Tag Archives: hari lahir

Helo Disember: Hari Lahir Ke 6 ^_^

Standard

Alhamdulillah, pada 7 Disember 2014 yang lalu genaplah 6 tahun usia saya.

Bersempena dengan hari lahir ini, saya telah menetapkan undang-undang istimewa untuk Mama dan Ayah. Hmm, mahu tahu apa yang saya tetapkan?

Syyy…sebenarnya ia adalah rahsia kami bertiga..Tetapi demi blog ini, saya kongsikan jugalah undang-undang istimewa itu di sini..hihi

1) Mama dan Ayah tidak boleh marah-marah saya pada tarikh istimewa saya ini,

2) bulan Disember adalah bulan kelahiran saya. Tiada sesiapa pun di antara mereka berdua dibenarkan meninggi suara, memukul mahupun mencubit saya sepanjang bulan ini 🙂

Hebat, bukan? Hihi. Inilah Disember saya…

2T7R1508 2T7R1509

Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, tiada goody bag mahupun kek yang Mama sediakan buat kawan-kawan di tadika pada tahun ini sementelah sekolah sudah mula bercuti. Sedihnya 😦

Bagi mengubati sedikit kekecewaan di hati saya itu, Mama bawa saya makan kek aiskrim di Baskin Robbins.

2T7R1512 2T7R1520

Mama belikan kek World Class Chocolate, sebab saya suka kek coklat..Sedap! Terima kasih Mama. Saya sangat gembira.

Menjamu Kawan-Kawan Sempena Hari Jadi

Standard

Assalammualaikum.

Akhirnya Disember yang saya tunggu-tunggu pun tiba. Sepanjang tahun saya tunggu gara-gara ‘penat’ meraikan majlis hari jadi kawan-kawan di sekolah sepanjang tahun 🙂

Mama kata, setiap orang ada gilirannya hari lahir masing-masing. Kelak, giliran saya pula pada hujung tahun..Hmm, penat saya tunggu Disember.

Oleh kerana 7 Disember pada tahun ini jatuh pada hari Sabtu, jadi Mama hantar kek awal sehari ke sekolah.

Oh! Mari kita lihat apa yang saya bawa ke sekolah…

2T7R1553 2T7R1574

Tadaaaa! Inilah kek hari lahir saya yang ke-5 tahun. Demi menggembirakan saya, Mama telah tempahkan kek pelangi untuk saya jamukan kepada kawan-kawan di sekolah.

Sudah lama saya idamkan kek pelangi yang berwarna-warni itu..hihihi

2T7R1587

..dan, tidak lupa sedikit buah tangan untuk kawan-kawan bawa pulang. Semoga kawan-kawan gembira dengan buah tangan yang Mama sediakan itu.

Seronoknya..tidak sabar pula mahu tunggu Disember lagi ^_^

Terima kasih Mama dan Ayah, Kakak memang happy!