Monthly Archives: November 2010

Lagi rutin harian..

Standard

Rutin harian saya hari ini ditemani oleh Acu..Mama beritahu, Acu sedang bercuti sekolah.

Biar saya tunjukkan skil saya memakai sendiri selendang ini..

Acu terpesona dan kagum melihat kebolehan saya.. 😀

Oh ya! Bagi yang tidak tahu, tshirt Bola Kampung yang saya pakai ini adalah pemberian Acu. Saya sangat selesa dan amat sayang dengan tshirt ini..

Terima kasih Acu.

Pemeriksaan susulan..

Standard

Pagi semalam, saya dibawa ayah dan mama ke Hospital Ampang Puteri. Apalagi, berjumpa Dr kegemaran saya itulah, Dr Nasir Hassan yang sangat peramah dan baik hati.

Kata mama, pemeriksaan susulan ini penting, bagi memastikan saya benar-benar sihat untuk ke sekolah semula.

Saya ok je, sebab pada saya kadangkala klinik Dr Nasir ini bagaikan taman permainan 🙂

Menunggu.

Haih, lamanya giliran saya nak tiba..

Kan saya dah kata, klinik ni macam taman permainan.. 😉

Di farmasi. Ala, kena tunggu giliran lagi untuk mengambil ubat..

Cepatlah mama, biar ayah je tunggu giliran..saya nak berlari-lari ni!

Apabila ‘Teddy Bear’ saya sakit..

Standard

 Kasihan teddy bear saya sakit. Dia demam, jadi saya kena beri dia makan ubat.

Bear, mari saya suapkan ubat, ya?

Kita makan ubat demam dulu..

..ubat selesema pula..

Ok, ni ubat terakhir, antibiotik ni doktor kata kena habiskan tau!

Hmm, pandai! Semoga teddy bear segera sembuh.. 😀

Aidil Adha @Janda Baik..

Standard

Baru nak post entri pasal hari raya Aidil Adha?

Ya, saya tahu..saya sudah terlewat seminggu untuk entri hari raya Aidil Adha saya.. 🙂

Tahun ini kami sekeluarga menyambut hari raya Aidil Adha di rumah atuk dan nenek saya di Janda Baik.

Sambutan hari raya Korban di rumah nenek, meriah.

Ada seekor lembu yang dikorbankan..tetapi, saya tengok dari jauh sahajalah 😛

..selain itu, ada banyak juga juadah dihidangkan..

Sebagai penggemar sup, saya tidak lepaskan peluang menikmati sup tulang..sedap!

Malunya saya!

“Atuk,  saya malulah mahu terima duit raya Atuk ni, saya ni dah besar..” hehehe

Selesai makan, saya dan mama menikmati udara nyaman di surau ini..

Masih bermain di surau nenek, seronok menikmati udara di sini..

Berlari-lari di sini pun best! 😀

Begitulah lebih kurang cerita hari raya saya.

Semoga satu hari nanti saya boleh cerita dan tunjukkan gambar pengalaman saya ke kolam atuk pula, ya.. 🙂

Hujan oh! Hujan..

Standard

“Sekarang musim hujan, kita tidak akan ke taman. Hari ini ayah bawa Nina ke Jusco AU2, Keramat sahaja, ok?” Saya angguk sahaja.

Lama sungguh rasanya tidak beriadah di taman..tak mengapalah, di Jusco pun saya masih boleh bermain, bukan?

Sebelum berjalan-jalan sarapan dulu..barulah bertenaga 🙂

Nyum-nyum, sedapnya!

Mahu buat peace. ‘Mama tolong!’..hehe

Mula-mula tunjuk baik, minta mama dukunglah, 😀

..selepas itu, berlari-larianlah..

Aha, saya juga tidak lupa menunjukkan sikap yang baik dengan membantu menyusun baju-baju di dalam kedai..

Mungkin disebabkan kerajinan saya membantu kakitangan Jusco menyusun baju, ayah hadiahkan saya sehelai seluar jeans baru, hehehe.

Terima kasih ayah!

Sebelum pulang, kami singgah klinik. Saya demam sedikit dengan suhu 37.1. Doakan saya cepat sembuh, ya!

Apa saya buat di rumah?

Standard

Minum vitagen! Satu kemestian..Ayah kata vitagen bagus untuk perut..

Bila sudah habis minum, saya susun pula tinggi-tinggi botol-botol lain..

..buat menara KLCC pula lah..

Untuk jambatannya saya susun pula koleksi handphone yang ada di rumah ini..

..tidak dilupakan remote Astro,

Yay! Sudah menjadi…

Tak cukup tinggi, saya tindihkan pula dengan remote tv

Alamak, tumbang pula!

Selesai main susun menara, saya mencuba pula Tablet kepunyaan ayah.

Cool, hanya sentuh dengan jari untuk buka aplikasi 🙂

..saya tersentuh aplikasi video..Wah! Kagumnya saya..hehe

Mama minta saya pulangkan Tablet Andriod ayah. Saya jawab ‘tak nak!’, hehehe

Ok..seterusnya mencuba selendang kepunyaan mama..ayu tak? 😀

..dan menelefon Alang, tapi tidak pula dijawabnya..kerja, agaknya.

..saya cuba pula menelefon Anyah.

Yes! Panggilan saya dijawab..

Inilah antara aktiviti yang saya lakukan hampir setiap hari apabila mainan yang dibelikan untuk saya itu mendatangkan jemu, hehe..