Monthly Archives: November 2011

Kakak ke Zoo Negara Lagi..?

Standard

Ya, saya ke Zoo Negara lagi.

Sempena cuti Maal Hijrah yang baru berlalu ini, ayah tunaikan hajat saya yang berkeinginan ke sini lagi. Pada sesi lawatan kali pertama dahulu saya ke sini hanya ditemani ayah, sementara mama pula bekerja..

..dan tiada sekeping pun gambar saya seperti berada di sana..(alasan saya, disebabkan ketiadaan mama lah kurangnya gambar saya ketika itu).

“Nanti kakak mahu bergambar banyak-banyak mama, kan ada”, janji saya kepada ayah sebelum pergi..hehehe..

Saya memang pandai memujuk ayah ๐Ÿ˜‰

Untuk permulaan, kami menaiki tram, pusing-pusing keliling zoo..

Saya memang teruja dan kagum melihat haiwan-haiwan di kiri dan kanan jalan..

Wah!!! Tingginya zirafah..(Oh, saya tidak punya gambar dengan zirafahlah!)

Lihatlah, burung ini sangat jinak. Langsung tidak lari biar pun kami duduk berdekatannya. Saya pun tidak pula cuba mengejarnya….

Terlupa..hehe

Keletihan, hajat di hati mahu duduk, namun kerusi yang disediakan semuanya basah.

Dalam banyak-banyak haiwan yang dilawati, semestinya melihat harimau mengujakan saya..

Mereka nampak gagah..

Auuummmm!!

Penatnya..kami berehat pula di kawasan berdekatan kandang rusa.

Sementelah berada di sana, kami tidak lepaskan peluang menonton pertunjukan air di sini. Seronok melihat keletah dan aksi manja anjing laut. Saya teringin sekali mengusapnya.

Macamlah berani.. ๐Ÿ˜€

Sebelum pulang, ayah belikan cenderahati buat saya; sekaki payung comel berwarna pinkcute, bukan?

..dan topi pink ini.

Comel tak?

Babai Zoo Negara. Lawatan kali kedua ini memang seronok dan saya juga sudah tunaikan janji pada ayah untuk posing banyak-banyak…

Terima kasih ayah.

Advertisements

Chef Cilik

Standard

Oh, malam semalam Anyah singgah bermalam di rumah.

Sepeninggalannya pagi itu untuk ke kelas, Anyah berikan saya permainan baru buat saya.

Anyah belikan saya set microwave yang baru.

Wah! Memang best..

Dengan adanya set microwave itu, bolehlah saya bermain masak-masak; dipadankan pula dengan set pinggan mangkuk saya yang sedia ada ini..

Cool..

Inilah set microwave yang Anyah belikan itu ๐Ÿ˜‰

Terima kasih Anyah..

Oh! Saya sudah selesai memasak. Jemput makan semua. Hidangan pun sudah tersedia. Janganlah malu-malu ๐Ÿ™‚

Sepagi di Titiwangsa

Standard

Sudah agak lama kami tidak bersiar-siar di Titiwangsa.

Semenjak ayah tidak sihat tempoh hari..

..dan secara kebetulannya cuaca pun tidak begitu mengizinkan.

Pada pagi Sabtu yang lalu pun permainan saya terhad sahaja.

Kebanyakan permainan di sini basah.

Barangkali malam semalam hujan kot.

Alahai…bosannya. Permainan apa yang boleh dimainkan ini?

“Di sini pun basah, mama!”

Akhirnya ada juga permainan yang boleh saya cuba. Berpeluh-peluhlah juga saya ๐Ÿ™‚

Sungguhpun permainan terhad, hati saya gembira ๐Ÿ™‚

Cabutan Bertuah di Shah Alam Convention Centre

Standard

Pagi Sabtu yang lalu saya dan mama berpeluang menemani ayah menghadiri majlis cabutan bertuah anjuran PKNS di Shah Alam Convention Centre.

Kata ayah hadiah yang disediakan berupa kereta Persona sebagai hadiah utama, Ipad, baucar tunai bernilai RM5,000 dan juga hadiah iringan lain.

