Tag Archives: educational trip

Lawatan Sambil Belajar

Standard

Assalammualaikum. Hari ini saya ada cerita baru mahu dikongsikan di sini. Mahu tahu satu cerita? Semalam tadika saya buat lawatan sambil belajar..

Oh! Ini merupakan program lawatan kali kedua anjuran tadika Little Caliphs cawangan Banjaria. Pada lawatan pertama kali lalu, kami dibawa melawat ke Zoo Negara. Seronokkk sangat! 😀

Baiklah, sekarang saya mahu cerita tentang lawatan kami semalam. Semalam kami dibawa oleh Teacher melawat Giant, Batu Caves. Ya, saya tahu walaupun Giant Batu Caves tidak jauh dari rumah, tetapi saya masih tidak dapat membendung keseronokan mahu berjalan-jalan dengan Teacher dan juga kawan-kawan tadika saya.

2T7R1295 2T7R1300

..dan pada pagi itu saya bangun awal daripada biasa, terujalah katakan! Hihi..

2T7R1305 2T7R1307

Inilah saya dan Mama di depan sekolah.

2T7R1317

Oh! Pada masa ini saya sudah tidak sabar-sabar lagi mahu ke Giant! Hihihi..

2T7R1340 2T7R1342

Yes! Akhirnya masa yang ditunggu pun tiba..

“Line up! “, kata Teacher..

2T7R1358

Kami dikehendaki beratur sebegini menuju ke kenderaan yang telah pihak tadika sediakan.

Alhamdulillah, lawatan sambil belajar itu berjalan lancar tanpa ada masalah berkat kesabaran Teacher seramai 6 orang. Di penghujung hari, Teacher serahkan goody bag yang berisi buah epal, air kotak, roti, mufin dan bekas simpan makanan kepada saya dan kawan-kawan.

Saya dan kawan-kawan sangat gembira dan berharap akan ada lagi aktiviti sebegini di masa akan datang..Amin!

Advertisements