Monthly Archives: February 2012

Mari Menabung

Standard

Kali ini saya mahu cerita fasal tabungan. 

Siapa ada tabung? Semua orang pun tahu memang konsep menabung, simpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Hari ini, oleh kerana saya mahu segera duit tabungan saya menjadi bukit, saya telah mengutip duit Ayah yang bertaburan di meja ke dalam tabung saya.

Terima kasih kepada ayah yang sudi meletakkan duit bertaburan di sana-sini 😀

Hmm, boleh tahan banyak juga hasil kutipan saya. Saya tidak sabar mahu lihat tabungan saya menjadi bukit! 🙂

Harap-harap selepas ini akan ada lagi duit yang bertaburan, bolehlah saya menabung lagi, hehehe..

Advertisements

Lagi-Lagi Zoo

Standard

Baru sahaja 4 bulan yang lalu saya dibawa Ayah ke Zoo Negara.

Pada cuti perayaan Thaipusam yang lalu pun saya ke sana lagi 🙂

Saya teruja ke sana, melihat kawanan haiwan yang saya tidak pernah lihat.

Jika dalam lawatan yang lepas, saya sangat teruja melihat harimau dan singa, untuk kali ini saya lebih teruja melihat buaya.

Tetapi, buaya ini hanya duduk setempat sahaja. Langsung tiada pergerakan..

Sementara menunggu tram berwarna pink (oh! Saya hanya mahu naik yang warna pink), kami berehat dahulu.

..sambil itu ayah mengambil gambar.

Wajah-wajah kegembiraan saya.

Tram pun sudah tiba, kini masa untuk pulang…

Berat rasa hati mahu pulang..

Bye-bye Zoo Negara. Ada kesempatan lain, kita jumpa lagi…

Aktiviti di Kampung, Perak

Standard

Cuti sempena Maulidur Rasul baru-baru ini saya telah pulang ke kampung mama di Perak.

Kepulangan saya di kampung mama kali ini tidak seperti selalu.

Kepulangan kami kali ini sibuk dengan persiapan perkahwinan Alang yang bakal berlangsung 9 Jun nanti.

Wah, tidak lama lagi saya bakal terima seorang lagi emak saudara baru 🙂

Lihat, saya ke butik pengantin..

Saya secara sukarela telah menawarkan diri untuk menjadi perunding imej..

Tugas saya ini bukanlah mudah, amat rumit sekali apalagi melibatkan banyak pilihan design 😉

Hehe, tidaklah..saya hanya menyibukkan diri sahaja di sana.

Sebenarnya Mama, Alang dan Anyah yang bertindak sebagai pembuat keputusan di sana 🙂

Selesai urusan, kami bergegas pulang ke rumah opah semula. Petang nani kami mahu pulang ke Batu Caves semula.

Sebelum pulang, saya membantu Tok pula dengan kerja-kerja menyimen garajnya. Bukankah saya cucu yang rajin? Hehe..

Selesai membantu Tok, kami berbual-bual pula sementara Mama siap berkemas-kemas.

“Tok tolong simpankan kipas kotak saya ini ya, balik nanti saya mahu guna lagi”.