Monthly Archives: November 2010

Berakhirnya hujung minggu..

Standard

Apa? Hujung minggu sudah tamat dan Alang sudah mahu pulang? Benarkah? Alahai..rasa baru lagi bermain dengan Alang..

Untuk mengelakkan saya sedih apabila ditinggalkan Alang kelak, saya dibawa keluar untuk makan malam bersama-sama Alang.

Hm, politik ayah lah ni! 😀

mencuba sendiri memakai cermin mata..

haih, susahnya!

Hirup sup sendiri..pandai tak, saya?

Sudu tu besarlah mama! Apa kata saya hirup je dengan straw? Hehe..lebih mudah, jangan marah! 😛

Di dalam kereta Alang, masa untuk pulang..

Hujung minggu yang menyeronokkan, Alang nanti datang lagi ya? 😀

Advertisements

Jemput makan..

Standard

Aktiviti semalam dipenuhi dengan agenda makan-makan. Mama lah, bersemangat mahu tambah berat badan.

Pada sebelah pagi mama masak nasi lemak,

..tengahari pula kari ayam. Tapi saya makan dengan sup sayurlah! 😀

Jemput makan, semua..

Opppss..macam mana saya boleh terlupa baca doa ni? 😀

Bersiar-siar dengan Alang

Standard

Hujung minggu saya yang panjang kali ini ditemani oleh Alang..jika tidak dengan kehadiran Alang, sudah tentulah mama sahaja kawan bergaduh saya..

Ayah bawa kami ke KLCC..niatnya nak bagi peluang saya bermain di sekitar air pancut..

..tapi tak jadi, sebab di luar hujan.

Jadi saya bermain kapal terbang ini sahajalah..

“Mama mahu tumpang?”

Lepas tu makanlah..

..hai apalah, saya dah besar pun masih mahu pimpin saya.

Ok, inilah ‘port‘ yang paling saya gemari di Suria KLCC..asal nampak je korridor seperti ini, saya pasti singgah 😀

Bosanlah berjalan lama-lama di sini, kan mama?

Jom baliklah! 😀

Beginilah aksi saya ketika diminta ayah bergambar dengan beruang hijau yang besar ini. Takut!! Hehehe 

Akhir sekali, bergambar sebelum pulang.

Bakul Mama

Standard

Eh, bakul baju mama sudah kosong, lah..Hmm, sudah basuh baju lah tu..

Tiba-tiba saya dapat idea yang cool 😀

Tadaaaa..seronoknya. Kreatif tak saya mencipta permainan baru?

..seperti dalam kapal angkasa pula rasanya, hehehe

Lebih baik saya bermain puas-puas sementara mama belum minta saya pulangkan bakul ini..

Alahai..mama sudah minta saya pulangkan bakul ni..tak spoting betullah mama ni 😛

Nanti sekejap mama..sebelum saya pulangkan, apa kata saya cuba cara ini pula..hehehe

*Tak mengapa, nanti saya cari peluang lain pula.. 😉

Sabtu @KLCC

Standard

Malam semalam ayah bawa saya ke Suria, KLCC..katanya mahu bawa saya ke ToysRUs..

Makan nasi ayam dulu, di KFC..

Sesudah makan kami terus ke ToysRUs..ada banyak mainan di sana..tapi untuk kali ini mama mahu belikan saya laptop.

Wah, saya sudah ada laptop! Selepas ini mudahlah saya belajar A,B,C,  melayari internet dan update blog, kan mama? 😀

Hm, selepas itu ayah bawa saya tengok air pancut..eh! Kenapa gelap je ni?

Ha..baru terang..rupanya tadi saya bercermin mata hitam 😀

Di pinggiran air pancut. Sebenarnya saya ingin sangat mencuit air ini. Tapi saya dikawal ketat..

Mama, jom kita check di sini ada wi-fi, tak?

Minum dulu..

Bila sudah ada tenaga, baru boleh beraksi lagi 😀

Okey, gambar bersama ayah ini adalah penutup cerita untuk entri ini..KLCC, nanti saya datang lagi, ya?