Monthly Archives: March 2011

Sepetang di KLCC

Standard

Entri ini merupakan penutup cerita hujung minggu yang laluย bersama pakcik-pakcik saya.

Sebelum mereka semua berangkat pulang ke rumah masing-masing, kami mengambil kesempatan bersiar-siar di taman bersama-sama.

Sebenarnya taktik bersiar bersama-sama ini mama dan ayah buat supaya saya tidak berasa sedih apabila ditinggalkan Anyah, Mak Nyah dan Alang nanti..

Melihat air pancut di perkarangan taman KLCC.

Ayah minta mama bergambar bersama mak Nyah..

..saya pula sibuk mahu melihat hasil sama ada ayah berjaya ambil pose mereka ๐Ÿ˜€

Hai, j dari jauh berjalan, takkanlah mahu duduk sahaja?

Hm..tidak bolehlah begini..bukan hari-hari saya dibawa ke sini ๐Ÿ˜‰

Lebih baiklah saya meninjau-ninjau kawasan, melihat persekitaran..

Agak-agak perut mula lapar sedikit, duduklah dahulu makan biskut..hehe

Bila sudah lapar sangat, barulah kami singgah makan di KFC pula.

Bertuahlah kami pada hari itu, kata Alang, dia mahu belanja kami..

Terima kasih Alang.

‘Eh’eh, itu bulan Alang, bulan! Cantiknya..’

Saya sungguh teruja melihat ‘spotlight’ besar di bahagian atas bangunan Suria KLCC yang saya sangkakan bulan itu ๐Ÿ˜›

Advertisements

Berhujung Minggu Di Rumah

Standard

Pagi Ahadnya pula rumah kami dikunjungi Alang..

Saya memang teruja setiap kali menerima tetamu ๐Ÿ™‚

Alangkah bahagianya jika setiap hujung minggu pun begini, tentuย best!

Menonton Alang bermain PS3.

Ahaaa..Inilah antara sebab-sebab pakcik-pakcik saya rajin ke rumah kami, selain datang menjenguk saya..hehe

Hebat sungguh penangan PS3. Pandai juga ayah ‘tackle’ pakcik-pakcik saya untuk ke rumah..hehehe

Saya lah orang yang paling gembira, boleh buat macam-macam aktiviti bersama ๐Ÿ™‚

Selepas makan tengahari, saya bermain belon pula.

Seronok. Sudah lama tidak bermain belon buih ini.

Saya pun tidak pasti di manalah mama sorokkan mesin belon itu ๐Ÿ˜›

Agaknya mungkin ramai yang melayan saya pada hari itu, jadi saya dibenarkan bermain belon ๐Ÿ˜›

Wajah yang ceria lahir dari hati yang gembira..

Mama, boleh saya bermain belon setiap hari? Pasti saya akan semakin ceria…hehe

Aiskrim oh Aiskrim..

Standard

Entri kali ini adalah perihal saya dan juga aiskrim.

Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang panas akhir-akhir ini, saya sangat teringin makan aiskrim..(macamlah saya pandai makan aiskrim! Hehe)

Lalu, ayah pun membawa saya ke Ice Room berdekatan rumah kami..

Jeng..jeng..jeng..

Ada tetamu! Kebetulannya pada malam itu Anyah dan mak Nyah bermalam di rumah kami.

Hai, meriahlah hujung minggu di rumah kami..

Anyah saya ni memang hebat dalam bab menyakat saya ๐Ÿ™‚

Ada gaya seperti orang yang pandai membaca, bukan? Tidaklah, saya tengok gambar sahaja tu..

(sambil membacaย A, B, C, D, E, F, G, O, P, Q, R, S, T, U..)

Benarlah kata orang, penantian sememangnya suatu penyiksaan..

Hm..mana lah aiskrim saya ni? ๐Ÿ˜€

Aha, sudah sampai pun! Inilah aiskrim pilihan hati mama untuk kami tiga beranak ๐Ÿ™‚

..sejuknya,

Sedap juga aiskrim ini..

Err..saya makan aiskrim sahajakah?

Tidaklah.

Oleh kerana entri ini berhubung aiskrim, jadi ceritanya tidaklah tertumpu kepada spageti (dengan cara saya)ย yang menjadi menu utama saya pada malam itu..barulah lain sedikit! ๐Ÿ˜›

Lens baru Ayah..

Standard

Oh..inilah gajet terbaru milik ayah..

Lens Canon 24-70mm f2.8L ini baru sahaja ayah miliki semalam.

Petang itu juga ayah bawa saya dan mama berjalan-jalan..

Mahu mencuba lens baru, katanya..hehe

Aksi ala manja dari saya dan mama..

Amboi..gembira betul saya apabila dibawa berjalan-jalan, bukan? ๐Ÿ˜›

Kemudiannya ayah bawa saya makan ke Fruit Land pula.

Yang seronoknya, sementara menunggu makanan tiba, saya boleh bermain di taman permainan yang disediakan di situ.

Di sini ada tau foo fah berperisa strawberi..ia berwarna pink! ๐Ÿ™‚

Oh! Saya suka tau foo fah ini..sedap!

Bergambar sebelum pulang.

Beli Baju Baru..

Standard

Saya dibawa ke Jusco sejurus diambil pulang dari sekolah.

