Monthly Archives: November 2014

Annual Ihtifal Little Caliphs 2014

Standard

Assalammualaikum,

Hore! Semalam, 15 November 2014, Tadika Little Caliphs, Banjaria Court telah menganjurkan satu Majlis Ihtifal di Plaza Flamingo. Hari Ihtifal ini turut disertai oleh pelajar-pelajar dari cawangan Taman Melati. Kira-kira 55 orang pelajar 6 tahun diraikan pada hari itu.

Pelbagai persediaan yang Teacher buat bagi memeriahkan majlis ini. Lebih kurang 2, 3 minggu yang lepas, saya dan kawan-kawan berhabis-habisan berlatih untuk pelbagai persembahan. Ada yang mengambil bahagian dalam acara dikir barat, nasyid, bacaan hadis, bacaan ayat-ayat lazim dan terjemahan dan juga seni lakon.

Sudah tentulah saya pun turut serta dalam salah satu acara 🙂

2T7R0760

Ketika ini kami membaca surah Yasin ayat 1-12. Alhamdulillah, kami berjaya menghafaz dalam tempoh 2-3 minggu sahaja.

Terima kasih Ayah tidak jemu-jemu menenangkan saya ketika saya stress mahu menghafaz.

2T7R0810 2T7R0856

Jeng, jeng, jeng…boleh nampak saya? Ya, sayalah itu..di depan saya, rakan baik saya Amni. Pada masa ini kami menunggu giliran untuk mempersembahkan lakonan pendek, Princess Zulaikha and The 7 Dwarfs.

2T7R0918 2T7R0943

Di dalam lakonan itu, saya membawakan watak sebagai dayang bersama-sama dengan Amni. Yang memakai dress Frozen itu Dania. Dania memegang watak sebagai Princess Zulaikha.

2T7R0949

Saya ingat pesan Mama supaya enjoy dengan persembahan dan buat yang terbaikAlhamdulillah semuanya berjalan lancar, hihi.

2T7R1006 2T7R1007

Setelah habis persembahan, tibalah masa untuk acara kemuncak.

2T7R1031 2T7R1037

Tadaaaaa…cool, bukan?

Jutaan terima kasih buat Teacher-Teacher yang telah banyak membantu saya sepanjang saya bersekolah di sini. Semoga Allah membalas budi baik Teacher sekalian. Amin.

2T7R1042 2T7R1047

Alhamdulillah, saya sudah bergelar graduan tadika Little Caliphs 🙂

Agak-agaknya saya boleh gunakan sijil ini untuk mula bekerjakah? 😀

2T7R1049 2T7R1058

Seperti biasalah, apabila ada acara penting (mahu pun tidak), Ayah dan Mama lah orang paling sibuk.

2T7R1059 2T7R1071

Paling sibuk mahu bergambar. Tengoklah gelagat Mama itu… 😉

2T7R1074 2T7R1103

Bertenanglah, Ayah dan Mama. Ini baru sijil tadika. Hihi

2T7R1171 2T7R1232

Semoga Allah permudahkan masa hadapan saya..Amin.

2T7R1254

Oh, perkenalkan..ini kawan sekelas saya. Namanya Aisyah Humairah. Pada masa ini hanya kami sahaja yang tinggal. Ruginya tidak dapat bergambar kenangan bersama-sama rakan-rakan yang lain.. 😦

2T7R1263

Sebelum mengundurkan diri, saya kongsikan gambar close up hadiah daripada Mama untuk saya sempena Ihtifal semalam. Saya sudah berikan nama pada bear yang cilik itu. Namanya Caca, comel bukan?

Akhirkata sehingga berjumpa lagi. Debaran saya belum habis, mohon doakan saya untuk ujian saringan dan orientasi Tahun 1 yang bakal diadakan pada minggu hadapan ya.

Terima kasih 🙂

Wassalam.

Advertisements

Menghirup Udara Petang Di Titiwangsa

Standard

Assalammualaikum,

Setelah berminggu-minggu memujuk rayu Ayah supaya membawa saya ke Taman Tasik Titiwangsa, akhirnya Ayah tunaikan permintaan saya itu.

2T7R0580 2T7R0600

Alhamdulillah, mujurlah cuaca pada hari itu cerah..Sebenarnya bermacam-macam alasan saya cipta supaya Ayah bersetuju membawa kami ke sini.

2T7R0616 2T7R0633

Sehinggakan saya berjaya membuat rundingan kecil, jika Ayah bawa saya ke taman saya akan berikan posing terbaik untuknya.

2T7R0641 2T7R0651

Oh, sudah tentulah Ayah bersetuju..Ayah sayangkan saya. Hihihi

2T7R0654 2T7R0659

Jadi inilah antara pose-pose menarik yang saya janjikan itu. Alhamdulillah si anak happy, Ayah pun puas hati… 🙂

2T7R0674

Harap-harap selepas ini saya boleh bermain skuter pula.

Terima kasih Ayah. Ayah sememangnya tidak pernah mengecewakan hajat saya 🙂