Wah! Banyaknya hadiah.. ๐Ÿ™‚

Seronoknya kalau kami termasuk di dalam senarai pemenang, hehe.

Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu, bukan?ย Inilah barisan pemenang-pemenang cabutan bertuah pada hari itu.

Ayah? Ayah tidak menang apa-apa pun..hehe.

Saya juga yang bertuah. Selesai menghadiri majlis cabutan bertuah itu, ayah beri peluang kepada saya untuk memilih buku-buku yang diingini di MPH SACC Mall.

Terima kasih ayah ๐Ÿ™‚

Kakak @ Hospital Putrajaya

Standard

Tengah malam Isnin yang lalu, bersamaan 7 November, kami menerima berita gembira bahawa Mak Nyah saya sudah selamat melahirkan puteri sulungnya.

Wah, seronoknya..

Oh! Secara kebetulan pula, 3 tahun yang lalu, saya juga dilahirkan ketika semua umat Islam sibuk dengan ibadah korban ๐Ÿ™‚

Tidak tunggu lama, keesokan harinya kami pulang ke Kuala Lumpur terus ke Putrajaya untuk menziarahi Anyah dan ahli keluarganya yang baru.

Inilah sepupu baru saya. Comel, bukan? Babyย comel dilahirkan seberat 2.83kg..

Tidak termasuk baby ini, saya sudah punya 2 orang sepupu perempuan lain; di sebelah keluarga ayah.

Bagaimana respons saya? Saya happy, tetapi entah bagaimana boleh terbit pula sedikit cemburu apabila melihat Anyah mendukung babynya ๐Ÿ˜›

Saya tidak memberikan kerjasama yang baik apabila mama minta untuk bergambar bersama Anyah dan baby itu ๐Ÿ˜€

Apalah kakak ini, bukan?

Tidak mengapalah, ada banyak lagi masa, bukan? Hehehe..

Semoga babyย cepat besar.

..nanti boleh bermain dengan kakak bersama-sama ๐Ÿ™‚

Baik, ini pula saya..

Sedang asyik bermain dengan belon seorang diri, sepupu mama datang bersama 2 orang anak-anaknya. Barulah seronok, ada kawan untuk bermain.. ๐Ÿ™‚

Alamak..kasihan mereka, berebut turn pula..(saya patut beli belon lebih!)

Balik Kampung Perak

Standard

Bersempena dengan cuti sambutan Hari Raya Aidiladha yang baru berlalu, kami sekeluarga pulang ke kampung mama di Tg. Tualang, Perak.

Entri ini perihal sambutan raya kobankah? Tidaklah…hehe..

Disebabkan kamera kompak mama tiada bateri, sementara ayah pula tiba di kampung pada sebelah tengah hari raya korban, jadi tidak dapatlah saya kemas kinikan blog dengan cerita hari raya saya, hehe..

Oh ya, sebut sahaja hari raya korban bermakna genaplah saya 3 tahun mengikut kalendar Islam..ya, saya memang sudah besar ๐Ÿ˜‰

Apa yang saya buat sepanjang di kampung mama?

Seronok, selama 3 malam di sana, aktiviti saya di sana penuhย sementelah hampir ke semua pakcik-pakcik ada kecuali Anyah sahaja yang beraya di Putrajaya; kerana menanti kelahiran bayi sulungnya..

Apabila hati sudah seronok dengan layanan yang melimpah-ruah (?), tidur malam pun saya memilih untuk bersama Alang, Opah dan Tok..

“Mama sudah besar, boleh tidur seorang diri..”, ย (ewah!) Hehehe

Melawat Doktor

Standard

Hai..

Hari ini saya ke klinik.

Buat apa?

Saya mahu buat rawatan susulan alergi yang saya alami seminggu ini; yang terkesan pada mata.

Apa yang doktor buat?

Doktor periksa anak tekak,

..periksa suhu badan saya,

(okey, saya tidak demam..)

..juga paru-paru saya.

Alhamdulillah, doktor kata saya sihat. Cuma doktor bekalkan antibiotik sebagai usaha menghapuskan alergi saya.

Yahooo..saya boleh pulang beraya ke kampung Perak dengan ceria ๐Ÿ˜‰