Monthly Archives: March 2012

Tudung Pasar Malam

Standard

Pada petang tadi, saya berkesempatan ke pasar malam berdekatan rumah kami.

Kebetulannya barangan mentah di rumah pun sudah habis, hm..ada peluanglah mama gantung periuk dan kualinya πŸ™‚

Saya pula berpeluang menambah koleksi tudung kepunyaan saya, yes!

Cuba teka, warna apa yang menjadi pilihan hati saya? Betul…Semestinyalah saya memilih warna pink.

Tibanya di rumah, saya terus menggayakannya.

..lantas mengarahkan ayah mengambil gambar saya dengn tudung baru ini.

Siapa kata barangan dari pasar malam tidak cantik?

Cantik, bukan?

Selepas ini saya mahu beli warna ungu pulalah πŸ˜€

Boleh tak ayah? Hehehe..

Advertisements

Kolam Lagi..

Standard

Sudah saya katakan, selagi ayah mahu uploadkan gambar aktiviti saya di kolam, cerita saya pastilah berkisar mandi-manda..

..dengan pelbagai aksi.

Eh, ada aunty Syiralah..

Aunty Syira adalah sepupu mama. Pada hujung minggu yang lalu aunty sekeluarga dari Ipoh bermalam di rumah saya.

Seronok.

Puas saya mengajak kedua-dua mereka ini terjun, namun tidak berjaya. Mereka hanya mahu celup kaki sahaja.

Oh! Patutlah masih takutkan air. Rupanya kedua-dua mereka belumpun mandi pagi..hehehe

Mandi Kolam dan Gigi Patah..

Standard

Hari Jumaat sememangnya saya tunggu-tunggu sepanjang minggu.

Masakan tidak, berakhirnya waktu di sekolah beerti saya boleh meluangkan masa berenang di kolam renang pula.

Oh, ada cerita sedih juga di petang Jumaat itu. Mahu tahu mengapa? 😦

Pada hari itulah juga saya sebatang gigi saya patah separuh. Paling sedih, ia gigi di bahagian hadapan.

Agak-agak masih menawankah senyuman saya? πŸ˜‰

Baik berbalik kepada cerita kolam, selagi ayah mahu saya letakkan gambar di kolam renang, memang tidak akan ada cerita lainlah entri saya di blog ini.

Saya okey sahaja, sebab saya memang suka pun.

..hanya berikan ayah pose menarik, saya dibenarkan untuk berlama-lamaan di dalam kolam.

Wajah-wajah gembira..

Lagipun, siapalah yang tidak suka bermain air, bukan?

Saya dan ayah..

Oh, saya suka pose kami ini πŸ™‚

Baik, inilah barisan gigi saya sebelum kejadian patahnya gigi saya.

..dan yang ini pula, sebatang gigi hadapan saya setelah patah separuh πŸ˜›

Saya kelihatan kelakar, bukan? πŸ˜›

Ahaaa, saya tahu! Agak-agak tidak mahu kelihatan kelakar, lebih baik saya senyum begini, hehe..

Comel, kot..

Mandi-manda di Kolam Renang

Standard

Hm, baru kini saya berkesempatan menulis blog. Sudah banyak cerita yang sudah tertinggal untuk diceritakan.

Oh ya! Mahu tahu, saya sekeluarga sudah berpindah ke rumah baru.Β Seronoklah juga. Sudah seminggu kami di sini. Penat pun belum hilang lagi..(walhal,Β saya tidak terlibat langsung dalam misi ayah dan mama membungkus dan memunggah kotak, hehe).

Rancangannya hari ini, saya mahu ceritakan aktiviti kegemaran terbaru saya di sini…

Ehem, sejak di rumah baru saya punya aktiviti barulah pula πŸ˜‰

Maklumlah di rumah baru ini ada kolam renang. Sesuailah dengan saya yang gemar bermain air, hehe.

Saya tidaklah pandai berenang, setakat mengocak air bolehlah πŸ˜›

Lupa seketika keseronokan bermain papan gelungsur dan buaian di taman permainan..hehe..

Inilah jurulatih tidak profesional saya πŸ™‚

..dengan kehadiran jurulatih ini, saya boleh mencuba mengapungkan diri di dalam air.

Cool, bukan?

Paling seronok tentulah melompat tinggi-tinggi πŸ™‚

Baiklah, tiba masanya untuk pulang. Puan fotografer bertugas pun sudah memanggil berkali-kali..

Hm..esok masih ada πŸ˜€