Tag Archives: kolam

Kamera Ayah Sudah Pulih :)

Standard

Hm, sudah agak lama saya tidak mengemaskinikan blog.

Kenapa agaknya?

Kamera ayah rosak, itulah sibuk sangat mengambil gambar di dalam kolam, lalu ia terjatuh ke dalam air.

Alhamdulillah, kini ia sudah siap dibaik pulih.

Saya pasti ayah tentu serik mahu ambil gambar dari dalam kolam..hehehe

Inilah pose pertama setelah kamera ayah dibaik pulih.

Sebenarnya bukan gambar saya yang ayah mahu ambil, sebaliknya kereta kebal itu.

Lihat, bukankah saya sudah kata 😛

Penat sahaja saya senyum, rupanya yang masuk hanyalah lengan 🙂

Ini pula gambar saya dengan mama pada keesokan harinya.

Kami meluangkan masa hampir 1 jam di taman permainan.

Beriadah beginilah barulah keluar peluh! 😀

Advertisements

Kolam Lagi..

Standard

Sudah saya katakan, selagi ayah mahu uploadkan gambar aktiviti saya di kolam, cerita saya pastilah berkisar mandi-manda..

..dengan pelbagai aksi.

Eh, ada aunty Syiralah..

Aunty Syira adalah sepupu mama. Pada hujung minggu yang lalu aunty sekeluarga dari Ipoh bermalam di rumah saya.

Seronok.

Puas saya mengajak kedua-dua mereka ini terjun, namun tidak berjaya. Mereka hanya mahu celup kaki sahaja.

Oh! Patutlah masih takutkan air. Rupanya kedua-dua mereka belumpun mandi pagi..hehehe

Mandi Kolam dan Gigi Patah..

Standard

Hari Jumaat sememangnya saya tunggu-tunggu sepanjang minggu.

Masakan tidak, berakhirnya waktu di sekolah beerti saya boleh meluangkan masa berenang di kolam renang pula.

Oh, ada cerita sedih juga di petang Jumaat itu. Mahu tahu mengapa? 😦

Pada hari itulah juga saya sebatang gigi saya patah separuh. Paling sedih, ia gigi di bahagian hadapan.

Agak-agak masih menawankah senyuman saya? 😉

Baik berbalik kepada cerita kolam, selagi ayah mahu saya letakkan gambar di kolam renang, memang tidak akan ada cerita lainlah entri saya di blog ini.

Saya okey sahaja, sebab saya memang suka pun.

..hanya berikan ayah pose menarik, saya dibenarkan untuk berlama-lamaan di dalam kolam.

Wajah-wajah gembira..

Lagipun, siapalah yang tidak suka bermain air, bukan?

Saya dan ayah..

Oh, saya suka pose kami ini 🙂

Baik, inilah barisan gigi saya sebelum kejadian patahnya gigi saya.

..dan yang ini pula, sebatang gigi hadapan saya setelah patah separuh 😛

Saya kelihatan kelakar, bukan? 😛

Ahaaa, saya tahu! Agak-agak tidak mahu kelihatan kelakar, lebih baik saya senyum begini, hehe..

Comel, kot..