Tag Archives: Eksperimen

Macam-macamlah..

Standard

Kata ayah, tanpa usaha, kejayaan tidak akan dapat dicapai dengan mudah..saya bersetuju dengan kata-kata motivasi itu. Lalu, saya mengaplikasikan semua aktiviti saya sepenuhnya mengikut kata-kata motivasi itu. Antara aktiviti yang berjaya saya buat boleh dilihat melalui gambar ini:

Yay, akhirnya saya berjaya mengeluarkan semua biskut-biskut ini dari plastiknya..

*Nota untuk mama: saya tahu..kami; saya dan ayah gemar menyelerakkan rumah.. jangan risau, saya akan kemaskan semula semua ini bersama-sama ayah nanti, ok! 😀

*Buat ayah: jangan tidak mengaku pula, asyik saya sahaja yang dipersalahkan..:P

Bermain air

Standard

Macam mana nak buka penutup botol ni?..

Saya rasa tahu nak buka penutup botol ni…

Eh… Kenapa air tu keluar?…

Bagi yang tidak tahu, aktiviti bermain air ni adalah kegemaran saya. Menumpahkan air adalah hasil eksperimen saya yang paling menyeronokkan! Ayah dan mama, tolong jangan halang hobi saya ya?