Monthly Archives: January 2011

Jalan-jalan Lagi..

Standard

Sudah menjadi kebiasaan, sekiranya tiada tetamu datang ke rumah ayah akan bawa kami keluar berjalan-jalan..

Tetapi kali ini ayah mahu ke kedai buku. Saya tumpang ikut sahaja 🙂

Misi pencarian kedai buku bermula.

Puas kami mencari…tetapi tidak ketemu.

Setelah penat, kami makan. Haih, makan lagi..

Hmm..sudu yang besar bukanlah penghalang saya menyuap makanan sendiri 😛

Sedapnya hingga ke pipi! 😀

Seronoknya..

‘Mama, ayah kata mama boleh bayarkan Minnie ini untuk saya..bolehkah?’

Mujurlah mama bersetuju. Terima kasih mama.

Saya mahu cuba permainan ini.

Bantal ini sungguh sedap dipeluk.

Beratur dengan mama. Yahu, Minnie bakal milik saya.

Bergerak pulang. Misi ayah mahu mencari kedai buku gagal. Tidak mengapa ayah, lain hari saya temankan ayah lagi, ya?

Bergembira di Taman Permainan

Standard

Sekarang musim hujan! Ayah pula sudah berjanji mahu bawa saya bermain di taman. Alahai, bagaimana ya?

Ayah ambil keputusan bawa saya ke taman permainan dalam bangunan. Bunyinya macam bosan, bukan?

Perkara pertama; menjenguk kawasan dahulu.

Apa? RM8 sekali masuk? Mahallah ayah..

Ayah beri masa untuk saya berfikir sama ada mahu bermain atau tidak..

Akhirnya selepas makan, saya bersetuju bermain di sini (cewah, bagaikan dipaksa pula..hehe)

Mama minta saya bermain dengan kuda hijau ini..katanya cantik.

Seronok menunggang kuda pink ini, sehinggalah saya terhantuk akibat hayunan badan dengan kuda tidak seiring..hehe

Dalam banyak-banyak permainan, bermain gelungsur lah yang paling best!

Yay! Saya tinggi…

Wooo..wooo…seronoknya.

Hampir dua jam saya di taman permainan ini. Seronok betul.

Dunia Hitam dan Putih

Standard

Di masa lapang; bersama ayah.

Ada sahaja projek ayah. Kali ini katanya mahu ambil gambar saya dalam mode monochrome pada kameranya..

Monochrome? Entah, saya pun tidak tahu 😀

Oh! Hasilnya, gambar jadi hitam putih..

Err, ayah..inikah yang dinamakan dunia hitam putih? (Ayah garu-garu kepala…)

Night Safari

Standard

Ketika semua orang sibuk menceritakan keseronokan i-City, Shah Alam, ayah pula bawa saya ke Night Safari.

Bukan di Taiping, tetapi di Keramat sahaja..Lebih tepat; mini (replika) Night Safari, hehe.

Ayah memang best.

Oh! Saya lapar, tetapi kena keluarkan duit dahulu.

Hai..manalah makanan saya ni..

Muffin oren milik saya, manakala perisa pisang untuk mama..

Cemburunya saya melihat keseronokan abang-abang itu bermain dan mandi-manda di air pancut tu..

Air pancut di sini istimewa; kanak-kanak boleh mandi..kecuali saya, lah!  😦

Saya mahu lihat dari sudut inilah pula..

Ha, barulah nampak jelas…

Alamak! Kenapa perut saya kelihatan buncit ni! Tak boleh jadi ni..

Ok, sekarang saya mahu ke tempat lain pula..

Ok, inilah night safari saya..ada zirafah, arnab, rusa dan pelbagai haiwan lain lagi dalam bentuk replika..

Seronok dan cantik!

Tropicana City Mall, saya datang!

Standard

Baru-baru ini saya berpeluang ke Tropicana City Mall, Petaling Jaya (jauh sedikit dari port selalu, hehe)..

Kata ayah, dia mahu mengambil bateri laptop yang ditempahnya dari kedai komputer seminggu yang lalu.

Seperti biasa, ayah bawa saya makan dahulu.

Ayah; mengagah-agah saya, ya? Sungguh tidak comel!

Nah! Rasakan!

Saya sudah besarlah ayah…tidak perlu diagah-agah seperti bayi lagi 😛

Sementelah hampir ke semua dress saya semakin singkat, ayah mahu belikan legging untuk saya.

Ayah, sesuaikah saiz ini dengan saya?

Wah! Kakak itu sudah ada lesen memandu? Saya tidak ada lesen pun lagi.. 😦

Sudah kepenatan. Mama, saya mahu pulanglah..

Menggayakan Kacamata Baru

Standard

Hai semua!

Panas terik cuaca sekarang, bukan? Teriknya cahaya sehinggakan saya terpaksa memakai kacamata ketika keluar rumah untuk ke sekolah..

Ehem! (Sebenarnya saya yang mahu tunjukkan kacamata baru, hehe..)

Kali ini saya pilih warna ungu. Cantik, bukan?

Terima kasih, ayah :*

Beli Kasut Baru..

Standard

Semalam saya ke Jusco AU2, Keramat lagi.

Mama kata hari ini mahu belikan saya kasut baru; sebab kasut-kasut yang sedia ada sudah mengecil (err!)..hehehe

Kali ini ditemani Alang..

..juga Anyah dan mak Nyah..

Saya mahu Alang dukung!

Kasihan Alang..lenguh, ya? 😀

Saya bukan hanya dapat kasut, tetapi juga baju baru hadiah dari Alang..

Terima kasih, Alang 🙂

Semua ada, kecuali ayah.

Biar saya pula yang ambil gambar, ayah!

Mahu bermain air pancut, tetapi ayah tak bagi..huhu

..tengok dari jauh sahaja.

Seronoknya bersiar-siar bersama..Anyah dan Alang, jemput datang temankan saya lagi, ya?