Jamuan Hari Raya untuk Kanak-kanak

Standard

Yes! Akhirnya, petang semalam sekolah saya buat jamuan potluck hari raya! Sebelum ini saya hanya menghadiri jamuan hari raya yang dikelolakan oleh pejabat mama dan saudara-mara. Berhari raya dengan kawan-kawan memang saya tunggu-tunggu, seronoknya! Saya bawa muffin perisa coklat yang mama tempah dari auntie Nani (Haryani Kamilan) untuk jamuan itu. Sedap!

Oleh kerana jamuan itu hanya untuk kanak-kanak, jadi tiada orang dewasa dijemput; kecuali 3 orang cikgu kami..hehe..cuma yang tak bestnya, saya tidak dapat tunjukkan gambar saya dan kawan-kawan berhari raya lah! 

Gambar luar sekolah pun bolehlah, ya? Ketika ini saya dijemput pulang..

Hm, rasanya saya kelihatan ayu bila berbaju kurung (betul, tak?) hehehe

Oh ya! Saya perlu perkenalkan, di belakang sana, kelihatan kawan baik saya; Ayuni bersama mamanya cikgu Ika. Ayuni sungguh baik; kadangkala dia membantu saya memakai dan membuka kasut. Jangan salah faham, saya tidak pernah membulinya, dia lakukan secara sukarela! 😀

Masih di persekitaran sekolah..maklumlah entri ini bertemakan hari raya, gambar berbaju kurung mestilah banyak sementelah gambar sekitar jamuan tidak ada..hehehe

Bersama mama..pose seperti ini amat saya gemari, asalkan saya tidak didukung 😀

Masa untuk pulang..

Sebelum masuk rumah, saya sempat melihat kakak dan abang-abang di kejiranan saya bermain badminton. Seronok sungguh melihat mereka bermain. Harap-harap saya dapat memiliki raket bila saya besar kelak 🙂

Advertisements

10 responses »

  1. comelnya qistina ni.. bila faris boleh berjalan macam tina n pakai baju melayu.. manis sungguh anak dara feeza pakai baju kurung!!!

    • Terima kasih aunty..risau juga saya baju-baju yang ada ni merekah apabila asyik mendengar pujian je..hehehe

      Bila aunty turun Batu Caves, beritahu, ok! Boleh kita jumpa 🙂

    • hehehe, merah..sama tema dengan cik ina tahun ni, kan?
      masa di kedai, baju tu macam warna ungu..bila sampai rumah, tengok warna merah..hehehe..dah tak sama dengan mama dan ayah! 😦

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s