Monthly Archives: May 2012

Jemputan Makan Malam di Hotel

Standard

Petang semalam, sejurus pulang dari sekolah ayah beritahu kami akan memenuhi jemputan makan malam di luar.

Kata ayah, kami akan malam di Concorde Hotel bersama Atuk Latif yang berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja.

Yang seronoknya, Ayah beri lampu hijau untuk saya makan aiskrim setelah berbulan-bulan saya tidak menjamahnya 🙂

Oh! Maaf, saya makan menggunakan tangan kiri, disebabkan tangan kanan saya sakit. Sakit akibat menjalani ujian darah, 3 hari lalu 😛

Inilah Atuk saya. Saya rasa kelak ayah tua beginilah mukanya, kot..hihi

Terima kasih atuk atas jemputan. Sehingga bertemu lagi. Saya doakan perjalanan pulang Atuk selamat dan dipermudahkan.

Advertisements

Sehingga Jumpa Lagi Terengganu :)

Standard

Ahad, 27 Mei 2012.

Oh! Selesai sudah majlis perkahwinan Alang di Terengganu. Kini sampai masanya pula untuk berangkat pulang ke Kuala Lumpur.

Sementara menunggu mama siap mengemas barang untuk berangkat pulang, saya bersiar-siar menghirup udara pagi di hadapan homestay yang Alang sewakan buat kami bersama-sama Tok Su 🙂

Sepanjang dua hari di sana, baru inilah kesempatan saya bersantaian di hadapan homestay ini kerana cuaca di sini tidak mengizinkan.

Kira-kira jam 10 pagi kami sekeluarga bertolak balik ke Kuala Lumpur, sementara yang lain-lain masih menunggu masa untuk pulang ke Perak.

Di dalam perjalanan pulang kami ke Kuala Lumpur, tiba-tiba ayah mengajak kami singgah di Pantai Cherating yang hanya beberapa kilometer sahaja dari laluan kami.

Tentulah saya gembira dan teruja apabila ayah memberi masa satu jam kepada saya untuk bermain air laut 🙂

..tengok habis basah baju saya. Sungguhpun sudah terjatuh akibat tidak pandai mengimbangi badan, ia langsung tidak mematahkan semangat saya untuk terus bermain di pantai..hehehe

..siap masih boleh memilih port untuk posing lagi.

Cukup masa 1 jam, ayah mengajak pulang. Semoga 1 hari nanti mama boleh belanja kami bercuti di Cherating kelak. Amin 🙂

Tahniah Alang

Standard

Tanggal 26 Mei 2012 merupakan hari istimewa buat Alang (Hasrul Wahab) dan Cik Liza..

Tarikh istimewa juga buat saya, kerana menerima seorang lagi ibu saudara baru.

Majlis bertandang diadakan di kampung Cik Liza di Kampung Cheting, Terengganu.

Pertama kali saya menjejakkan kaki ke bumi Terengganu. Sungguhpun penat di perjalanan, namun seronok tidak terkata..

Inilah Alang, si pengantin yang sedang berdebar-debar ketika itu 🙂

..mujurlah ada saya dan Atuk setia menemani Alang menangani debarannya 😛

Mama pun ada.

Acik bertindak sebagai pengapit Alang.

Inilah Cik Liza, sungguh cantik pada pandangan saya lebih lagi bila berbaju pink, warna kegemaran saya..hehehe

Mama, Opah su dan Opah hanya memerhati dari belakang.

..penyerahan hak menikahkan daripada wali kepada kadi.

Tidak lengkap rasanya sesuatu upacara tanpa kehadiran fotografer.

Ini adalah aksi Anyah dengan kamera kompaknya.

Ada lagi aksi-aksi lain 😛

Ini pula aksi videografer yang merupakan ahli keluarga Cik Liza yang ayah berjaya rakamkan 🙂

..masing-masing punya gaya dan cara tersendiri 🙂

Alhamdulillah, akhirnya dengan dua kali lafaz, Alang sah menjadi suami kepada Cik Liza.

Semoga rumah tangga kekal hingga ke akhir hayat. Amin.

Seperti biasa, selesai sahaja upacara nikah, pasti ada sesi bergambar 🙂

Ketika semua orang sibuk bergambar dengan pengantin, saya pula asyik memerhatikan busana yang dipakai Cik Liza.

Saya sangat terpesona dengan kecantikan Cik Liza dengan warna pilihannya. Berkali-kali saya ingatkan mama yang saya juga mahu majlis perkahwinan saya kelak bertemakan warna pink dan purple 😀

Haih! 🙂

Baiklah, selepas ini gambar-gambar sekitar majlis bersanding.

Ya, saya juga ikut berarak di dalam rombongan menuju ke rumah pengantin perempuan.

Teruja! 🙂

Iyalah, pada ketika Anyah kahwin dahulu saya baru berusia setahun 😛

Barisan rombongan dari Perak.

..ini juga barisan keluarga dari Perak.

Tahniah Alang dan Cik Liza. Selamat datang ke keluarga besar kami Cik Liza. Semoga berbahagia selalu.

Tahniah juga buat Opah kerana menerima menantu baru 🙂

Oh! Selepas ini saya harus biasakan diri memanggil Cik Liza sebagai Mak Alang pula 😛