Tag Archives: Makan!

Alahai…

Standard

 Seperti biasa, sebelum ke sekolah saya akan bersarapan dahulu. Tetapi pagi semalam agak berbeza; sambil bersarapan, saya sempat menonton dvd Upin & Ipin yang ayah baru belikan untuk saya. Seronok, terima kasih ayah!

Ok, abaikan mainan-mainan yang berselerakan..ya, itu memang hasil kerja saya..hehehe

Tiba masa untuk ke sekolah..

Oh ya! Itulah buku mewarna yang mama baru belikan untuk saya. Maklumlah, nama pun buku baru, perlu bawa sekali ni! 😀

Di perkarangan sekolah..hm, saya mula tidak sedap hati..air muka juga sudah berubah, perlu tunjuk muka sedih.. 😀

Sudah di sekolah bersama cikgu Ani..

Beginilah saya sejak bercuti seminggu untuk beraya, menangis ketika dihantar. Saya rasa sedih ditinggalkan dan berasa berat hati untuk ke sekolah.

..tetapi kantoi betullah! Cikgu Ika sudah beritahu pula pada mama; yang saya baik-baik sahaja dan aktif bermain dengan kawan-kawan seperti minggu-minggu sebelumnya setelah ditinggalkan..(haih, jika sudah begini, bagaimana saya mahu meraih simpati daripada mama dan ayah lagi!) hehehe

Advertisements

Coleslaw oh coleslaw

Standard

 Saya suka makan coleslaw..

Bermula dengan sudu..rasa tidak puas, saya cuba pula makan dengan tangan..

Tiba-tiba rasa seronok pula bila ada yang menitis-nitis..hm, rasa licin macam losyen..

Ok, apa kata kita cuba sapu di muka sebelum mama kutip dan kemas semua ni! 😀

Sahur?..

Standard

Oleh kerana kepenatan, saya tidak sedar untuk bangun sahur subuh semalam.

Jadi, saya terpaksa bersahur di dalam kereta sahaja sebelum ke sekolah pagi semalam..

Kata mama, bersahur itu sunnah Nabi. Tetapi, adakah saya masih dikira bersahur apabila saya makan pada waktu begini? Uwaa..

Menunggu waktu berbuka

Standard

Hari pertama berpuasa memang memenatkan..tapi pengalaman yang menyeronokkan!

Alhamdulillah, saya masih bertenaga sehingga tibanya berbuka puasa.. (err, tapi saya sahur beberapa kali lah!) hehehe

Duduk di beranda, ambil angin..sedut udara segar.

Letih juga…ada lagi sejam sebelum tibanya waktu berbuka..

Apa mama? Sudah boleh berbuka? Saya masuk sekarang!

Selamat berbuka puasa semua, juadah jangan berlebih-lebihan 🙂

Kawan baru saya

Standard

Perkenalkan, Pooh. Kawan baru saya. Baru saja mendaftar masuk Sabtu yang lalu..malam ini aktiviti saya ditemaninya.

Oh ya! Hari ini juga ayah perkenalkan kepada saya kepada menu baru; roti boom (ada juga awak dalam gambar, ya! :-P) Sedap juga. Tapi, hmm..sejam selepas itu, saya kembali teringin makan menu harian saya; bubur nasi.Wah! Malam ini saya makan malam sebanyak 2 kali.. Mama, malam esok saya nak diet ya! (hehehe)