Monthly Archives: December 2013

Selamat Pengantin Baru Mak Long Farhanah

Standard

Assalammualaikum.

Saya ada cerita terbaru. Pada hari Ahad yang lalu kami sekeluarga ke majlis perkahwinan sepupu Mama yang saya panggil Mak Long Farhanah di Darul Hidayah, Ulu Langat.

Macam biasa, sayalah orang yang paling teruja bila masuk bab kenduri-kenduri kahwin ini πŸ™‚

2T7R1590 2T7R1605

Kebiasaannya apabila di majlis-majlis beginilah saya dapat berjumpa dan berkenalan dengan kaum keluarga.

2T7R1609

Jika saya tidak turut serta, sudah tentu saya tidak dapat bertemu Ayah Ngah Syafiq yang belajar di Yaman ini. πŸ™‚

2T7R1614Β 2T7R1628

Yang di dalam gambar ini pula ibu dan ayah pengantin.

2T7R1619 Β 2T7R1644

..apabila anak dan bapa saudara bertemu πŸ˜€

Mari saya kongsikan beberapa gambar sekitar majlis perkahwinan Mak Long Farhanah.

08122013Β 2T7R1695

Ehem! Pengapit cilik? Aha, ini merupakan pengalaman pertama saya menjadi pengapit, merasa juga saya berdiri di sebelah pengantin.. πŸ˜€

Saya tidak dilantik pun, tetapi sengaja sibuk-sibukkan diri berdiri sebelah pengantin..hihi

Pengapit rasmi, tentulah si darah manisΒ aunty Syira yang berkebaya coklat itu.. πŸ™‚

2T7R1739Β 2T7R1768

Mak Long Farhanah dan suaminya, sama cantik dan sepadan.

2T7R1796Β 2T7R1801

Itu diaa..tidak dapat duduk semeja, saya bertindak sebagai photographer pula..hihi.

Kasihan Mama, penat mengikut jejak saya ke sana dan ke sini..

2T7R1809Β 

Akhirnya apabila sudah penat, saya join Tok berehat di luar dewan sementara menunggu masa untuk pulang.

Buat Mak Long Farhanah dan Pak Long Hanafi, kami sekeluarga mendoakan semoga jodoh berpanjangan dan berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin..

Semoga berjumpa lagi πŸ™‚

Advertisements

Menjamu Kawan-Kawan Sempena Hari Jadi

Standard

Assalammualaikum.

Akhirnya Disember yang saya tunggu-tunggu pun tiba. Sepanjang tahun saya tunggu gara-gara ‘penat’ meraikan majlis hari jadi kawan-kawan di sekolah sepanjang tahun πŸ™‚

Mama kata, setiap orang ada gilirannya hari lahir masing-masing. Kelak, giliran saya pula pada hujung tahun..Hmm, penat saya tunggu Disember.

Oleh kerana 7 Disember pada tahun ini jatuh pada hari Sabtu, jadi Mama hantar kek awal sehari ke sekolah.

Oh! Mari kita lihat apa yang saya bawa ke sekolah…

2T7R1553 2T7R1574

Tadaaaa! Inilah kek hari lahir saya yang ke-5 tahun. Demi menggembirakan saya, Mama telah tempahkan kek pelangi untuk saya jamukan kepada kawan-kawan di sekolah.

Sudah lama saya idamkan kek pelangi yang berwarna-warni itu..hihihi

2T7R1587

..dan, tidak lupa sedikit buah tangan untuk kawan-kawan bawa pulang. Semoga kawan-kawan gembira dengan buah tangan yang Mama sediakan itu.

Seronoknya..tidak sabar pula mahu tunggu Disember lagi ^_^

Terima kasih Mama dan Ayah, Kakak memang happy!