042 2T7R1047

Alhamdulillah, saya sudah bergelar graduan tadika Little Caliphs🙂

Agak-agaknya saya boleh gunakan sijil ini untuk mula bekerjakah?😀

2T7R1049 2T7R1058

Seperti biasalah, apabila ada acara penting (mahu pun tidak), Ayah dan Mama lah orang paling sibuk.

2T7R1059 2T7R1071

Paling sibuk mahu bergambar. Tengoklah gelagat Mama itu…😉

2T7R1074 2T7R1103

Bertenanglah, Ayah dan Mama. Ini baru sijil tadika. Hihi

2T7R1171 2T7R1232

Semoga Allah permudahkan masa hadapan saya..Amin.

2T7R1254

Oh, perkenalkan..ini kawan sekelas saya. Namanya Aisyah Humairah. Pada masa ini hanya kami sahaja yang tinggal. Ruginya tidak dapat bergambar kenangan bersama-sama rakan-rakan yang lain..😦

2T7R1263

Sebelum mengundurkan diri, saya kongsikan gambar close up hadiah daripada Mama untuk saya sempena Ihtifal semalam. Saya sudah berikan nama pada bear yang cilik itu. Namanya Caca, comel bukan?

Akhirkata sehingga berjumpa lagi. Debaran saya belum habis, mohon doakan saya untuk ujian saringan dan orientasi Tahun 1 yang bakal diadakan pada minggu hadapan ya.

Terima kasih🙂

Wassalam.

Menghirup Udara Petang Di Titiwangsa

Standard

Assalammualaikum,

Setelah berminggu-minggu memujuk rayu Ayah supaya membawa saya ke Taman Tasik Titiwangsa, akhirnya Ayah tunaikan permintaan saya itu.

2T7R0580 2T7R0600

Alhamdulillah, mujurlah cuaca pada hari itu cerah..Sebenarnya bermacam-macam alasan saya cipta supaya Ayah bersetuju membawa kami ke sini.

2T7R0616 2T7R0633

Sehinggakan saya berjaya membuat rundingan kecil, jika Ayah bawa saya ke taman saya akan berikan posing terbaik untuknya.

2T7R0641 2T7R0651

Oh, sudah tentulah Ayah bersetuju..Ayah sayangkan saya. Hihihi

2T7R0654 2T7R0659

Jadi inilah antara pose-pose menarik yang saya janjikan itu. Alhamdulillah si anak happy, Ayah pun puas hati…🙂

2T7R0674

Harap-harap selepas ini saya boleh bermain skuter pula.

Terima kasih Ayah. Ayah sememangnya tidak pernah mengecewakan hajat saya🙂

Sukan Tahunan Little Caliphs 2014

Standard

Assalammualaikum.

Setelah empat bulan menyepi, saya muncul kembali dengan entri terbaru. Tidak banyak cerita terkini yang dapat saya kongsikan sepanjang tempoh sepi saya itu..hihi.

Entri kali ini saya mahu cerita tentang acara sukan tahunan tadika saya pada hujung minggu yang lalu.

Jika pada tahun lepas kami bersukan di Taman Metropolitan Kepong, tahun ini sukan kami diadakan di dewan sekolah pula. Alhamdulillah, lebih selesa.

Hanya 2 buah cawangan sekolah sahaja yang bertanding pada acara sukan kali ini. Setiap sekolah dibahagikan pula kepada dua pasukan. Brinjal dan Broccoli mewakili cawangan sekolah saya, Banjaria Court.

2T7R0130 

Hijau adalah warna tema pasukan Broccoli. Brinjal pula berwarna ungu.

2T7R0035 2T7R9997 

Seperti biasa, sebelum acara sukan bermula pasti ada persembahan murid.

2T7R0058 2T7R9947

Tadika kami persembahkan tarian dari dua buah lagu…Penat juga menari. Mujur stamina masih okey..😉

 najmi2 najmi

Acara sukan dimulakan dengan kategori murid 4 tahun, salah seorang peserta yang saya kenal rapat ialah; Najmi. Hihi..Sempat jugalah Ayah ambil 2 keping gambar candid dia.

Najmi sangat bersemangat. Kita boleh lihat dari gambar bagaimana Najmi memberikan sokongan moral kepada rakan sepasukannya..hihihi.

2T7R0171 2T7R0227

Chit-chat dengan kawan sepasukan, sementara menunggu giliran.

2T7R0214 2T7R0229

Debaran menanti giliran untuk beraksi..Ayah pula sibuk merakam aksi..hmm

2T7R0257 

Ehem! Ada gaya atlit professional atau tidak? Jangan tidak tahu ya, pasukan Broccoli memenangi tempat pertama dan kedua dalam dua acara sukan dalam kategori murid 6 tahun, paling membanggakan saya merupakan salah seorang ahli pasukannya🙂

2T7R02862T7R0303

Inilah saat-saat yang dinanti-nantikan. Majlis penyampaian pingat. Rasa seperti atlit sukan professional pula apabila ramai kameraman mengambil gambar kami di pentas..hihihi

2T7R0337

Hey, inilah pingat saya. Meskipun Broccoli hanya mendapat tempat kedua, tetapi kami tetap dianugerahkan pingat emas! Sebenarnya kesemua 4 pasukan pun mendapat pingat emas. Hihi

2T7R0350

Oh! Mari saya perkenalkan..yang berbaju ungu di tengah-tengah itu, kawan baik saya Amni, dan yang si kecil molek itu bernama Alisya. Amni dari pasukan Brinjal.

Tahniah buat Amni, pasukan Brinjal dapat tempat pertama dalam acara sukan kali ini.

Ya! Tempat pertama dan kedua dari cawangan Banjaria Court. Happy nya!

Saya akan simpan baik-baik memori ini sementelah ini tahun terakhir saya bersekolah di sini sebelum menjejakkan kaki ke sekolah rendah tahun hadapan.

Sehingga berjumpa lagi. Wassalam..

Video Promo Pesta Buku Antarabangsa PTS – “Bagaimana mahu ke Booth PTS #pbaklbukupts”

Standard

Assalammualaikum.

Setelah sekian lama, baru hari ini saya berkesempatan untuk update blog.

Entri kali ini saya mahu tulis tentang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 yang bermula esok.

Hore! Saya sangat teruja setiap kali tibanya PBAKL. Kebiasaannya sementara menunggu Mama habis bertugas, Ayah akan bawa saya membeli buku. Yang seronoknya di Pesta Buku, ada banyak gerai dan ada banyakkk pilihan buku :)

Oh! Hampir terlupa pula niat asal saya yang mahu berkongsi promote video promo PBAKL terbitan PTS tentang pandu arah ke booth jualan mereka.

Jangan tidak tahu, video promo ini turut memuatkan rakaman suara saya ;)

Terima kasih kepada Tim Marketing PTS yang memberikan kepercayaan dan peluang kepada saya. Macam tahu-tahu sahaja saya memang berkeinginan mencuba sesi recording. Jemput dengar ya..

Akhir sekali, sehingga berjumpa lagi. Ayuh serbu boothPTS!

Bagaimana mahu ke Booth PTS #pbaklbukupts: http://youtu.be/nJbjo0gXXrg