Monthly Archives: February 2011

Berhujung Minggu dengan Alang

Standard

Hujung minggu saya kali ini meriah dengan kehadiran Alang..

Kami bersiar-siar bersama-sama di Taman Tasik Titiwangsa.

Apa yang seronoknya di Taman Tasik Titiwangsa tu?

Saya suka tengok air pancut dan juga burung-burung yang berterbangan..

Alaaa, kena balik awal, lah..ada bahan buangan yang perlu dibersihkan 😛

Advertisements

Senyumlah..

Standard

Kata ayah senyum penawar duka..

Ayah mahu saya senyum banyak-banyak..

Kata ayah, senyuman saya manis..betulkah, mama?

Ayah kata lagi, senyuman saya mampu mengubat penat lelahnya setelah bekerja seharian..(wah!)

Ayah tahu, saya akan lebih tersenyum apabila dibawa ke taman permainan..

Oh! Sudah tentulah begitu..

Ayah; sungguh pandai mengambil hati saya! 😀

Saya suka berdiri di atas papan gelungsur ini, saya boleh nampak semua dengan jelas dari atas..

Mama, saya mahu makan banyak-banyak..saya mahu segera besar dan tinggi! 😀

Jangan tidak tahu, ketika ini saya dan mama melakonkan drama pendek, tau..hehe

“Saya pergi kerja dahulu..”

Sudah sampai..

“Assalammualaikum, saya sudah balik.”

Sebelum pulang, mama belikan saya donut perisa strawberi kegemaran saya.

Terima kasih ayah, saya senyum banyak petang ini..saya rasa bersemangat untuk ke sekolah esok! Yeay!

Bersantai..

Standard

Berhujung minggu di rumah memang menyeronokkan..

..sambil menghirup udara segar dari beranda, makan pula biskut jejari coklat,

..memang layan!

Oh sedapnya!

Alaa, ayah memang sudah rosakkan mood saya. Orang nak menikmati masa makan pun nak ganggu..huhu

Saya ke Klinik

Standard

Sabtu lepas saya ke klinik.

Tetapi mengapa saya klinik? Saya kelihatan segar dan aktif.

Oh! Pada sebelah tengahari itu, saya muntah sebanyak 3 kali  lalu ayah bawa saya ke klinik..

Alhamdulillah, doktor kata saya sihat dan cergas..

Menurut doktor lagi, adakalanya kanak-kanak seperti saya memang akan muntah sekiranya perut tidak selesa atau pun berasa loya, namun ia tidak membimbangkan asalkan saya masih aktif dan berselera untuk makan.

Oh, begitu…Terima kasih doktor 🙂

Saya dan Meja Tulis Baru

Standard

Alhamdulillah..murah rezeki saya.

Pulang dari sekolah semalam, mama tunjukkan saya meja tulis baru  saya. Meja berwarna ungu lembut itu sangat comel. Selepas ini, saya tidak perlu lagi meniarap untuk menulis atau pun mewarna.

Saya sangat teruja, lalu terus mengambil buku dan mencuba menulis serta mewarna menggunakan meja ini.

Alamak, tidak cukup ruang pula..

Tekun, bukan?

Beginilah cara mengambil hati setelah menerima pemberian daripada seseorang 😀

Aha, bukan sekadar menulis atau pun mewarna, sekiranya saya mahu berlagak ala-ala pembaca berita pun boleh juga..hehe

10 minit kemudian..akhirnya beginilah kesudahannya meja tulis ini..saya cuba menunggangnya, tetapi sayang meja ini tidak boleh bergerak kerana tiada roda.. 😛

Terima kasih mama..saya sangat sukakan meja ini sehinggakan membawanya tidur malam semalam 🙂

Cuti: Bahagian 4 – Sebelum Pulang

Standard

Isnin yang lalu, tamatlah sudah edisi percutian saya di kampung.

Sepatutnya kami pulang pada sebelah petang; tetapi oleh kerana saya tertidur dengan lenanya kami berangkat pulang pada sebelah malam..

Sementara menunggu makan malam siap, saya bermain kereta dahulu. Ini sahajalah mainan yang ada di rumah Tok, tidak ada mainan untuk perempuan maklumlah saya hanya ada pakcik-pakcik sahaja..hehe.

..masa makan pun main, fasal itulah mama marah! 😛

Sempat juga membuat persembahan magik..

..aik? Kenapa tiada air yang keluar ni?

Cuti: Bahagian 3 – Vespa Tok

Standard

Vroom..vroom..vroomm..

Siapa mahu tumpang saya?

Perkenalkan..Inilah motor kesayangan Tok saya..

Mari saya ceritakan serba-sedikit berkenaan Vespa kesayangan Tok ini.

Vespa ini Tok dibeli pada November 1978 dengan harga RM2,200.00 (wah! Mahal juga harga Vespa ini pada ketika itu, ya)..menurut Tok, Vespa ini adalah yang kedua  Tok miliki selepas Vespa pertamanya dengan model yang sama rosak. Walaupun usia Vespa ini sudah pun 33 tahun, ia masih boleh digunakan dengan baik.

Selama 33 tahun bersama Tok, jangan hairanlah pula bagaimana Vespa ini berjasa pula kepada mama dan adik-adiknya.

Kini, Tok hanya bawa Vespa ini untuk ke masjid atau pun ke kedai untuk menyelesaikan urusan sehari-hari. Saya berbangga, oleh sebab Tok menjaganya dengan baik, saya masih berpeluang untuk menunggang dan berposing dengan Vespa yang sangat berjasa ini..