Sukan Tahunan Little Caliphs 2014

Standard

Assalammualaikum.

Setelah empat bulan menyepi, saya muncul kembali dengan entri terbaru. Tidak banyak cerita terkini yang dapat saya kongsikan sepanjang tempoh sepi saya itu..hihi.

Entri kali ini saya mahu cerita tentang acara sukan tahunan tadika saya pada hujung minggu yang lalu.

Jika pada tahun lepas kami bersukan di Taman Metropolitan Kepong, tahun ini sukan kami diadakan di dewan sekolah pula. Alhamdulillah, lebih selesa.

Hanya 2 buah cawangan sekolah sahaja yang bertanding pada acara sukan kali ini. Setiap sekolah dibahagikan pula kepada dua pasukan. Brinjal dan Broccoli mewakili cawangan sekolah saya, Banjaria Court.

2T7R0130 

Hijau adalah warna tema pasukan Broccoli. Brinjal pula berwarna ungu.

2T7R0035 2T7R9997 

Seperti biasa, sebelum acara sukan bermula pasti ada persembahan murid.

2T7R0058 2T7R9947

Tadika kami persembahkan tarian dari dua buah lagu…Penat juga menari. Mujur stamina masih okey.. 😉

 najmi2 najmi

Acara sukan dimulakan dengan kategori murid 4 tahun, salah seorang peserta yang saya kenal rapat ialah; Najmi. Hihi..Sempat jugalah Ayah ambil 2 keping gambar candid dia.

Najmi sangat bersemangat. Kita boleh lihat dari gambar bagaimana Najmi memberikan sokongan moral kepada rakan sepasukannya..hihihi.

2T7R0171 2T7R0227

Chit-chat dengan kawan sepasukan, sementara menunggu giliran.

2T7R0214 2T7R0229

Debaran menanti giliran untuk beraksi..Ayah pula sibuk merakam aksi..hmm

2T7R0257 

Ehem! Ada gaya atlit professional atau tidak? Jangan tidak tahu ya, pasukan Broccoli memenangi tempat pertama dan kedua dalam dua acara sukan dalam kategori murid 6 tahun, paling membanggakan saya merupakan salah seorang ahli pasukannya 🙂

2T7R02862T7R0303

Inilah saat-saat yang dinanti-nantikan. Majlis penyampaian pingat. Rasa seperti atlit sukan professional pula apabila ramai kameraman mengambil gambar kami di pentas..hihihi

2T7R0337

Hey, inilah pingat saya. Meskipun Broccoli hanya mendapat tempat kedua, tetapi kami tetap dianugerahkan pingat emas! Sebenarnya kesemua 4 pasukan pun mendapat pingat emas. Hihi

2T7R0350

Oh! Mari saya perkenalkan..yang berbaju ungu di tengah-tengah itu, kawan baik saya Amni, dan yang si kecil molek itu bernama Alisya. Amni dari pasukan Brinjal.

Tahniah buat Amni, pasukan Brinjal dapat tempat pertama dalam acara sukan kali ini.

Ya! Tempat pertama dan kedua dari cawangan Banjaria Court. Happy nya!

Saya akan simpan baik-baik memori ini sementelah ini tahun terakhir saya bersekolah di sini sebelum menjejakkan kaki ke sekolah rendah tahun hadapan.

Sehingga berjumpa lagi. Wassalam..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s