Monthly Archives: June 2013

Balik Kampung Janda Baik

Standard

Assalammualaikum,

Pada cuti hujung minggu yang lalu, saya dan keluarga pulang ke kampung ayah saya di Janda Baik.

2T7R9421 2T7R9439

Eh, mengapa hanya kucing-kucing sahaja di depan rumah?

2T7R9454

Oh, menurut pembantu Nenek, Nenek sudah keluar bekerja. Hm, nampaknya kami sudah tersalah pilih hari lagi untuk pulang…

 2T7R9426 JandaBaik

Mujurlah Atuk Professor ada di rumah. Dapatlah menumpang sebentar duduk di ribaan Atuk, hihi..

2T7R9450

Selesai makan tengah hari, Atuk bawa saya ke kawasan binaan yang baru. Pada mulanya saya pun tidak pasti tempat apakah itu. Oh! Rupanya binaan ini dibuat untuk menanam buah markisa.

Pandai-pandai sahaja saya mengagak-agak sendiri bahawa ia tempat untuk bermain. Hihihi..

2T7R9455

Atuk beritahu lagi, kelak Atuk akan letakkan pula kerusi rehat berhampiran pokok markisa itu. Oh! Saya dapat rasakan idea Atuk untuk meletakkan kerusi rehat di bawah teduhan pokok markisa sangat cool..

Tidak sabar pula rasanya… 😀

2T7R9457

Saya tidak dapat berlama-lamaan dengan Atuk pada hari itu, kerana pada sebelah petangnya saya diberitahu bahawa Atuk mahu ke Pulau Pinang atas urusan kerja. Oh!

Semoga perjalanan Atuk ke sana dipermudahkan. Amin.

Sekian, sehingga berjumpa lagi di lain cerita. 🙂