Tag Archives: Banjaria Court

Annual Ihtifal Little Caliphs 2014

Standard

Assalammualaikum,

Hore! Semalam, 15 November 2014, Tadika Little Caliphs, Banjaria Court telah menganjurkan satu Majlis Ihtifal di Plaza Flamingo. Hari Ihtifal ini turut disertai oleh pelajar-pelajar dari cawangan Taman Melati. Kira-kira 55 orang pelajar 6 tahun diraikan pada hari itu.

Pelbagai persediaan yang Teacher buat bagi memeriahkan majlis ini. Lebih kurang 2, 3 minggu yang lepas, saya dan kawan-kawan berhabis-habisan berlatih untuk pelbagaiĀ persembahan. Ada yang mengambil bahagian dalam acara dikir barat, nasyid, bacaan hadis, bacaan ayat-ayat lazim dan terjemahan dan juga seni lakon.

Sudah tentulah saya pun turut serta dalam salah satu acara šŸ™‚

2T7R0760

Ketika ini kami membaca surah Yasin ayat 1-12. Alhamdulillah, kami berjaya menghafaz dalam tempoh 2-3 minggu sahaja.

Terima kasih Ayah tidak jemu-jemu menenangkan saya ketika saya stress mahu menghafaz.

2T7R0810 2T7R0856

Jeng, jeng, jeng…boleh nampak saya?Ā Ya, sayalah itu..di depan saya, rakan baik saya Amni. Pada masa ini kami menunggu giliran untuk mempersembahkan lakonan pendek, Princess Zulaikha and The 7 Dwarfs.

2T7R0918 2T7R0943

Di dalam lakonan itu, saya membawakan watak sebagai dayang bersama-sama dengan Amni. Yang memakai dress FrozenĀ itu Dania. Dania memegang watak sebagaiĀ Princess Zulaikha.

2T7R0949

Saya ingat pesan Mama supaya enjoy dengan persembahan dan buat yang terbaik.Ā Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, hihi.

2T7R1006 2T7R1007

Setelah habis persembahan, tibalah masa untuk acara kemuncak.

2T7R1031 2T7R1037

Tadaaaaa…cool, bukan?

Jutaan terima kasih buat Teacher-Teacher yang telah banyak membantu saya sepanjang saya bersekolah di sini. Semoga Allah membalas budi baik Teacher sekalian. Amin.

2T7R1042 2T7R1047

Alhamdulillah, saya sudah bergelar graduan tadika Little Caliphs šŸ™‚

Agak-agaknya saya boleh gunakan sijil ini untuk mula bekerjakah? šŸ˜€

2T7R1049 2T7R1058

Seperti biasalah, apabila ada acara penting (mahu pun tidak), Ayah dan Mama lah orang paling sibuk.

2T7R1059 2T7R1071

Paling sibuk mahu bergambar. Tengoklah gelagat Mama itu… šŸ˜‰

2T7R1074 2T7R1103

Bertenanglah, Ayah dan Mama. Ini baru sijil tadika. Hihi

2T7R1171 2T7R1232

Semoga Allah permudahkan masa hadapan saya..Amin.

2T7R1254

Oh, perkenalkan..ini kawan sekelas saya. Namanya Aisyah Humairah. Pada masa ini hanya kami sahaja yang tinggal. Ruginya tidak dapat bergambar kenangan bersama-sama rakan-rakan yang lain.. šŸ˜¦

2T7R1263

Sebelum mengundurkan diri, saya kongsikan gambar close up hadiah daripada Mama untuk saya sempena Ihtifal semalam. Saya sudah berikan nama pada bear yang cilik itu. Namanya Caca, comel bukan?

Akhirkata sehingga berjumpa lagi. Debaran saya belum habis, mohon doakan saya untuk ujian saringan dan orientasi Tahun 1 yang bakal diadakan pada minggu hadapan ya.

Terima kasih šŸ™‚

Wassalam.

Sukan Tahunan Little Caliphs 2014

Standard

Assalammualaikum.

Setelah empat bulan menyepi, saya muncul kembali dengan entri terbaru. Tidak banyak cerita terkini yang dapat saya kongsikan sepanjang tempoh sepi saya itu..hihi.

Entri kali ini saya mahu cerita tentang acara sukan tahunan tadika saya pada hujung minggu yang lalu.

Jika pada tahun lepas kami bersukan di Taman Metropolitan Kepong, tahun ini sukan kami diadakan di dewan sekolah pula. Alhamdulillah, lebih selesa.

Hanya 2 buah cawangan sekolah sahaja yang bertanding pada acara sukan kali ini.Ā Setiap sekolah dibahagikan pula kepada dua pasukan.Ā Brinjal dan Broccoli mewakili cawangan sekolah saya, Banjaria Court.

2T7R0130Ā 

Hijau adalah warna tema pasukanĀ Broccoli. Brinjal pula berwarna ungu.

2T7R0035 2T7R9997Ā 

Seperti biasa, sebelum acara sukan bermula pasti ada persembahan murid.

2T7R0058Ā 2T7R9947

Tadika kami persembahkan tarian dari dua buah lagu…Penat juga menari. Mujur stamina masih okey.. šŸ˜‰

Ā najmi2Ā najmi

Acara sukan dimulakan dengan kategoriĀ murid 4 tahun, salah seorang peserta yang saya kenal rapat ialah; Najmi. Hihi..Sempat jugalah Ayah ambil 2 keping gambar candid dia.

Najmi sangat bersemangat. Kita boleh lihat dari gambar bagaimana Najmi memberikan sokongan moral kepada rakan sepasukannya..hihihi.

2T7R0171Ā 2T7R0227

Chit-chat dengan kawan sepasukan, sementara menunggu giliran.

2T7R0214Ā 2T7R0229

DebaranĀ menanti giliran untuk beraksi..Ayah pula sibuk merakam aksi..hmm

2T7R0257Ā 

Ehem! Ada gaya atlit professional atau tidak? Jangan tidak tahu ya, pasukan BroccoliĀ memenangi tempat pertama dan kedua dalam dua acara sukan dalam kategoriĀ murid 6 tahun, paling membanggakan saya merupakan salah seorang ahli pasukannya šŸ™‚

2T7R02862T7R0303

Inilah saat-saat yang dinanti-nantikan. Majlis penyampaian pingat. Rasa seperti atlit sukan professional pula apabila ramai kameraman mengambil gambar kami di pentas..hihihi

2T7R0337

Hey, inilah pingat saya. Meskipun Broccoli hanya mendapatĀ tempat kedua, tetapi kami tetap dianugerahkanĀ pingat emas! Sebenarnya kesemua 4 pasukan pun mendapat pingat emas. Hihi

2T7R0350

Oh! Mari saya perkenalkan..yang berbaju ungu di tengah-tengah itu, kawan baik saya Amni, dan yang si kecil molek itu bernama Alisya. Amni dari pasukan Brinjal.

Tahniah buat Amni, pasukan Brinjal dapat tempat pertama dalam acara sukan kali ini.

Ya! Tempat pertama dan kedua dari cawangan Banjaria Court. Happy nya!

Saya akan simpan baik-baik memori ini sementelah ini tahun terakhir saya bersekolah di sini sebelum menjejakkan kaki ke sekolah rendah tahun hadapan.

Sehingga berjumpa lagi. Wassalam..