Assalammualaikum. Hari ini saya ada cerita terbaru untuk dikongsikan di sini. Baru-baru ini saya ke Aquaria, KLCC.
Ya, betullah tu, saya pernah ke sana semasa saya berusia 2 tahun dahulu. Maria, kawan tadika sayalah yang bertanggung jawab buat saya mengajak Mama dan Ayah ke sana sekali lagi. 😀
Saya bertegas mahu pergi ke sana disebabkan teruja dengan janji Maria yang mahu berjumpa di sana. Mujur juga Ayah bersetuju mahu bawa saya ke sana setelah berkali-kali saya cuba memujuknya..
Oh! Saya masih ingat water rat ini. Saya kurang pasti pula samaada ia water rat yang sama dengan yang saya kunjungi pada tahun 2010 yang lalu. Saiznya sama sahaja;)
Mari saya kongsikan apa lagi yang saya tengok di sana..
Memerang ini sangat cute, bukan? Saya sangat terhibur dengan aksinya..hihi. Sangat comel.
Ular kuning ini sedang nyenyak tidur, mungkin kekenyangan. Kata Mama, pada ketika saya sampai, kesemua mereka sudah makan. Sayangnya saya terlepas waktu itu.
Lihat, saya memang teruja, bukan? Berbeza dengan ‘pengembaraan’ saya di tahun 2010, hihi..
Oh! Bukan sahaja dapat melawat ikan-ikan dan haiwan lain, saya juga dapat membodek Mama supaya belikan saya kuda laut berwarna pink buat saya sebagai teman tidur yang baru. Mama memang baik. Hihi.
Maria! Di mana kawan tadika saya, Maria? Betul juga kata Mama, sekiranya benar Maria ke Aquaria juga, tidak semestinya kami akan bertemu, hihi.
Itulah, saya ini memang begitu……hihihi. Terima kasih Ayah atas peluang yang Ayah berikan. Sayang Ayah.