Monthly Archives: June 2012

Kenduri Kahwin Alang

Standard

Sudah 2 minggu berlalu selepas kenduri menghantar Alang sempena majlis perkahwinannya di Terengganu kini tiba pula masanya majlis dibuat di Perak.

Pada sebelah pagi sebelum majlis bermula, sayalah orang yang paling sibuk. Saya berperanan sebagai tukang susun seterusnya merangkap penjaga goody bags di meja menyambut tetamu.

Banyak bukan?

Kalaulah ia boleh dijual, dapatlah juga saya menambah duit tabungan 😀

Jika di Terengganu pasangan pengantin memilih merah sebagai warna tema, majlis di Perak pula berwarna kelabu.

Alang dan Mak Lang bergambar di pelamin.

..kini giliran saya pula, hihi..

Mujurlah Mak Lang saya spoting, sanggup beri peluang kepada saya dan Anyah (yang sibuk mahu menyelit juga) duduk di pelaminnya 😛

Oleh kerana sangat teruja dengan kahwin-kahwin inilah, saya diberi peluang untuk jadi pengapit. Tidak dapat jadi pengantin, jadi pengapit pun sudah dikira baik 🙂

Mentanglah anak fotografer bertugas, di dalam gambar keluarga Anyah bersama pengantin pun masih terselit saya di situ 😛

Inilah dinamakan kemaruk pelamin! Hehe..

Mama pun mahu juga bergambar di pelamin? Haih.. 😛

Di barisan hadapan pelamin, saya, uncle Mukhlis dan aunty Tisya 🙂

Sungguh kelihatan keterujaan kami, bukan? Hihihi..

Ini pula antara barisan penyambut tetamu.

Mereka pula aunty saya. Kesemuanya masih bujang ya 😉

Atuk dan Nenek dari Janda Baik pun turut hadir memeriahkan majlis.

Terima kasih Atuk dan Nenek kerana sudi hadir..

Ini pula potret pengantin bersama ibu dan bapa masing-masing..

Ini bukanlah logo barangan sukan ‘Kappa’ ya? Hehe

Lagi pose istimewa daripada pengantin..

Pada sebelah malam pula ada sesi membuka hadiah.

..dan juga acara potong kek. Amboi, suka betul Alang bila disuapkan kek, ya?

Saya pun suka kek!

Selamat pengantin baru Alang dan Mak Lang. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin.