Monthly Archives: January 2014

Saya Pulang Ke Kampung Janda Baik Lagi :)

Standard

Assalammualaikum.

Wah, saya ada cerita dan gambar terbaru.

Semalam, sejurus habis sekolah, Ayah bawa saya pulang ke kampung Nenek dan Atuk Professor. Kami balik berdua sahaja, Mama belum habis kerja. Nampaknya Mama kena tinggal lagi 😛

Balik pada kali ini pada saya sangat menyeronokkan. Mahu tengok apa saya buat?

2T7R8482 2T7R8525

Tadaa!

Saya tolong Atuk Professor memberi ikan-ikan di kolam makan.

2T7R8539 2T7R8543

Saya terdengar Ayah cerita pada Mama, yang ikan-ikan Atuk Professor pada hari itu tentu terlebih kenyang daripada biasa. Sebab kata Ayah saya sudah beri lebih dari yang sepatutnya..

Hihi

2T7R8561

Memberi makanan kepada ikan memang mengujakan. Ke semua ikan berlumba-lumba datang apabila saya campakkan makanan ke dalam kolam..

Happy nya!

Tiba-tiba saya rasa mahu bela ikan juga 🙂

2T7R8600 2T7R8629

Pada sebelah petang pula saya tolong Pak cik Dol mengutip buah manggis dan rambutan..

2T7R8716

Selesai mengutip buah rambutan dan manggis, kemudiannya saya dan Atuk Professor memetik buah markisa pula.

Haih, aktiviti-aktiviti ini memang seronok sehinggakan saya keberatan mahu pulang..

Cerita Ayah lagi kepada Mama, semasa kami di dalam kereta, tidak sampai 5 minit pun kereta bergerak meninggalkan rumah Nenek dan Atuk Professor, saya sudah pun tertidur kepenatan..hihi.

Saya memang penat, sehinggakan pada sebelah malam Mama terpaksa mengurut betis-betis kaki saya yang kelenguhan akibat terlalu aktif di sebelah siangnya..hihi..

Kelak, saya bercadang mahu bermain skuter pula di halaman rumah Nenek dan Atuk Professor yang luas itu. Harap-harap Ayah benarkan..Amin! 🙂