Monthly Archives: September 2011

Kakak @Menara KL

Standard

Percutian hari kedua.

Jika semalam ayah bawa saya ke Zoo Negara, hari ini saya dibawa ayah ke Menara Kuala Lumpur pula.

Seronok! Tetapi kalau mama ada, pasti lagi seronok πŸ™‚

Tidaklah saya keseorangan begini apabila ayah sibuk mengambil gambar πŸ˜›

Sebelum pulang, kami belikan mama cenderahati comel.

Inilah cenderahati yang saya maksudkan itu. Comel, bukan? Ada gambar saya dan ayah di dalamnya. Hm, bolehlah mama letakkan di meja pejabatnya πŸ™‚

Bersiar-siar ke Zoo Negara Bersama Ayah

Standard

Saya dan ayah cuti semalam. Oleh kerana kami bercuti, ayah telah merancang sesuatu yang istimewa buat saya.

Ayah bawa saya ke Zoo Negara. Ya, kami berdua sahaja. Mama kena pergi kerjalah, sebab mama tidak cuti..hehe

Pertama kalilah saya lihat harimau belang secara live.

Besar!

Isi minyak..

Huh, dahaganya..minum pun dengan penuh perasaan.

..sehinggakan ayah perlu menukarkan baju yang saya pakai sebelumnya akibat tumpahan milo sejuk tersebut πŸ˜€

Kemudiannya kami menaiki keretapi ronda-ronda sekeliling zoo.

Seronok!

Seperti biasa, ayah asyik dengan kameranya. Hampir sahaja keretapi ini meninggalkannya..hehehe

Nama sahaja sudah berada di zoo, namun saya tidak punya gambar bersama haiwan yang boleh dibanggakan untuk ditayangkan di sini ‘dek’ kerana terlalu takutkan mereka, hehe..

(“Itulah, kalau mama ada bersama, sudah tentu saya tidak setakut ini”).

..dan saya sendiri pun tidak pasti mengapa ayah perlu uploadkan gambar ini..huhu!

Beg dan kipas ini ayah belikan saya di kedai cenderahati Zoo Negara sebelum kami berangkat pulang πŸ™‚

Terima kasih ayah..

Sehari di Janda Baik

Standard

Sabtu yang lalu saya pulang ke Janda Baik. Kata ayah ada undangan majlis yang perlu dipenuhi di resort Atuk Arifin.

Sementelahan pulang ke sana, kami singgah dahulu di rumah Nenek dan Atuk.

Atuk bawa saya pusing-pusing sekitar kawasan rumah, meninjau-ninjau sekiranya ada buah durian yang gugur untuk saya πŸ™‚

Namun rezeki tidak berpihak kepada saya, hanya putik durian sahaja yang tinggal πŸ˜›

Oh! Tidak merasalah saya merasai pengalaman mengutip buah durian. Nampaknya saya kena tunggu musim durian yang akan datang pulalah πŸ˜‰

Yang bagusnya saya berpeluang mengenali dan menyentuh ‘anak durian’ itu πŸ˜€

Setelah hampir dua jam di rumah Nenek dan Atuk, tibalah masanya untuk kami memenuhi ‘jemputan makan-makan’ di rumah Atuk Arifin.

Aha, inilah sepupu saya. Namanya Hannah.

Setelah hampir setahun tidak berjumpa, akhirnya kami bertemu di sini. Seronok!

Kami lakukan pelbagai aktiviti bersama di hari itu; antaranya bermain masak-masak dengan mengutip kelopak-kelopak bunga yang gugur.

Err, tetapikan, Hannah juga memetik kelopak-kelopak bunga yang sedang mekar! Hehehe..

