Monthly Archives: October 2011

Beli Barang Dapur

Standard

Sudah lebih seminggu saya tidak update blog. Tiada gambar, tiadalah berita.

Oh! Saya juga tidak berkesempatan untuk menulis semula perkembangan ayah setelah menjalani pembedahan hampir dua minggu yang lalu.

Alhamdulillah, ayah sudah sihat, namun saya diberitahu ayah perlu mendapatkan rawatan susulan di hospital pada setiap dua minggu.

Baik, berbalik kepada entri asal.

Hari Sabtu lepas, saya menemani mama dan ayah ke Carrefour bagi membeli barangan dapur yang sudah habis.

..sedang mama dan ayah sibuk membeli keperluan dapur, saya ternampak pula hamster.

Comel betul. Hinggakan saya kepingin untuk membelanya.

“Mama, boleh saya belanya?”, tanya saya meskipun saya tahu jawapan mama..hehehe

Advertisements

Semoga Ayah Cepat Sembuh

Standard

Sob..sob..sob..

Saya ada berita mendukacitakan.

Ayah saya tidak sihat. Lehernya membengkak semula.

Pagi semalam ayah sudah pun menjalani pemeriksaan xray dan juga ujian darah, namun  hasil ujian tidak menampakkan apa-apa. Kata doktor, ayah perlu menjalani pembedahan 😦

Ayah dijangka masuk wad lewat petang ini dan akan menjalani pembedahan esok pagi.

Alahai..rindulah saya dengan ayah 😦

 

Ayah, saya mendoakan agar pembedahan esok berjalan dengan lancar dan ayah segera sembuh  seperti sediakala.

Amin.

 

Bersiar-siar di Jusco Setiawangsa

Standard

Sudah agak lama saya tidak ke taman mini Jusco Setiawangsa.

Namun petang semalam, saya berpeluang ke sana.

Sebelum itu, kami makan malam dahulu di restoran Bawang Kecik.

Isi ‘minyak’..

Saya makan sup sayur dan sotong bakar. Sedap!

Gambar? Tiada..barangkali ayah terlupa ambil gambar kot?

Selesai makan malam, kami menikmati desert di Baskin Robins. Pink untuk saya, hijau pula untuk ayah.

Momen terindah saya dan ayah 🙂

Sama, kan style kami? Hehe..

Sebelum pulang, seperti dijanjikan ayah saya dibenarkan menjenguk taman kegemaran saya.

Happening sungguh di taman ini di waktu malam. Seronok tengok gelagat mereka bermandi-manda di kawasan air pancut itu.

Sayangnya dari dahulu sehingga kini, saya hanyalah pemerhati 😛

Tutti Frutti

Standard

Tutti Frutti sudah membuka cawangan barunya di Prima Sri Gombak. Dekat sahaja dengan rumah saya.

Sementelah ianya berdekatan sahaja dengan rumah saya, ayah mengajak kami ‘minum petang’ di sana petang semalam.

Kami cuma mengambil 2 jenis perisa, vanilla dan oreo.

Mengapa sedikit?

Oh! Itu memang strategi ayah, pergi dengan perut yang sudah penuh. Jika tidak, sudah pasti bertambah ‘timbangan berat’ aiskrim itu 😛

Saya suka perisa vanilla.

Di Tutti Fruttilah saya pertama kali merasa aiskrim yogurt..Sedap juga.

Lihat, penuh penghayatan..sedap!

Terima kasih mama..sayang mama (walhal ayah yang bayar, hehe)

Bercuti dengan Ayah

Standard

Percutian hari keempat.

Sejurus menghantar mama ke pejabat, saya pula dibawa ayah ke Jusco Alpha Angle, Wangsa Maju.

Kata ayah, kami akan ke kedai buku MPH selepas bersarapan di sana 🙂

Yahoooo..

Saya pula, mahu pendekkan masa, lalu mengajak ayah terus ke kedai buku-(walhal terlebih excited) 😛

Tidak bersarapan pun tidaklah mengapa..hehe

Tadaaaa..inilah hasil belian kami.

Ayah belikan saya 3 keping jigsaw puzzle. Saya suka jigsaw puzzle! 🙂

Terima kasih ayah…

Putrajaya-KL Sentral-KLCC

Standard

Cak!

Pergi Titiwangsa lagi?

Tidaklah..saya cuma bermain di taman permainan di kawasan kejiranan Anyah.

Kami sekeluarga bermalam di sana hujung minggu yang lalu..

Yang seronoknya Opah pun ada.

Kali ini Opah ke Kuala Lumpur dengan adiknya Opah Su dan Tok Su yang kebetulan datang sempena meraikan majlis konvokesyen anakandanya, aunty Syira 🙂

Tengah hari Sabtu, kami turun ke KL Sentral pula, menghantar aunty Syira pulang ke Ipoh setelah selesai majlis konvokesyennya. Saya tidak lupa menghadiahinya coklat sebagai tanda penghargaan 🙂

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

Siapa sangka, saya menangis bersungguh-sungguh mahu mengikutnya pulang..hehe

Inilah aunty Syira saya 🙂

Pada ketika itu entah bagaimana saya boleh terfikirkan kemungkinan aunty Syira akan tersesat apabila pulang ke kampung sendirian. Disebabkan kemungkinan itulah saya menangis-nangis mahu mengikutnya pulang..hehehe

Terlalu tinggi imaginasi saya, bukan? (Memang menjadi ‘bahan’ pada hari itu..hehehe..

Kemudiannya saya bawa Opah, Opah Su dan Tok Su ke KLCC.

Ahli rombongan kami.

Anyah sahaja tiada. Anyah ke kelas. Belajar rajin-rajin ya, Anyah? 🙂

Seperti biasalah, saya dengan babak-babak lakonan saya..

“Nanti kakak belikan Mak Nyah jam tangan, tunggu ya? Nanti kakak marah…”

..dan pelbagai adegan lain lagi.

Opah, sementara menunggu makan malam tiba. Sayalah yang mengambil gambar ini.

Hm, boleh tahan juga 🙂

Tok Su dengan pelbagai ceritanya. Tok Su memang kelakar 🙂

Pada keesokan harinya kami ke Kampung Kerinchi, memenuhi undangan majlis perkahwinan pula. Mama beritahu, ini adalah majlis perkahwinan anak sulung kepada datuk saudaranya.

Oh! Patutlah meriah… 🙂

Pada ketika saya sedang orang lain sibuk dengan nasi minyak, saya pula hanya memakan maruku 😀

Oh! Ada orang main rambut saya yang panjang mengurai ini ya? Ini mesti kerja Alang..siap dia! Hehe..