Monthly Archives: July 2010

Sejurus tiba dari sekolah

Standard

Setibanya di rumah, seperti biasa, saya menerima panggilan daripada opah…

Kemudian, mama perdengarkan lagu kegemaran saya..

Eh, mama..kenapa berus gigi saya ada di sini?

Ayah, marilah menyanyi bersama..cepat tepuk tangan! Pusing, Pusing..

Okey, ayah kekalkan ‘step’ tarian begitu sementara saya update blog ni ya 😀

Err..ayah, boleh saya letak gambar ayah menari tadi di blog ini? Alaaa bolehlah…hehe

Bedak

Standard

Seronok betul main bedak.. Selalunya main air dalam gelas plastik.. Kali ini lebih menarik..

Hahaha… Ayah tergolek bila pijak bedak yang saya taburkan di atas lantai.. Ayah, licin ke lantai ni?

Macam-macam

Standard

Di waktu lapang, sementara menunggu mama dan ayah bersiap..

Eh! Mama, kenapa pakai tudung saya!

*Dalam gambar; siput. Hadiah sempena ulangtahun kelahiran saya yang pertama daripada Uncle Arief  dan Aunty Hanim 😀

Kawan baru lagi..

Standard

Yay! Alhamdulillah..Nampaknya bertambah seorang lagi kawan baru saya..Subuh tadi mama menerima sms daripada aunty Fara mengenai kelahiran bayi perempuannya. Aunty Fara beritahu bayi seberat 2.96kg itu selamat dilahirkan di Hospital Selayang..

Tahniah aunty Fara dan uncle Iwan..semoga kehadiran cahayamata pertama yang comel itu menambahkan seri rumahtangga.

Baby Aufa, cepat-cepatlah besar ya..boleh kita main bersama! 😛

Gambar: Aunty Fara dan suaminya, uncle Iwan. Maaf, gambar baby itu belum saya perolehi..hehe

Perihal opah

Standard

Seperti kebiasaannya, saya akan membuat panggilan kepada Opah di kampung..selain bertanya khabar, katanya rindu pada saya. Opah kata, seronok mendengar celoteh saya yang seperti tidak ada nokhtah itu..hehe

Aduh..pening kepala saya apabila opah tanya bila mahu pulang ke kampung lagi..jemputan dari Ayah Nyah pun belum dipenuhi. Agak popular juga saya ni, ya? 😀

‘nanti saya tanya ayah, ya opah..’  ~(ayah lagi…hehe)~

Sedihnya…huhu

Standard

Beginilah aksi saya bila menyedari sudah ditinggalkan oleh ayah…

di mana ayah!! saya nak ikut…huhu

Sampai hati ayah..saya cuma ke bilik air sekejap je, dan ayah sudah tiada…huhu 😦

Kasihan saya, kan? Tapi jangan risau, setelah dipujuk mama, saya ceria semula 😛

Terima jemputan

Standard

Saya seronok sekali apabila mama memberitahu Ayah Nyah saya, menjemput kami sekeluarga tidur di rumahnya di Putrajaya. Terus terbayang di ingatan bagaimana seronoknya saya di rumahnya ketika saya ke sana tidak lama dahulu.. Tetapi, entah bilalah agaknya jemputan itu dapat saya penuhi sebab jadual kerja ayah yang saya rasa sibuk itu..

Ayah Nyah, tunggu ya, kedatangan kami..saya pun sudah tidak sabar ke sana. Oh ya! Jangan pula sorok kereta-kereta mainan ayah nyah di dalam almari cermin tu, ya? Hehe 😀

*Inilah Ayah Nyah saya…

Tudung baru..

Standard

Assalammualaikum. Syukur, kita bertemu lagi 🙂

Post kali ini saya nak tunjukkan saya dengan tudung baru yang berwarna kelabu. Sebelum ini saya kerap meminjam tudung mama dek kerana tudung saya hanya ada 2 helai..Hm, selepas ini tidak perlulah saya meminjam tudung mama lagi 😀

Cantik, kan saya dengan tudung yang baru ini?

Ohya! Ketika gambar diambil saya baru selesai makan malam pada petang semalam. Maaflah, basah sedikit, macam biasa ada tumpahan minuman..maklumlah, saya minum sendiri! Hehe..

Sehingga jumpa lagi, bye..