Monthly Archives: May 2011

Saya Balik Perak..

Standard

Jeng, jeng, jeng..

Saya baru pulang dari kampung mama hujung minggu yang lalu.

Seronok.

Pagi-pagi saya boleh duduk bersantai begini di hadapan rumah opah.

..selain daripada menghirup udara segar, saya juga boleh tengok burung-burung serindit kepunyaan pakcik-pakcik saya.

Pesan mama, meskipun sedang bercuti, kerja sekolah jangan dilupakan.

Sebagai anak yang mendengar kata, saya turuti pesan mama. Lagipun, bukan selalu dapat belajar menulis dengan Tok 😀

Pada sebelah petangnya pula kami beriadah bersama-sama.

“Marilah ayah!”

Aha! Ada gaya seorang pemain badminton profesional, bukan?

Mestilah..bila ada gaya, barulah pihak lawan akan gentar..hehehe

Tadaaa! Wah, saya membonceng motorsikal? 🙂

Ya, saya membonceng motorsikal. Bagi yang tidak tahu, inilah kali pertama saya membonceng motorsikal. Sebelum ini saya hanya memandang sepi pelawaan Acik. Takut! 😀

Setelah mencuba, rupanya seronok membonceng motorsikal. Heh! Sekiranya dari dahulu lagi saya tahu, sudah tentu Acik selalu menjadi mangsa saya..hehe

Wow..gembira betul saya pada hari itu. Meskipun percutian ini cuma sekejap, namun saya puas.

Terima kasih ayah 🙂

Advertisements

Upah Menjaga Mama Sakit :)

Standard

Kasihan mama. Baru-baru ini mama tidak sihat..Mama demam dan diberikan cuti rehat oleh doktor sebanyak 2 hari.

Sepeninggalan ayah ke pejabat, ayah amanahkan saya untuk menjaga mama dan tidak nakal-nakal di rumah.

Sebagai ganjarannya, ayah berjanji akan membawa saya ke taman. Saya terima amanah tersebut dengan senang hati; ganjarannya pun menarik, bukan? 🙂

Dengan laporan baik daripada mama, saya akhirnya dibawa ayah ke Jusco Keramat..hehe

Eh, sudah tentulah laporan yang baik-baik sahaja diterima, bukankah saya sudah besar dan boleh diharapkan? Saya akan berusia 3 tahun pada bulan Disember nanti 🙂

Wajah-wajah gembira saya.

Benar kata mama. Penat menjaga orang sakit. Mama, jangan sakit-sakit lagi ya? Saya risaulah….

Mari Bergembira Setelah Kembali Sihat

Standard

Malam semalam kami sekeluarga makan di luar sempena meraikan kunjungan Alang.

Mama lah yang paling happy, oleh sebab bawa kami makan di Ice Room sekali lagi, secara tidak langsung hasratnya untuk makan aiskrim berjaya. 🙂

Saya pun lebih lagilah..maklumlah baru ini dapat keluar setelah dikuarantin selama 2 hari disebabkan demam.

Syukurlah kini saya sudah kembali sihat.

Bila sudah sihat, secara tidak langsung selera makan pun turut pulih sama, hehe..

Saya harus membina badan semula ni!

Masakan tidak, sehari sahaja demam, berat badan saya sudah turun 500 gram..

Tidak mengapalah, biar saya mulakan misi makan-makan pada malam ini dengan spageti 😉

Semoga selepas ini akan terus sihat. Kasihan mama, bersusah-payah melayan kerenah saya ketika tidak sihat.

Eh, kita sudah di penghujung cerita.

Akhirnya baru ketemu gambar bersama Alang..itupun sekeping sahaja?

Ayah, mengapa gambar saya bersama Alang tiada? Jawab, ya? 😀

Alang, terima kasih kerana datang menjenguk saya, jemputlah datang lagi bila ada kelapangan kelak..

Bersenam di Titiwangsa

Standard

Cuti Wesak yang lalu, saya ke Taman Tasik Titiwangsa. Oleh kerana cuaca sekarang tidak menentu, ayah membawa saya ke sana di awal pagi.

Sehinggakan, bersarapan pun di dalam kereta..hehe

Seronok juga keluar di awal pagi, udara pun nyaman..

Air pancut inilah yang selalu menarik minat saya..sungguh tinggi, bukan?

Di pinggiran tembok tasik. Seronok berada di sini, saya berasa tinggi. Saya teruja mahu melompat ke tempat ayah dari ketinggian ini 🙂

Jauh sungguh perjalanan ke taman permainan dari tempat ayah letak keretanya. Lenguh juga kaki saya berjalan.

Yay! Sudah sampai..

Hai, mama pula yang terlebih happy..hehehe

Sebenarnya saya tidak puas pun bermain di sini kerana matahari sudah tinggi. Tidak mengapalah, ayah pun sudah berjanji akan bawa saya ke sini lagi kelak..yahoooo!

