Monthly Archives: July 2011

*____________^

Standard

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya lagi πŸ™‚

Seperti biasalah, blog saya akan ada entri baru apabila tibanya hujung minggu. Sepatutnya di dalam entri ini aktiviti saya ditemani Anyah dan Maknyah; namun oleh kerana kami terpisah disebabkan kekeliruan lokasi di saat akhir, tinggallah kami bertiga sahaja..huhu

Tidak mengapalah Anyah, lain kali kita pergi bersama-sama ya?

Seperti biasa, ayah bawa saya ke taman permainan. Maklumlah akhir-akhir ini itulah aktiviti sihat yang saya minati.

..dan setiap kali itu jugalah kawan sepermainan saya bertukar πŸ˜‰

Maklumlah, saya kan peramah πŸ™‚

Hm, ke mana lah ‘kakak princess‘ yang saya kenali minggu yang lalu, ya? Penat saya mencari-carinya..namun dia tidak berkunjung tiba.

Kasihan saya.

Permainan saya terhenti apabila saya menangis dikasari abang-abang yang lebih besar dan lasak 😦

Mama memujuk, lalu membawa saya makan.

Kata ayah, selepas makan ayah akan bawa saya ke taman permainan di KLCC pula. Yahooo…

Kini lokasi permainan sudah pun bertukar; saya sudah pun di KLCC.

Sudah tentulah saya suka, bermain di taman terbuka seperti ini tidak sesak.

..dan saya pun tidak perlu berasak-asak dengan abang-abang yang bermain kasar seperti di Jusco sebelumnya πŸ™‚

Mujurlah ayah sudi menemani saya bermain. Bermain ramai-ramai barulah seronok!

Tengok, saya sudah berpeluh-peluh! Fasal itulah saya katakan bermain di taman permainan adalah aktiviti sihat πŸ™‚

Ruginya Anyah dan Maknyah tidak turut bersama..

Sekiranya ada, kita boleh bergambar begini bersama..hehe

..atau pun minum begini apabila dahaga πŸ˜€

Namun begitu, keselamatan mesti diutamakan.

Lewat petang, kami pun pulang. Saya lah, terlebih-lebih gembiranya.

Esok sudah tentu saya bersemangat mahu ke sekolah semula.

Apabila Saya Mahu Bergaya

Standard

Dua, tiga hari ini saya dalam mood mahu bergaya.. πŸ™‚

Mama pun pening juga apabila saya minta berpakaian sedondon dengannya.

..dan akhirnya saya berjaya mencapai hasrat untuk bergaya sedondon dengan mama untuk hari ini πŸ™‚

Hm, barangkali esok tidak dapat bergaya sedondon lagi; memandangkan stok baju kurung saya hanya ada 2 helai sahaja yang masih boleh dipakai!

Berbaju Kebaya

Standard

Alahai, berkebaya pula saya πŸ™‚

Sesekali berfesyen, seronok juga..hehehe

Walhal, mahu ke sekolah, sahaja… πŸ˜‰

Sedondon pula dengan mama hari ini πŸ™‚

Mama, sayaΒ sweet apabila bergaya begini, bukan?

Boleh saya pakai lagi baju ini esok? πŸ˜€

17/07/11 Taman Permainan Lagi, lalalala

Standard

Inilah entri terakhir edisi maraton di taman permainan yang saya sebutkan sebelum ini.

Penat mama mengarang..hehehe

Kali ini saya bermain dengan lebih santai..

Maklumlah, sudah biasa. Tidak kekok lagi.. πŸ™‚

Saya mencuba kesemua permainan, tidak lagi asyik dengan papan gelungsur πŸ˜›

..termasuklah yang ini.

Ketinggian bukanlah halangan, bukan? πŸ˜€

16/07/11 Bersiar-siar dan Membeli Buku

Standard

Pulih sahaja dari demam, ayah bawa saya ke KLCC.

Katanya mahu belikan buku baru untuk saya.

Yahuu..

Sementelah berada di sana, ayah bawa saya bermain di taman permainan KLCC.

Pengawas bertugas, hehe..

Seperti di Titiwangsa, ada banyak pilihan permainan di sini..

Eh! Sama lah dengan warna baju saya.. πŸ™‚

Sebagai penggemarΒ pinkΒ danΒ purple, sudah tentulah permainan yang berwarna itu menjadi pilihan hati..hehe

Untuk entri kali ini, saya ada banyak gambar dengan pose menarik untuk tatapan semua..(perasan)

Maklumlah, mood untuk posingΒ duduk ‘baik-baik’ seperti ini tidak selalu datang πŸ™‚

Tiba-tiba..

“Kakak, sudah satu jam bermain. Jom, kita pergi beli buku pula…”

Alamak!

“Sekarang, kah ayah?” (dengan berat hati..)

Sebelum pulang, kami singgah makan dahulu.

Saya memilih untuk makan nasi ayam..sedap!

Ayah dengan buku-buku pilihannya. Saya juga dapat tiga buah buku baru.. πŸ™‚

Seronoknya Bermain di Taman Permainan!

Standard

Hai! Inilah sesi gantian yang ayah janjikan setelah tidak dapat bermain di Titiwangsa tempohari..

Ayah bawa saya taman permainan dalam bangunan pula.

Permainan saya pada hari itu sangat seronok! Saya ada kawan baru… πŸ™‚

Inilah kawan baru saya.

Kakak ini mahu saya memanggilnya sebagai kakak princess..saya setuju sahaja,Β hehe

Gelungsur memang sentiasa menjadi pilihan hati saya.

Saya bermain habis-habisan pada hari itu. Turun di sana, naik pula di sini..

Maklumlah, berteman..hehe

Kepenatan.

Jangan tidak tahu, mungkin disebabkan terlalu bersungguh-sungguh bermain pada hari itu, saya jatuh demam pada malam itu juga. Kasihan mama kena mengambil cuti pula keesokan harinya untuk menjaga saya.

Alhamdulillah, saya kini sudah kembali cergas dan sihat.

Ayah, bila kita boleh ke taman permainan lagi? Hehe…

Riadah di Taman Permainan

Standard

Sudah seminggu saya tidak kemaskinikan blog. Terima kasih kepada yang bertanyakan khabar πŸ™‚

Oleh sebab itu, saya ada entri maraton bagi yang merindui (cewah!). Kesemua entri maraton ini berkaitan dengan taman permainan, hehe..

Masakan tidak, aktiviti ke taman permainan di Titiwangsa sudah menjadi rutin saya setiap kali tibanya hujung minggu.

Saya memang beruntung, sambil menemani ayah exercise, saya boleh bermain di situ πŸ™‚

Sudah tentulah mama akan menjadi mangsa, sekiranya tidak ada teman di situ yang mahu bermain bersama πŸ™‚

Taman permainan di Titiwangsa sangat besar dengan pilihan yang pelbagai.

..beruang comel ini adalah salah satu daripadanya, hehe…

Edisi terhad, ya?

Bosannya.

Untuk kali ini, saya hanya dapat bermain begini sahajalah, kerana kebanyakan permainan basah disebabkan hujan pada malam sebelumnya.

Oh! Mujurlah ayah berjanji untuk bawa saya ke sini lagi bagi menggantikan sesi permainan kali ini.

Yes! Terima kasih ayah…