Monthly Archives: April 2012

Kamera Ayah Sudah Pulih :)

Standard

Hm, sudah agak lama saya tidak mengemaskinikan blog.

Kenapa agaknya?

Kamera ayah rosak, itulah sibuk sangat mengambil gambar di dalam kolam, lalu ia terjatuh ke dalam air.

Alhamdulillah, kini ia sudah siap dibaik pulih.

Saya pasti ayah tentu serik mahu ambil gambar dari dalam kolam..hehehe

Inilah pose pertama setelah kamera ayah dibaik pulih.

Sebenarnya bukan gambar saya yang ayah mahu ambil, sebaliknya kereta kebal itu.

Lihat, bukankah saya sudah kata 😛

Penat sahaja saya senyum, rupanya yang masuk hanyalah lengan 🙂

Ini pula gambar saya dengan mama pada keesokan harinya.

Kami meluangkan masa hampir 1 jam di taman permainan.

Beriadah beginilah barulah keluar peluh! 😀