Tag Archives: kucing nenek

Selamat Hari Raya Korban

Standard

Assalammualaikum. Selamat Hari Raya Aildiladha saya ucapkan. Seperti tahun yang sebelumnya, kami sekeluarga menyambut Hari Raya Aidiladha di Kampung Janda Baik, Pahang.

2T7R1083

Sambutan Hari Raya Aidiladha di rumah Atuk Professor dan Nenek pada tahun ini agak meriah kerana Atuk Professor ada membeli seekor lembu untuk dikorbankan.

2T7R1088 2T7R1143

Saya hanya berkesempatan melihat dari jauh sahaja upacara penyembelihan lembu tersebut.

2T7R1157 2T7R1109

Apabila lembu sudah benar-benar mati, barulah saya, Ayah dan Atuk Professor pergi melihat dengan lebih dekat.

2T7R1160 2T7R1176

Ini antara penduduk kampung yang hadir pada hari itu.

2T7R1194

Tim yang membuat agihan daging pun ramai dan cekap. Alhamdulillah proses pengagihan daging cepat selesai.

2T7R1165 2T7R1168

2T7R1174 2T7R1187

Kemudiannya Atuk Professor bawa saya ronda-ronda menaiki motorsikal baru Atuk. Atuk bawa saya meninjau-ninjau surau dan juga rumah jiran yang juga ada buat penyembelihan lembu.

Atuk macam tahu-tahu sahaja saya suka membonceng motorsikal…hihihi

2T7R1201 2T7R1210

Kami; Mama, Ayah dan saya.

Hm, agak susah mahu bergambar bersama-sama sejak tripod ayah hilang entah di mana…

2T7R1219 2T7R1226

Sementara menunggu petang, kami berehat di anjung rumah Nenek. Nyaman sahaja cuaca pada hari itu..hmm

2T7R1255 2T7R1257

Pada sebelah petang, Pakcik Dol pelawa basikal lama kepunyaan abang Arip.

2T7R1259 2T7R1284

Seronok, pertama kali saya dapat menunggang basikal kanak-kanak. Selama ini, saya hanya dapat bawa basikal kecil kepunyaan saya sahaja, itu pun dibeli oleh Mama ketika saya berusia 3 tahun 😀

2T7R1274 2T7R1290

Ini antara kucing-kucing kesayangan Nenek.Comel, bukan?

2T7R1293

Oh, tiada gambar Nenek yang dapat Ayah ambil pada hari itu. Kasihan, Nenek diserang demam selesema.

2T7R1285 

Terima kasih Atuk, ada kelapangan InsyaAllah kami pulang lagi. Saya mahu basikal! 😀

Advertisements