Aduhai..habislah jambangan bunga Nenek Ros πŸ˜›

Foto ini bukti terbaik yang menunjukkan kami memang tidak boleh ‘duduk diam’ walau seminit untuk bergambar bersama πŸ˜€

Yang ini pun sama! Tidak mengapalah, yang penting kami sudah mencuba, bukan? πŸ˜‰

Semoga berjumpa lagi, Hannah πŸ™‚

Menghadiri Jemputan Hari Raya

Standard

Bulan Syawal memang meriah dengan jemputan jamuan sempena Hari Raya. Dek kerana kesibukan ayah bekerja di hujung minggu, saya hanya boleh memenuhi undangan di sekitar kejiranan sahaja πŸ™‚

Sungguh rugi πŸ˜€

Oh ya! Petang semalam, saya menghadiri jamuan Hari Raya di rumah Acu dan Aunty Suzie.

Sedap menu-menu yang disediakan. Ada laksa, nasi impit, puding roti, dan agar-agar koktail.

Hebat Acu dan Aunty Suzie.

Untuk permulaan, saya memilih untuk makan laksa..hehe

Pedas tetapi sedap!

~Walhal saya makan laksa bersama kicap sahaja, hehe..

..habis saya makan πŸ™‚

“Mama nak lagi…”

Kemudiannya saya mencuba pula bubur pulut hitam.

Cantik bubur ini, ia berwarna purple. Saya suka πŸ™‚

Perkenalkan, inilahΒ auntyΒ Suzie.

Sebagai tetamu, saya tidak hanya menikmati makanan, kenalah beramah mesra dengan tuan rumah juga πŸ™‚

Oh! Aunty Tie dan aunty Mazura pun ada.

Terima kasih Acu dan aunty Suzie atas jemputan jamuan yang comel ini. Selamat Hari Raya πŸ™‚

~ Tidak habis di situ sahaja, pada sebelah malamnya kami dijemput makan untuk pusingan kedua pula..hehe

Best!

Kembali ke Sekolah

Standard

Apa, cuti sekolah sudah berakhir?

Setelah seminggu bercuti sempena Hari Raya, kini tibalah masanya untuk kembali ke sekolah.

Oh! Bangun untuk memulakan hari pertama ke sekolah memang memeritkan (atau saya sahaja yang begitu?), hehehe. Namun saya kembali bersemangat apabila mama kata saya boleh ke sekolah hari itu dengan memakai baju kurung raya pemberian Opah.

Yahooo..Β πŸ™‚

Inilah dia baju kurung raya pemberian Opah itu. Cantik tak?

Terima kasih, Acu pun kata cantik.

Pagi itu Acu ke pejabat bersama kami, meriahlah pagi kami πŸ™‚

Acu, selalu-selalulah tumpang, ya…hehe.

Menghantar Atuk dan Nenek ke KLIA

Standard

Malam Isnin yang lalu saya berpeluang menghantar Nenek dan Atuk ke KLIA.

Nenek dan Atuk mahu ke Turki.

Khabarnya rombongan Nenek dan Atuk seramai 6 orang itu ke sana untuk tempoh hampir sebulan. Lama, bukan?

Seronoknya, jauh mengembara. Saya pun tumpang gembira.

SemogaΒ saya berpeluang mengembara jauh seperti Nenek dan AtukΒ apabila saya besar kelak..

Amin.

Tapi kena belajar rajin-rajin dahululah πŸ˜€

Bergambar bersama Atuk. Di kala rindu, tataplah foto ini, ya Atuk πŸ™‚

Saya doakan Nenek dan Atuk selamat pergi dan pulang.Β Semoga Allah permudahkan urusan Nenek, Atuk dan delegasi yang lain sepanjang berada di sana. Amin!

Aidilfitri 2011: Bahagian VI

Standard

Entri terakhir sesi menziarahi sanak-saudara di Perak minggu lalu berakhir di rumah Tok CikΒ di Ulu Kinta.

Di rumah Tok Cik ada buaian.

Seronok! Sambil bermain, boleh juga berposing πŸ™‚

Anyah pun ambil giliran. Maklumlah, saya sahajalah anak saudara comelnya (buat masa ini) πŸ™‚

Selepas mandi, Cik Syira pula ambil giliran bergambar sama. Oh! Memang seperti selibritilah πŸ™‚

Alhamdulillah, hari yang mengenyangkan. Dari kuetiau kungfu hinggalah ke soto. Semoga Allah murahkan lagi rezeki Opah su dan Tok cik..Amin!