Tag Archives: buaian

Hari Bersuka-ria

Standard

Siapa setuju dengan saya, hujung minggu adalah hari untuk bersuka-ria? Marilah setuju dengan saya… 🙂

Betullah. Pada hari hujung minggu sahaja saya boleh bermain di taman permainan kanak-kanak..

Meskipun taman permainan kanak-kanak ini hanyalah di kawasan kediaman rumah saya sahaja, pada hujung minggu sahaja saya dibenarkan bermain di sini..

Hm, tengoklah apabila saya besar nanti. Saya mahu pergi sendiri, (bolehkah? hehehe) Saya mahu bermain buaian sepuas-puasnya dan tinggi-tinggi. Bermain buaian sangat seronok! 🙂

Advertisements

Cuti lalalala..

Standard

Minggu lepas merupakan cuti yang panjang buat saya. Mahu tahu, minggu lepas saya hanya bersekolah 1 hari sahaja. Saya demam. Kasihan mama, awal tahun lagi terpaksa mengambil cuti panjang demi menjaga saya. Sayang mama…

Alhamdulillah, kini saya sudah sihat.

Apabila sudah sihat, hati saya jadi tidak keruan mahu keluar dari rumah. Saya mahu ke taman.

Lalu, ayah bawa saya ke Taman Tasik Titiwangsa.

Syukur, cuaca petang semalam sangat baik.

Tidak sabar-sabar saya mahu tiba ke taman permainan kanak-kanak.

“Mama, itulah taman permainannya, kakak sudah nampak!”

Masa 1 jam yang ayah peruntukan saya pergunakan sebaiknya..

Semua jenis permainan saya cuba kecuali buaian. Buaian fully booked! Kecewanya…

Tidak mengapalah siapa tahu saya boleh mencuba buaian di lain hari, bukan?

Terima kasih ayah kerana menunaikan hajat saya bermain di taman permaianan 🙂