Monthly Archives: September 2010

Jamuan Hari Raya

Standard

 Semalam saya berpeluang menghadiri majlis hari hari raya kelolaan pejabat mama..

Selain dari makan, saya berpeluang membuat aktiviti sendiri..

..seperti mengemas.

Hm, lantai bersepah..biar saya tolong kutip kelopak bunga yang gugur ini..

Bersama aunty Rafiza sambil diperhatikan oleh abang Najwan..

(Hm, rasa seperti selebriti pula..dari awal hingga akhir majlis ada sahaja kawan mama yang mahu bersalaman dengan saya) 🙂

“saya mahu ke sana..”

..melihat keletah kawan-kawan lain..

..sudah kepenatan.

(Alahai..ayah kenapa muka aunty Anim tak nampak ni).

Di tengah-tengah kesibukan semua mengemas, saya pun ada misi mengemas juga; mengemas beg mama 😀

Akhirnya..dapat juga bergambar bersama nenek 🙂

Advertisements

Alahai…

Standard

 Seperti biasa, sebelum ke sekolah saya akan bersarapan dahulu. Tetapi pagi semalam agak berbeza; sambil bersarapan, saya sempat menonton dvd Upin & Ipin yang ayah baru belikan untuk saya. Seronok, terima kasih ayah!

Ok, abaikan mainan-mainan yang berselerakan..ya, itu memang hasil kerja saya..hehehe

Tiba masa untuk ke sekolah..

Oh ya! Itulah buku mewarna yang mama baru belikan untuk saya. Maklumlah, nama pun buku baru, perlu bawa sekali ni! 😀

Di perkarangan sekolah..hm, saya mula tidak sedap hati..air muka juga sudah berubah, perlu tunjuk muka sedih.. 😀

Sudah di sekolah bersama cikgu Ani..

Beginilah saya sejak bercuti seminggu untuk beraya, menangis ketika dihantar. Saya rasa sedih ditinggalkan dan berasa berat hati untuk ke sekolah.

..tetapi kantoi betullah! Cikgu Ika sudah beritahu pula pada mama; yang saya baik-baik sahaja dan aktif bermain dengan kawan-kawan seperti minggu-minggu sebelumnya setelah ditinggalkan..(haih, jika sudah begini, bagaimana saya mahu meraih simpati daripada mama dan ayah lagi!) hehehe

Mood, Sticker dan Panggilan Telefon dari Opah

Standard

Beginilah saya di hari pertama sekolah setelah seminggu bercuti raya..

Mood pun tidak baik..jadi, tiada senyuman mahu pun ketawa.

Flash kamera ayah..antara hasil seni saya di masa lapang, dan syukur ayah menyukainya..hehe

Menerima panggilan daripada opah. Pegang telefon pun tak mahu!

Rindu betul saya pada suasana riuh-rendah di kampung seminggu yang lalu, meriah! Mendengar suara opah di telefon sahaja pun boleh buat saya menangis..sayu betul! Huhuhu

Sepetang di Taman Tasik Titiwangsa..

Standard

 Hai..hari ini ayah bawa kami bersiar-siar di Taman Tasik Titiwangsa..

 Katanya, sebelum berakhirnya cuti raya elok juga bawa saya bersiar-siar..hmm, tak seronoknya ayah tentu akan mulai sibuk selepas ini 😦

Di dalam kereta, ayah berulang kali mengingatkan yang esok saya akan ke sekolah..

Oh! Baru saya faham…nak umpan saya lah ni 😛

Saya nak baru nak bermain, mama pula sibuk nak bergambar..

Sesi perkenalan dengan adik Ainul..

sedang asyik kami bersiar-siar, tiba-tiba terserempak pula dengan cik Za. Mama kata dahulu cik Za merupakan rakan sekerjanya..

tarraaa…sempat pula kami bergambar bersama, saya pun kena tunjuk spoting depan adik Ainul ni..hehe

Jangan tak tahu, saya juga secara tidak sengaja dapat collect duit raya hasil pertemuan ini, hehe..Terima kasih cik Za 🙂

Adik Ainul dan ayahnya..santai habis! 😀

..bergambar bersama ayah pula..hai, saya nak menikmati roti pun payah 🙂

Mama, saya nak bermain lagi..saya belum mahu pulang..tolong ayah!!

Ayah, saya mahu ke sini lagi..lain kali kita keluar awal sedikit ya, boleh saya bermain lama-lama di sana..hehe

Bila Gas di Dapur Habis…

Standard

 Mahu makan malam pun kami kena keluar..Dapat keluar memanglah seronok..tetapi, penat..

Makan kena kontrol..

Kena jaga adab di meja makan..

Tengok, ada sahaja pesanan dan larangan mama..(walhal saya sudah cukup baik di meja makan ini, mama..)

Hampir sahaja mama habiskan makanan saya. Sangkanya saya tidak mahu makan. Siapa kata saya tidak lapar?