Monthly Archives: October 2010

Kemaruk belon lagi..

Standard

Lamanya nak tunggu hujung minggu! Saya tengah kemaruk mahu main belon ni..

Kini, sudah menjadi rutin, pulang dari sekolah main belon..

Seronoknya! Sentuh je, belon ni pecah..

Akhirnya! Main sambil duduk..penatlah kejar belon-belon ni..

Tangkap belon!

Standard

 Ayah beritahu selesai temujanji di KLCC petang tadi, dia berpeluang ke ToysRUs. Ayah belikan saya mesin belon buih. Saya dan mama sangat teruja.

Tidak mahu tunggu lama lagi, sejurus sahaja tiba di rumah, saya dan mama terus bermain buih belon ..

Seronoknya..tangkap belon, tangkap belon..banyaknya!

Hm, tidak banyak gambar yang berjaya diambil ayah kerana saya tidak bermain lama. Kenapa? Hm, sayalah! Tumpuan saya selepas itu hanyalah pada mesin itu..saya kagum pula melihat mesin tu boleh mengeluarkan belon buih yang banyak..saya cuma nak siasat je..hehehe..

Inilah mesin belon yang ayah beli itu. Cool, bukan? Saya dah kata, banyak belon yang keluar dari mesin ini..

Saya teringin sekali memegangnya..tetapi kata mama, ‘jika Nina yang memegangnya takkan pula mama yang mengejar belon itu..’

Haih, mama tidak spoting langsung! Hehehe..

Sepetang bersama Anyah..

Standard

 Petang ini saya dikunjungi Anyah dan Maknyah..saya diberitahu, mereka singgah ke rumah kami sejurus dari melawat kawan tok yang menjalani pembedahan di Hospital Selayang.

Sementelah Anyah ada ni, saya pun mengambil peluang menunjukkan kacamata hitam saya yang baru beli semalam..saya juga dengan baik hatinya memberi peluang Anyah mencuba kacamata saya tu 🙂

Ok Anyah, sudah tiba masa untuk pulangkan kacamata saya..hehehe

Hm, sungguh meriah malam ini, saya pun puas bermain. Harap-harapnya tidur saya malam ini lena tanpa mengigau atau terjerit-jerit 😀

Gadis berkacamata hitam

Standard

Selepas sekolah tadi, saya ke pusat barangan bayi, Manjaku. Setibanya di sana, saya ternampak ada rak menjual cermin mata hitam untuk kanak-kanak..

Tanpa membuang masa, saya pun memilih 2 pasang cermin mata yang saya rasa sangat menarik.

Inilah salah satu cermin mata yang saya baru beli tadi..cute, tak? 😀

Hm, siapa kata kanak-kanak seperti saya ni susah nak bergaya kontemporari? Hehe..

Masa untuk pulang!

Standard

 Beginilah gelagat saya setiap kali saya dijemput pulang dari taska..

..kena salam dulu..

Petang semalam saya diiring keluar bersama cikgu Dayang. Cantik, bukan? Hehe..

Haih! Macam mana nak bersalam ni..tangan penuh..

..dengan tangan kiri, boleh cikgu? 😀

Apa yang penuh di tangan saya tu? Itulah goodies yang dibekalkan oleh mama kawan saya yang menyambut hari lahir di taska semalam..

Sudah dewasa?

Standard

Haih! Payah juga ya, bila rasa diri sudah dewasa ni? Penampilan diri sentiasa nak kena jaga..

Hm, semua sudah ok! Touch up sikitlah, baru kelihatan lebih menarik!

..tapi, peliklah..sudah puas saya tonyoh lipstik ni di bibir, kenapa tak merah pun? Sudah tiada isikah? 😦