Tag Archives: Aktiviti

Hari Bersuka-ria

Standard

Siapa setuju dengan saya, hujung minggu adalah hari untuk bersuka-ria? Marilah setuju dengan saya… ūüôā

Betullah. Pada hari hujung minggu sahaja saya boleh bermain di taman permainan kanak-kanak..

Meskipun taman permainan kanak-kanak ini hanyalah di kawasan kediaman rumah saya sahaja, pada hujung minggu sahaja saya dibenarkan bermain di sini..

Hm, tengoklah apabila saya besar nanti. Saya mahu pergi sendiri, (bolehkah? hehehe) Saya mahu bermain buaian sepuas-puasnya dan tinggi-tinggi. Bermain buaian sangat seronok! ūüôā

Advertisements

Alahai…

Standard

 Seperti biasa, sebelum ke sekolah saya akan bersarapan dahulu. Tetapi pagi semalam agak berbeza; sambil bersarapan, saya sempat menonton dvd Upin & Ipin yang ayah baru belikan untuk saya. Seronok, terima kasih ayah!

Ok, abaikan mainan-mainan yang berselerakan..ya, itu memang hasil kerja saya..hehehe

Tiba masa untuk ke sekolah..

Oh ya! Itulah buku mewarna yang mama baru belikan untuk saya. Maklumlah, nama pun buku baru, perlu bawa sekali ni! ūüėÄ

Di perkarangan sekolah..hm, saya mula tidak sedap hati..air muka juga sudah berubah, perlu tunjuk muka sedih.. ūüėÄ

Sudah di sekolah bersama cikgu Ani..

Beginilah saya sejak bercuti seminggu untuk beraya, menangis ketika dihantar. Saya rasa sedih ditinggalkan dan berasa berat hati untuk ke sekolah.

..tetapi kantoi betullah! Cikgu Ika sudah beritahu pula pada mama; yang saya baik-baik sahaja dan aktif bermain dengan kawan-kawan seperti minggu-minggu sebelumnya setelah ditinggalkan..(haih, jika sudah begini, bagaimana saya mahu meraih simpati daripada mama dan ayah lagi!) hehehe

Bermain pasir dan bersantai bersama Tok

Standard

 Di suatu petang, di depan rumah opah dan tok..

Saya cuma nak bermain di depan rumah, tetapi..pesanan mama tu seperti saya nak keluar jauh…haish!

Sepak-sepak pasir! Seronok!

Opppss…ibu jari kaki saya terkeluarlah! ūüėÄ

Basikal tua Tok..dengan basikal inilah Tok ke surau berdekatan rumah..

Mama kata basikal ini sudah berkhidmat sejak mama dan adik-adiknya bersekolah lagi..

Taaddaaa..setelah penat, saya duduk pula di ribaan tok..tapi untuk tempoh sementara sahaja..sebab saya perlu sambung semula permainan saya ūüôā

Berbuka luar..

Standard

 Hai, hari ini saya berbuka di luar..

Kali ini saya meminta mama pakaikan saya tudung saya yang baru..

Ehem! Sebenarnya ini tudung raya saya..tetapi baru hari ini saya berjaya menggayakannya, sebelum ini mama tidak benarkan saya memakainya..hehe

Bergaya sakan, bukan?

Close-up sikit..Cak!

Saya agak moody ketika ini.

Lepas berbuka puasa, ayah bawa saya tengok air pancut..mulanya saya sekadar memerhati dari jauh..maklumlah, malu-malu kucing ūüėõ

Lama-kelamaan saya sudah begitu hampir dengan air pancut itu.¬†Sekiranya tiada mama dan ayah ketika itu, mahu sahaja saya¬†cuit-cuit air pancut itu¬†ūüėÄ

Tengok, bukan sahaja saya, malahan mama juga teruja melihat air pancut itu! Hehe

Seronoknya! Sesuatu yang baru bagi saya..terima kasih ayah. Nanti bawa saya ke sini lagi, ya?

Sabtu datang lagi

Standard

Pagi Sabtu, memang rutin¬†saya¬†menghantar ayah kerja. Jika tidak ayah akan malas bekerja ūüėÄ

¬†Aksi saya: mama sedang mengajar¬†saya¬†membuat tanda ‘peace’. Bagi ayah tanda itu membawa maksud ‘victory’..

Isk! susah juga ya nak tegakkan jari ni..

Saya? Ikutkan saja..

 

Bye, ayah..pandu baik-baik. Jangan lupa ya, petang nanti ayah dah¬†janji nak bawa saya jalan-jalan lagi, nanti¬†senang saya nak update blog ūüôā

Kawan saya bergaduh..

Standard

Hari ini saya bercuti. Saya diberitahu, hari ini Nuzul Quran. Oleh kerana taska cuti, mama akan menjaga saya hari ini. Jadi ayah keluar kerja seorang diri sahaja hari ini..kasihan ayah, lalu saya menghantarnya pergi kerja (sehingga ke tempat letak kereta)..hehe

Pose bersama ayah sebelum pergi kerja

Ehem! Inilah ayah saya. Saya sayangkan ayah. Bila ayah tiada, saya akan mencari-cari ayah dan juga menelefonnya. Kami mempunyai banyak aktiviti bersama. Yang seronoknya bersama ayah, dia membenarkan segala aktiviti lasak diperlakukan kepadanya berbanding mama..(mama, semua pun tidak boleh! hehe)

Tetapi, agak pelik. Bila ayah di sisi, saya¬†lebih kerap¬†menangis..Kami juga kerap bergaduh..sehinggakan kata mama, kami adalah ‘kawan bergaduh’!

Hmm..kenapa, ya?