*____________^

Standard

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya lagi 🙂

Seperti biasalah, blog saya akan ada entri baru apabila tibanya hujung minggu. Sepatutnya di dalam entri ini aktiviti saya ditemani Anyah dan Maknyah; namun oleh kerana kami terpisah disebabkan kekeliruan lokasi di saat akhir, tinggallah kami bertiga sahaja..huhu

Tidak mengapalah Anyah, lain kali kita pergi bersama-sama ya?

Seperti biasa, ayah bawa saya ke taman permainan. Maklumlah akhir-akhir ini itulah aktiviti sihat yang saya minati.

..dan setiap kali itu jugalah kawan sepermainan saya bertukar 😉

Maklumlah, saya kan peramah 🙂

Hm, ke mana lah ‘kakak princess‘ yang saya kenali minggu yang lalu, ya? Penat saya mencari-carinya..namun dia tidak berkunjung tiba.

Kasihan saya.

Permainan saya terhenti apabila saya menangis dikasari abang-abang yang lebih besar dan lasak 😦

Mama memujuk, lalu membawa saya makan.

Kata ayah, selepas makan ayah akan bawa saya ke taman permainan di KLCC pula. Yahooo…

Kini lokasi permainan sudah pun bertukar; saya sudah pun di KLCC.

Sudah tentulah saya suka, bermain di taman terbuka seperti ini tidak sesak.

..dan saya pun tidak perlu berasak-asak dengan abang-abang yang bermain kasar seperti di Jusco sebelumnya 🙂

Mujurlah ayah sudi menemani saya bermain. Bermain ramai-ramai barulah seronok!

Tengok, saya sudah berpeluh-peluh! Fasal itulah saya katakan bermain di taman permainan adalah aktiviti sihat 🙂

Ruginya Anyah dan Maknyah tidak turut bersama..

Sekiranya ada, kita boleh bergambar begini bersama..hehe

..atau pun minum begini apabila dahaga 😀

Namun begitu, keselamatan mesti diutamakan.

Lewat petang, kami pun pulang. Saya lah, terlebih-lebih gembiranya.

Esok sudah tentu saya bersemangat mahu ke sekolah semula.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s