Monthly Archives: September 2012

Perjumpaan Mini Kawan Sekolah Mama

Standard

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu Mama tiba juga. Jadual ayah sudah ditempahnya sejak hampir sebulan bagi memenuhi jemputan perjumpaan mini bersama kawan lama sekolahnya di Taman Shahbandaraya, Klang 😛

Punyalah bersemangat, kami merupakan keluarga pertama yang tiba di rumah aunty Gee sebagai pengelola majlis 🙂

Bukan hanya Mama sahaja seronok jumpa kawan lamanya, saya juga dapat kawan baru.

Syukurlah si montel ini baik-baik sahaja moodnya, sekiranya tidak pasti Mamanya kena balik awal 😛

Disebabkan menu yang disediakan banyak dan sedap aunty-aunty yang peramah ini duduk sahajalah keliling meja hihi..jangan marah aunty Fatimah, aunty Sab dan aunty Ija 😛

Sebut fasal menu, hari itu ada mihun tomyam, nasi impit, apam gebu, laksa, kek keramel dan juga sumi untuk kanak-kanak. Ada juga sesi BBQ. Kesemuanya sedap-sedap.

Oh! Ada lagi rupanya yang saya belum perkenalkan, yang bersalaman itu aunty Midah dan aunty Fatimah. Yang bertudung putih itu aunty Anna.

Kini tiba giliran saya pula bersalaman dengan aunty Siti yang pada ketika itu baru sahaja tiba.

Sebelum pulang, kami bergambar bersama-sama.

Peserta paling kecil di hari itu, Muhaimin namanya baru sahaja berusia 7 bulan. Muhaimin pun spoting!

Aha ini situasi biasa, pada ketika ini jugalah mahu cek samada masing-masing masih menyimpan nombor telefon masing-masing sambil diperhatikan oleh aunty Gee 😛

Kecoh sungguh! Hihihi

Setelah 3 jam di sana (lama tu), tepat 3.30 petang kami berangkat pulang ke Batu Caves semula. Terima kasih aunty Gee sekeluarga atas layanan baik dan susah payahnya. InsyaAllah ada kelapangan kita berjumpa lagi. Amin.