Monthly Archives: August 2011

Menjelang Hari Raya

Standard

Entah kenapa, saya rasa teruja pula mahu menyambut hari raya. Walhal saya tidak pasti pun apa sebenarnya sambutan hari raya.

Semuanya bermula dengan persiapan baju kurung raya yang dibeli minggu lalu.Β Hai, bilalah saya boleh memakainya. Setiap kali selepas mandi, saya pasti akan minta mama pakaikan saya baju itu πŸ˜‰

Saya memang tidak sabar…hehehe

Oh! Petang semalam pula, setibanya di rumah, mama beritahu saya dapat 3 keping duit raya..

Ini memang kejutan yang menggandakan keterujaan saya..

Kata mama, duit raya ini kiriman dari rakan-rakan sepejabatnya.

Terima kasih aunty, atas ingatan. Saya sangat seronok.

Ahaa ini pula kad raya buatan sendiri yang saya buat di sekolah buat mama dan ayah.

Alhamdulillah, dengan bantuan cikgu di sekolah, saya berjaya menyiapkannya. Comel, bukan?

Meriahnya menjelang hari raya πŸ™‚

Advertisements

Potongan Bajet daripada Ayah

Standard

Saya sudah punya baju kurung raya baru πŸ™‚

Kami belinya di Wangsa Walk Mall pagi semalam.

Sebenarnya sudah berhari-hari saya mengajak ayah bawakan saya membelinya, sementelah semua orang bertanya perihal persiapan baju raya saya.

Walhal, saya sendiri pun tidak pasti apa itu Hari Raya. Oh!Β Saya sungguh kepoh, bukan? Hehehe.

Bak kata mama, “puasa pun tidak..”.

Err, betullah tu, hehehe.

Pencarian baju raya saya bermula di sini.

Saya tidaklah cerewet, namun sudah menetapkan dari awal lagi agar dibelikan baju kurung berwarnaΒ purple.

“Aik? Betul kakak tidak mahu baju kurung warna pink?”, tanya mama. Pelik agaknya.

Dengan mudah saya menjawab, “kakak sudah ada banyak baju kurung berwarnaΒ pinkΒ di rumah..” Hehe.

“Pandai…”, balas mama.

Mestilah, saya sudah besar, bukan? πŸ™‚

Mama tunjukkan saya beberapa helai baju berwarna purple untuk saya pilih.

..dan saya pilih yang ini, lalu mencubanya πŸ™‚

Cantik, bukan?

Saya memilihnya sendiri πŸ™‚

Gembiranya saya. Selesai sahaja pembayaran oleh ayah, kami terus pulang ke rumah.

Terima kasih ayah kerana sudi membelanjakan sepasang baju kurung raya yang cantik ini buat saya dari peruntukan raya ayanh yang kecil itu.

Bercuti Dengan Ayah..

Standard

Semalam adalah cuti umum bagi Selangor; secara tidak langsung taska saya pun turut bercuti sama. Namun, tidak bagi mama. Kata mama, pejabatnya beroperasi seperti biasa dan akan membawa cuti pada hari ini ke minggu hari raya.

Alamak! Siapa yang akan jaga saya?

Persoalan itu terjawab apabila ayah dengan rela hati sudi mengambil cuti untuk menjaga saya pada hari itu.

Terima kasih, ayah!

Bercuti dengan ayah memanglah menyeronokkan. Selepas menghantar mama ke pejabat, ayah membawa saya ke taman permainan di Titiwangsa.

Cuma yang tidak bestnya,Β biarpun saya sudah jatuh tergolek dan memintanya segera mengangkat saya,Β ayah masih sibuk dengan kameranya serta mengambil gambar saya..huhuhu

Alah, jatuh sedikit sahaja.

..dan permainan mesti diteruskan.

Bila penat, kami berehat sebentar.

Cuma ayahlah. Asyik mahu berehat lama..

Macamlah ayah yang bermain dan berlari-larian, bukan? πŸ˜‰

Mujur juga tidak ramai di taman, sekiranya tidak pasti ayah mahu saya bermain di sekitarnya sahaja.

Nama pun anak perempuan, di mana-mana pun masih sibuk dengan kerja-kerja melipat kainΒ πŸ˜›

Anak siapalah ini? Hehehe…

Kemudiannya kami ke trek kereta kawalan jauh.

Setelah hampir satu jam di trek itu, kami pun pulang. Ayah kata kami perlu pulang untuk berehat dan tidur kerana pada sebelah petangnya pula kami akan ke pejabat mama πŸ™‚

Yahoo..saya memang gemar ke sana πŸ™‚

Sementara menanti mama habis kerja, saya menghabiskan tugasan yang diberinya, hehe..

Meskipun sibuk dengan tugasan,Β namun saya tidak lupa menelefon Cijah untuk bertanya khabarΒ πŸ™‚

Iftar Jabatan Jualan PTS di Rumpun Selera

Standard

Jika 2 hari yang lalu saya menemani ayah beriftar bersama-sama teman persekolahannya di The Zone Hotel, petang semalam giliran mama pula berbuka dengan rakan sejabatannya.

Kali ini kami berbuka di Rumpun Selera, Selayang.

Mama beritahu, bosnya mahu belanja.

Alhamdulillah…

Inilah sebahagian daripada rakan-rakan sekerja mama yang hadir..

Buat rakan-rakan sekerja mama yang lain, ada lagi gambar di dalam simpanan..nanti mama saya uploadkan di akaun Facebooknya πŸ˜€

Aha, Cijah pun ada…

Pada malam itu, Cijah duduk berhdapan kami..sudah tentulah gambarnya dan uncle Amir yang paling banyak di dalam simpanan πŸ˜€

Hmm..romantis.

Agaknya Cijah dan uncle Amir tidak perasan pun saya duduk di hadapan mereka 😦

“Cijah dan uncle Amir, saya ada di hadapanlah…”

Hehehe..

Cik Nor dan Khaalish pun ada..

Inilah bos-bos di jabatan mama yang bermurah hati itu; Tuan Nazrul dan Puan Asma.

Terima kasih kerana sudi membelanja kami pada malam itu πŸ™‚

Semoga Allah murahkan lagi rezeki Tuan Nazrul dan Puan Asma sekeluarga. Amin.

Ahad: Dari Titiwangsa ke Ampang Puteri

Standard

Seperti biasa, sebelum tibanya hari Isnin, kami beriadah di Titiwangsa.

Memang inilah yang saya tunggu-tunggu sepanjang minggu πŸ™‚

Selesai sahaja aktiviti di taman permainan saya di bawa ke trek kereta kawalan jauh.

Akhir-akhir ini saya berminat untuk menonton aktiviti ini. Comel-comel kereta di sini.

..dan saya sangat teruja.

Rasa seperti menonton perlumbaan kereta sebenar pula.

Meskipun penat, namun saya tidak berhajat untuk pulang.

Aksi saya dan ayah apabila diminta oleh mama untuk memberikan pose menarik πŸ™‚

Kemudiannya kami ke Ampang Puteri pula. Saya batuk.

Saya mahu minta doktor bekalkan ubat batuk berwarna pink!

Sementara menunggu giliran..

Lamanya menunggu, walhal 2 pesakit sahaja di hadapan nombor giliran saya.

Mujurlah ada topi ayah, bolehlah saya beraksi dengannya πŸ˜€

Peace! πŸ˜‰

Memenuhi Jemputan Berbuka Puasa

Standard

Hari ke-14 puasa barulah kami sekeluarga berpeluang berbuka puasa di luar rumah. Dapatlah mama cuti memasak petang itu πŸ˜‰

Saya diberitahu, kami akan berbuka bersama teman-teman baik ayah semasa zaman persekolahan dulu.

Antara teman-teman ayah yang hadir.

Meskipun di dalam kumpulan kecil, namun meriah πŸ™‚

..malu-malu. Pada mulanya saya hanyalah pemerhati πŸ™‚

“Besar macam ni!”

Mungkin itulah yang uncle cakap; sebab saya juga buat begitu untuk menggambarkan ‘besar’, hehe..

Sebahagian lagi teman-teman ayah yang hadir. Hm, masing-masing membawa isteri. Mudah-mudahan iftar tahun hadapan mereka bawa anak pula.

Tidaklah saya keseorangan lagi πŸ™‚

Amin.

Pengantin baru.

Uncle L sahaja yang hadir solo pada malam itu..

Mama; berusaha keras bercerita perihal ayah saudaranya dengan harapan uncle L mengenalinya..hehe

Heh! Malulah saya..

Uncle L beritahu, kami di Perak sekampung πŸ™‚

..malu lagi. Saya memang pemalu πŸ˜€

Mereka sungguh mesra dan romantis, bukan? πŸ˜€

Comellah Aunty bermata bulat ini. Aunty ini asyik dengan udang galahnya..hehe

Beberapa minit kemudian, saya sudah tidak kekok lagi.

Saya ada teman bermain πŸ™‚

Siapa teman bermain sorok-sorok saya?

Jeng-jeng-jeng…

Inilah teman bermain saya pada malam itu. Terima kasih aunty kerana melayani saya. Aunty memang cool! πŸ™‚

Menziarahi Nenek dan Atuk..

Standard

Petang semalam saya berpeluang pulang dan berbuka puasa di kampung. Sudah agak lama saya tidak menjenguk Nenek dan Atuk di Janda Baik.

Setibanya di sana, tidak sangka pula saya takutkan kucing..

..sehinggakan saya perlu berdiri begini di atas kerusi! πŸ˜›

Mujurlah dalam beberapa minit akhirnya saya dapat membiasakan diri πŸ™‚

Jika tidak, rugilah saya..

Sudah tentulah saya tidak dapat bermain basikal dengan abang Arip yang saya rasakan agak pendiam ini..hehe

Inilah salah seekor kucing peliharaan Nenek.

Kemudiannya bersiar-siar dengan Atuk di sekitar halaman rumah,

…dan melalui gerbang markisa ini..

Cantik gerbang markisa kepunyaan Atuk. Saya cuba mencapainya, namun tidak sampai pula.. πŸ™‚

Balik, sudah hampir tiba waktu berbuka..

Di dalam dukungan Atuk.

“Beratkah saya?”, soalan standard saya apabila seseorang cuba mendukung saya. Maklumlah, saya kini sudah 14 kilogram..hehe

Oh! Saya sudah lapar. Saya berbuka dahululah, ya?

Sementara menunggu masuknya waktu Isyak, saya bermain di surau Nenek dengan abang Arip.

Kami sudah mula mesra, namun abang Arip masih tidak banyak bersuara..

Tidak mengapalah, asalkan abang Arip sudi bermain dengan saya itu sudah cukup baik, bukan? πŸ™‚

Semoga berjumpa lagi, abang Arip…