Helo Disember: Hari Lahir Ke 6 ^_^

Standard

Alhamdulillah, pada 7 Disember 2014 yang lalu genaplah 6 tahun usia saya.

Bersempena dengan hari lahir ini, saya telah menetapkan undang-undang istimewa untuk Mama dan Ayah. Hmm, mahu tahu apa yang saya tetapkan?

Syyy…sebenarnya ia adalah rahsia kami bertiga..Tetapi demi blog ini, saya kongsikan jugalah undang-undang istimewa itu di sini..hihi

1) Mama dan Ayah tidak boleh marah-marah saya pada tarikh istimewa saya ini,

2) bulan Disember adalah bulan kelahiran saya. Tiada sesiapa pun di antara mereka berdua dibenarkan meninggi suara, memukul mahupun mencubit saya sepanjang bulan ini 🙂

Hebat, bukan? Hihi. Inilah Disember saya…

2T7R1508 2T7R1509

Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, tiada goody bag mahupun kek yang Mama sediakan buat kawan-kawan di tadika pada tahun ini sementelah sekolah sudah mula bercuti. Sedihnya 😦

Bagi mengubati sedikit kekecewaan di hati saya itu, Mama bawa saya makan kek aiskrim di Baskin Robbins.

2T7R1512 2T7R1520

Mama belikan kek World Class Chocolate, sebab saya suka kek coklat..Sedap! Terima kasih Mama. Saya sangat gembira.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s