Monthly Archives: August 2010

Moyang: Dalam kenangan..

Standard

Subuh Ahad yang lalu, (29/08/2010) kami sekeluarga telah dikejutkan dengan berita sedih; pemergian oyang yang tersayang ke Rahmatullah. Saya diberitahu, Oyang meninggal pada usia 78 tahun kerana sakit tua.

Moyang, di majlis perkahwinan Ayah Nyah 20/12/2009

Kini, tiada lagi panggilan mesra; Siti Aisyah dari Oyang untuk saya..juga, saya tidak dapat lagi merasai belaian dan ciuman mesra daripada Oyang.

Oyang, doaku semoga Allah merahmati rohmu di sana, Amin..

Al-Fatihah..

Berbuka luar..

Standard

 Hai, hari ini saya berbuka di luar..

Kali ini saya meminta mama pakaikan saya tudung saya yang baru..

Ehem! Sebenarnya ini tudung raya saya..tetapi baru hari ini saya berjaya menggayakannya, sebelum ini mama tidak benarkan saya memakainya..hehe

Bergaya sakan, bukan?

Close-up sikit..Cak!

Saya agak moody ketika ini.

Lepas berbuka puasa, ayah bawa saya tengok air pancut..mulanya saya sekadar memerhati dari jauh..maklumlah, malu-malu kucing 😛

Lama-kelamaan saya sudah begitu hampir dengan air pancut itu. Sekiranya tiada mama dan ayah ketika itu, mahu sahaja saya cuit-cuit air pancut itu 😀

Tengok, bukan sahaja saya, malahan mama juga teruja melihat air pancut itu! Hehe

Seronoknya! Sesuatu yang baru bagi saya..terima kasih ayah. Nanti bawa saya ke sini lagi, ya?

Sabtu datang lagi

Standard

Pagi Sabtu, memang rutin saya menghantar ayah kerja. Jika tidak ayah akan malas bekerja 😀

 Aksi saya: mama sedang mengajar saya membuat tanda ‘peace’. Bagi ayah tanda itu membawa maksud ‘victory’..

Isk! susah juga ya nak tegakkan jari ni..

Saya? Ikutkan saja..

 

Bye, ayah..pandu baik-baik. Jangan lupa ya, petang nanti ayah dah janji nak bawa saya jalan-jalan lagi, nanti senang saya nak update blog 🙂

Kawan saya bergaduh..

Standard

Hari ini saya bercuti. Saya diberitahu, hari ini Nuzul Quran. Oleh kerana taska cuti, mama akan menjaga saya hari ini. Jadi ayah keluar kerja seorang diri sahaja hari ini..kasihan ayah, lalu saya menghantarnya pergi kerja (sehingga ke tempat letak kereta)..hehe

Pose bersama ayah sebelum pergi kerja

Ehem! Inilah ayah saya. Saya sayangkan ayah. Bila ayah tiada, saya akan mencari-cari ayah dan juga menelefonnya. Kami mempunyai banyak aktiviti bersama. Yang seronoknya bersama ayah, dia membenarkan segala aktiviti lasak diperlakukan kepadanya berbanding mama..(mama, semua pun tidak boleh! hehe)

Tetapi, agak pelik. Bila ayah di sisi, saya lebih kerap menangis..Kami juga kerap bergaduh..sehinggakan kata mama, kami adalah ‘kawan bergaduh’!

Hmm..kenapa, ya?

Sahur?..

Standard

Oleh kerana kepenatan, saya tidak sedar untuk bangun sahur subuh semalam.

Jadi, saya terpaksa bersahur di dalam kereta sahaja sebelum ke sekolah pagi semalam..

Kata mama, bersahur itu sunnah Nabi. Tetapi, adakah saya masih dikira bersahur apabila saya makan pada waktu begini? Uwaa..