Terima kasih, ayah..

Makan Malam di Ice Room

Standard

Baru-baru ini ayah bawa kami makan malam di luar.

Kasihan mama, asal cuti sahaja dari pagi hingga ke petang memasak..jadi ayah beri mama cuti memasak malam ini 🙂

Cool..

Kami makan di Ice Room berdekatan rumah.

Kononnya mama mahu makan aiskrim.

psstt…tapikan kasihan mama, hajatnya tidak kesampaian..kata ayah, tunggu batuk dan selesemanya pulih dahulu..

Mama frust! Hehe..

Seperti biasalah, ayah akan minta saya buat pelbagai aksi untuk kameranya..

..jika mood saya baik gambar pun menariklah..tapi saya hanya mahu bermain 😀

Sebelum makan, kena baca doa dahulu..

Mama pesan spageti untuk saya..saya memang gemarkan spageti..tetapi spageti kosonglah! 😀

“Senyum”, kata ayah..

Ayah, makanlah..dari tadi asyik mengambil gambar..kami sudah seperti pengantin yang sedang makan beradab pula.. hehehe

Taman oh Taman..

Standard

Yay! Ayah mahu bawa saya bersiar-siar ke Taman Tasik Titiwangsa. Seronoknya, sudah lama saya tidak ke sana.

Setibanya di sana, ruang tempat letak kereta pula penuh. Alahai…mungkin belum rezeki saya nak bermain di sana… 😦

Oleh kerana kasihankan saya, ayah kemudiannya menukar haluan; lalu membawa saya ke taman KLCC pula 🙂

Saya tidak pernah jemu melihat air pancut. Jadi, setiap kali melihatnya pasti dengan penuh kekaguman.

Pada kali ini, ayah tidak benarkan saya berlarian sendirian seperti biasa..

Mengapa? Katanya duduk sahaja dengan mama, pada hari itu orang ramai dan sesak.

Oh! Ayah bimbang saya hilang di celah-celah oran ramai rupanya..

Sekarang mahu ke kedai buku Kinokuniya.

Tidak cukup dengan kejutan membawa saya ke taman, ayah hiburkan lagi hati saya dengan membawa kami ke kedai buku.

Hm, ada peluang untuk saya membeli buku lagi 🙂

Tadaaaaa! Inilah hasil belian saya dan ayah. Kasihan mama, tiada buku untuknya kerana sibuk mengawasi saya yang teruja melihat buku-buku yang banyak di dalam kedai itu..hehe..

Terima kasih ayah kerana menggembirakan hati saya..

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Bahagian II

Standard

Sebagaimana yang dijanjikan, inilah bahagian dua cerita saya ketika di pesta buku yang lalu.

Berada di sini, saya jumpa ramai orang serta berpeluang berkenalan dengan kawan-kawan mama dan juga anak-anak mereka..

Ketika ini saya berkenalan dengan anak-anak aunty Nurul Hilyati..

Err, bertukar pandangan masih dikira berkenalan juga, bukan? Hehehe

..beramah mesra pula dengan aunty Ella. Saya rasa fesyen rambutnya cantik! Hm, mungkin selepas ini saya mahu buat potongan rambut begini..

Mesti cute, bukan? 😉

Mengapa pula kabinet ini dikunci, ya? Saya mesti siasat, sementara mama dan pekerja yang lain tengah sibuk…hehe

“Saya beli button badge ini di Ana Muslim, aunty..”

Sungguh seronok mengenali aunty Rasmawati. Aunty Rasmawati, lah yang banyak melayan kerenah saya ketika mama sibuk bekerja..

Inilah adik Aufa dengan papanya; uncle Iwan.

Adik Aufa sudah besar, tapi belum cukup ‘besar’ untuk bermain dengan saya.. 😀

Cepat-cepatlah membesar, ya Aufa? Nanti bolehlah kita bermain bersama 🙂

Saya diberitahu ayah, uncle berdua ini antara barisan kuat yang melancarkan pesta buku PTS Publications. Oh! Mereka kelihatan gagah, bukan? 🙂

Dengan aunty Ann, kami meluangkan masa bersama dengan cara yang berbeza..Saya gembira bertemunya.

Masakan tidak, Aunty Ann membenarkan saya membuat ‘pemeriksaan’ beg tangannya, hehe..

Aunty Ann sangat cool..hehehe

Ok, aunty kelihatan gusar apabila saya memegang dompetnya..aunty risau, ya? Hehehe…

Itulah antara cerita saya ketika di pesta buku. Pengalaman yang sungguh menyeronokkan; bertemu dan berkenalan dengan sekerja mama yang sangat peramah, semoga kami dapat berjumpa lagi. Amin 🙂