Mengapa saya ke Jusco?

Mama mahu tambahkan koleksi baju-baju harian saya untuk dipakai ke sekolah..maklumlah, koleksi baju-baju saya yang ada sudah banyak yang mengecil ๐Ÿ˜ฆ

Bagi yang tidak tahu, semenjak sudah besar ni, kebanyakan baju-baju dipilih oleh saya sendiri dan kesemuanya berwarna pink!

Tetapi kali ini mama mahu pilihkan warna lain pula..mana boleh! Saya mahu pink. ๐Ÿ˜€

Bukan setakat baju, mama belikan juga bekas makanan baru untuk saya..cantik!

Manalah makanan saya ni..

“Jom pergi taman, ayah..Cepat!”

Seronoknya apabila ayah benarkan saya bermain selama 15 minit di taman ini..

Lihatlah aksi-aksi kegembiraan saya yang berjaya dirakam ayah..

Bergambar dengan mama..

Sebagai meraikan kegembiraan saya pada malam itu, saya bersetuju untuk bergambar dalam posisi begini untuk ayah ๐Ÿ™‚

Terima kasih, ayah.. ๐Ÿ™‚

KLCC, Saya Kembali!

Standard

Baru-baru ini saya berkesempatan ke KLCC..

Sementelah berada di sana, kami singgah ke kedai buku. Saya mahu menambah koleksi buku-buku yang ada.. ๐Ÿ™‚

Langkah pertama, saya perlu membuat pilihan.

Hm, yang mana satu mahu beli, ya? ๐Ÿ˜€

Langkah terakhir, diambil alih olehย mama. Mama lah yang monitor dahulu sama ada buku-buku pilhan saya sesuai atau tidak untuk dibeli..huhu

Kemudiannya kami makan pula.ย Saya lapar.ย Mama pesankan kuetiau sup untuk saya.

Sedapnya sehingga menjilat jari…hehe

Selesai sahaja makan, saya minta mama keluarkan buku-buku yang dibeli tadi.

Wah, rajinnya saya, bukan? Walhal saya cuma tidak sabar mahu melihat buku-buku baru saya sahaja..hehe

“Ini warna ‘purple’, mama..”

Setakat mengenal pastikan warna, saya memang sudah cukup handal ๐Ÿ˜›

Yang seronoknya, sebelum pulang, ayah benarkan saya tengok air pancut..

Ayah memang cool..

Maklumlah bukan selalu saya dibawa ke KLCC ni.

Tetapi sebagai balasan, ayah minta saya buat pose menarikย (alaaa..)..

Mama pun sibuk minta saya beri kerjasama dengan ayah..

“Isk, janganlah tarik saya..saya mahu berlari-larian pun susah..”

Ini sahajalahย pose menarik yang saya boleh berikan untuk ayah..

*Jangan marah, ya ayah? Hehe

Setelah penat, kami pun pulang…KLCC, sehingga bertemu kembali! Saya mahu tidur ๐Ÿ™‚

Pemain PS3, Bermain di Taman dan Makan

Standard

Semalam merupakan hari yang memenatkan. Satu hari saya dibawa berjalan-jalan.

Bermula dengan perjalanan ke The Curve. Ayah kata pemain PS3 yang dihantar repair Isnin lalu sudah siap untuk diambil..

Bagi yang tidak tahu punca pemain PS3 ayah rosak hari itu, bolehlah baca di sini ๐Ÿ˜€

Mama..sebentar ya, saya mahu cek sama ada cd saya yang tersekat itu disertakan sekali atau tidak..

Saya mahu tengok air pancut! Tetapi cuaca panas. Tak mengapalah, ayah pun sudah berjanji mahu bawa saya ke Taman Tasik Titiwangsa petang nanti ๐Ÿ™‚

Ayah mahu makan aiskrim. Isk, macam-macamlah ayah ni..

Saya temankan sahaja.

Saya tidak pandai pun makan aiskrim..

Sungguh tidak adil, bukan? Sob..sob..sob..

Selesai sahaja mama dan ayah menghabiskan aiskrim mereka, kami pun pulang..

Kata ayah, saya perlu berehat; sebab pada sebelah petangnya ayah mahu bawa ke taman pula. Yahuuu..

Tadaaaaa..saya sudah di taman. Ayah sudah kotakan janjinya.

Cuaca mendung sahaja.

Akhirnya kami beredar pulang apabila hujan sudah mula turun..

Memang tidak puas!

Kemudiannya kami ke Big Apple Donut & Cafe.

Inilah donut perisa strawberi kegemaran saya. Sedap!

Kedua-duanya saya yang punya ๐Ÿ˜€

Sudah dapat yang diingini, mama minta saya posing sikit..

Cantik tak? Ya, saya tahu..hehehe

Selepas makan donut, kami makan pula di Johnny’s Steamboat.

Saya makan nasi dan sup..(itukan kegemaran saya..) Hehe

Sebelum pulang, saya sempat singgah kawasan air pancut tempat kanak-kanak seusia saya bermandi-manda..

Hai, entah bilalah saya boleh join mereka, ya? Hehe..

Buat ayah, terima kasih kerana sudi meluangkan masa seharian menghiburkan hati saya..(saya tahu, ayah pun terhibur) ๐Ÿ™‚