Tag Archives: senyum

Mandi Kolam dan Gigi Patah..

Standard

Hari Jumaat sememangnya saya tunggu-tunggu sepanjang minggu.

Masakan tidak, berakhirnya waktu di sekolah beerti saya boleh meluangkan masa berenang di kolam renang pula.

Oh, ada cerita sedih juga di petang Jumaat itu. Mahu tahu mengapa? 😦

Pada hari itulah juga saya sebatang gigi saya patah separuh. Paling sedih, ia gigi di bahagian hadapan.

Agak-agak masih menawankah senyuman saya? 😉

Baik berbalik kepada cerita kolam, selagi ayah mahu saya letakkan gambar di kolam renang, memang tidak akan ada cerita lainlah entri saya di blog ini.

Saya okey sahaja, sebab saya memang suka pun.

..hanya berikan ayah pose menarik, saya dibenarkan untuk berlama-lamaan di dalam kolam.

Wajah-wajah gembira..

Lagipun, siapalah yang tidak suka bermain air, bukan?

Saya dan ayah..

Oh, saya suka pose kami ini 🙂

Baik, inilah barisan gigi saya sebelum kejadian patahnya gigi saya.

..dan yang ini pula, sebatang gigi hadapan saya setelah patah separuh 😛

Saya kelihatan kelakar, bukan? 😛

Ahaaa, saya tahu! Agak-agak tidak mahu kelihatan kelakar, lebih baik saya senyum begini, hehe..

Comel, kot..

Advertisements