KLCC, Saya Kembali!

Standard

Baru-baru ini saya berkesempatan ke KLCC..

Sementelah berada di sana, kami singgah ke kedai buku. Saya mahu menambah koleksi buku-buku yang ada.. 🙂

Langkah pertama, saya perlu membuat pilihan.

Hm, yang mana satu mahu beli, ya? 😀

Langkah terakhir, diambil alih oleh mama. Mama lah yang monitor dahulu sama ada buku-buku pilhan saya sesuai atau tidak untuk dibeli..huhu

Kemudiannya kami makan pula. Saya lapar. Mama pesankan kuetiau sup untuk saya.

Sedapnya sehingga menjilat jari…hehe

Selesai sahaja makan, saya minta mama keluarkan buku-buku yang dibeli tadi.

Wah, rajinnya saya, bukan? Walhal saya cuma tidak sabar mahu melihat buku-buku baru saya sahaja..hehe

“Ini warna ‘purple’, mama..”

Setakat mengenal pastikan warna, saya memang sudah cukup handal 😛

Yang seronoknya, sebelum pulang, ayah benarkan saya tengok air pancut..

Ayah memang cool..

Maklumlah bukan selalu saya dibawa ke KLCC ni.

Tetapi sebagai balasan, ayah minta saya buat pose menarik (alaaa..)..

Mama pun sibuk minta saya beri kerjasama dengan ayah..

“Isk, janganlah tarik saya..saya mahu berlari-larian pun susah..”

Ini sahajalah pose menarik yang saya boleh berikan untuk ayah..

*Jangan marah, ya ayah? Hehe

Setelah penat, kami pun pulang…KLCC, sehingga bertemu kembali! Saya mahu tidur 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s