Monthly Archives: April 2011

Ahad 24 April 2011

Standard

Mahu tahu? Ahad yang lalu saya ikut ayah bekerja lagi..

Di mana lagi, Wangsa Walk Mall lah..

Sudah dua minggu ayah bekerja straight tanpa cuti rehat. Jadi oleh kerana kesibukan itulah, ayah tidak dapat membawa saya bersiar-siar di taman.

Ayah saya sungguh sibuk, bukan? Kasihan ayah..

Yay! Saya dapat berus dan ubat gigi baru..

Tidak sabar mahu mencuba.

Mari saya buat demo bagaimana mahu menggosok gigi..

(walhal saya menggosok gigi sendiri pun di bahagian depan sahaja!) hehehe

Sebagai anak yang berdikari, saya sedikit pun tidak mengganggu tugasan ayah..

Memandu pun sendiri sahaja,

..bye bye mama, saya pergi kerja dahulu..

Oppps..ada panggilanlah, berhenti dahulu lah..

Pesan ayah, bahaya menjawab panggilan sambil memandu ni.

Di dalam boot Grand Livina. Hm..besar, bukan? Ketika ini saya menunggu ayah bersiap-siap untuk pulang..

Di sinilah tempat ayah membuat pameran jualan kereta. Sekiranya ada yang berminat mahu membeli kereta, marilah berjumpa dengan ayah saya. Saya pasti ayah akan melayani dengan baik.

Oh! Jangan lupa sebut nama saya, siapa tahu ayah boleh beri diskaun ekstra pula..(amboi pandai-pandai pula saya) hehehe.

Saya dan Keju

Standard

Barangkali saya tidak pernah cerita di sini yang saya menggemari keju, bukan?

Ya, saya sangat gemar makan keju.

Lihat, inilah buktinya. Sedap, saya memakannya begitu sahaja 🙂

Oleh kerana keju di dalam sandwich mama tidak cukup buat saya, ayah terpaksa memesan keju sekeping lagi untuk saya..hehe

Kepenatan dan kekenyangan memang boleh menyebabkan saya tidak bermaya..

..akhirnya saya pun tertidur. Situasi begini sangat jarang berlaku, kerana pada kebiasaannya saya tidak mahu mengalah kepada rasa mengantuk 🙂

Ini bermakna saya terlalu penat 😛

….. Jalan-Jalan

Standard

Sudah banyak hari saya tidak update blog ini, bukan?

Barangkali sudah ada yang merindui (cewah!)

Minggu lalu, sejurus diambil dari sekolah saya minta ayah bawa ke taman. Oleh kerana faktor cuaca yang tidak mengizinkan, saya cuma dibawa ayah ke Jusco AU.

Tidak mengapalah, taman juga meskipun di dalam bangunan 😛

“Benar puan, saya tidak bersenjata. Takkanlah puan sanggup periksa Drypantz saya?” 😀

Taman permainan mini di Fruit Land ini seronok, ada banyak bola yang berwarna-warni di sini. Seperti biasa, warna pink dan merah lah yang menarik minat saya 🙂

Mama saya sudah habis bermain, jom kemas barang dan balik…

Terima kasih, ayah kerana selalu merealisasikan hajat saya 🙂

Apabila Saya Kurang Sihat

Standard

Maaflah, entri kali ini agak ketinggalan sedikit disebabkan kesibukan saya dengan rutin harian 🙂

Lewat lebih baik daripada tiada, bukan? 😉

Mahu tahu, minggu yang lalu saya pergi ‘melawat’ Dr Nasir Hassan di kliniknya, Ampang Puteri.

Saya terkena selesema.

Hm..sudah agak lama juga saya tidak menziarahi beliau..

Oh! Bukankah itu petanda baik? 😀

Mama minta saya ‘cerita’ sendiri dengan doktor masalah yang saya hidapi.

Saya juga beritahu doktor jenis ubat yang saya mahu.. 🙂

“Doktor, saya mahu ubat pink, merah, hijau..putih..”

Tengok, doktor hanya tersenyum dan kemudiannya memberitahu tidak ada ubat selesema berwarna pink yang boleh dibekalkan untuk saya!

Walau bagaimanapun katanya lagi beliau boleh membekalkan saya ubat jernih untuk dicampurkan bersama minuman berwarna pink, sekiranya saya mahu..hehehe

Alaaaa…doktor memang kelakar 🙂

Doktor, tidak bolehkah check tanpa stetoskop? Ia sangat sejuk… 🙂

Terima kasih doktor. Semoga saya sihat sahaja selepas ini 🙂

Temankan Ayah Bekerja..

Standard

Di pagi Ahad yang indah. Ayah minta kami bersiap-siap..

Eh! Seingat saya ayah bekerja pagi itu..

Rupanya ayah mahu bawa kami ke Wangsa Walk Mall..ayah bertugas di sana. Gembiranya saya…

Kata ayah, dia tidak bersemangat mahu bekerja pada hari itu..

..sebab itulah ayah bawa kami sekali..kononnya saya dan mama pembakar semangatnya bekerja pada hari itu.

Oh! Ayah sungguh sweet, bukan? 😀

Setibanya di sana, saya bersarapan dahulu.. 😀

Barulah bertenaga..hehe

Kemudiannya saya dan mama berjalan-jalan di dalam mall itu sementara menunggu ayah habis kerja..

..mahu minum susu, lah..

Ehem! Beg baru, lah katakan..ada sahaja alasan saya mahu buka dan tutup beg itu..hehehe..

Kami juga singgah kedai buku..

Yay! Ayah belikan flash card lagi untuk saya.

Saya dan ayah.

Kami sudah mahu pulang, penat sungguh bekerja hari ini 😛

Bye bye Wangsa Walk Mall..

Makan Aiskrim Lagi..

Standard

Wah, saya mahu makan aiskrim lagi?

No, no, no..

Saya cuma minta sahaja…

Yang makan, orang yang di sebelah saya ini 😛

Lalu ayah bawa kami ke Ice Room..

Oh! Ini buku baru saya. Nama pun teman baru, mestilah kena bawa ke mana-mana 😀

Buku ini adalah hadiah yang ayah terima dari kenduri kahwin sepupunya. Cool, bukan?

Spageti tanpa sos untuk saya. Aiskrim untuk mama..

Sedapnya sehingga menjilat lengan..hehe

Sesudah kenyang, disuruh membuat pose menarik pun sudah tidak menjadi masalah..

Tengah makan pun boleh ketawa! Memang seronok 🙂

Terima kasih ayah…

Hadiah

Standard

Beginilah cara saya menghargai pemberian orang..

Sejurus terima, terus sahaja pakai..tak payah tunggu basuh. Hehe

Terima kasih aunty Nor atas pemberian baju yang cantik ini.

Semoga sentiasa dilimpahi rezeki yang berganda-ganda. Amin.