Monthly Archives: October 2013

Lawatan Sambil Belajar

Standard

Assalammualaikum. Hari ini saya ada cerita baru mahu dikongsikan di sini. Mahu tahu satu cerita? Semalam tadika saya buat lawatan sambil belajar..

Oh! Ini merupakan program lawatan kali kedua anjuran tadika Little Caliphs cawangan Banjaria. Pada lawatan pertama kali lalu, kami dibawa melawat ke Zoo Negara. Seronokkk sangat! 😀

Baiklah, sekarang saya mahu cerita tentang lawatan kami semalam. Semalam kami dibawa oleh Teacher melawat Giant, Batu Caves. Ya, saya tahu walaupun Giant Batu Caves tidak jauh dari rumah, tetapi saya masih tidak dapat membendung keseronokan mahu berjalan-jalan dengan Teacher dan juga kawan-kawan tadika saya.

2T7R1295 2T7R1300

..dan pada pagi itu saya bangun awal daripada biasa, terujalah katakan! Hihi..

2T7R1305 2T7R1307

Inilah saya dan Mama di depan sekolah.

2T7R1317

Oh! Pada masa ini saya sudah tidak sabar-sabar lagi mahu ke Giant! Hihihi..

2T7R1340 2T7R1342

Yes! Akhirnya masa yang ditunggu pun tiba..

“Line up! “, kata Teacher..

2T7R1358

Kami dikehendaki beratur sebegini menuju ke kenderaan yang telah pihak tadika sediakan.

Alhamdulillah, lawatan sambil belajar itu berjalan lancar tanpa ada masalah berkat kesabaran Teacher seramai 6 orang. Di penghujung hari, Teacher serahkan goody bag yang berisi buah epal, air kotak, roti, mufin dan bekas simpan makanan kepada saya dan kawan-kawan.

Saya dan kawan-kawan sangat gembira dan berharap akan ada lagi aktiviti sebegini di masa akan datang..Amin!

Selamat Hari Raya Korban

Standard

Assalammualaikum. Selamat Hari Raya Aildiladha saya ucapkan. Seperti tahun yang sebelumnya, kami sekeluarga menyambut Hari Raya Aidiladha di Kampung Janda Baik, Pahang.

2T7R1083

Sambutan Hari Raya Aidiladha di rumah Atuk Professor dan Nenek pada tahun ini agak meriah kerana Atuk Professor ada membeli seekor lembu untuk dikorbankan.

2T7R1088 2T7R1143

Saya hanya berkesempatan melihat dari jauh sahaja upacara penyembelihan lembu tersebut.

2T7R1157 2T7R1109

Apabila lembu sudah benar-benar mati, barulah saya, Ayah dan Atuk Professor pergi melihat dengan lebih dekat.

2T7R1160 2T7R1176

Ini antara penduduk kampung yang hadir pada hari itu.

2T7R1194

Tim yang membuat agihan daging pun ramai dan cekap. Alhamdulillah proses pengagihan daging cepat selesai.

2T7R1165 2T7R1168

2T7R1174 2T7R1187

Kemudiannya Atuk Professor bawa saya ronda-ronda menaiki motorsikal baru Atuk. Atuk bawa saya meninjau-ninjau surau dan juga rumah jiran yang juga ada buat penyembelihan lembu.

Atuk macam tahu-tahu sahaja saya suka membonceng motorsikal…hihihi

2T7R1201 2T7R1210

Kami; Mama, Ayah dan saya.

Hm, agak susah mahu bergambar bersama-sama sejak tripod ayah hilang entah di mana…

2T7R1219 2T7R1226

Sementara menunggu petang, kami berehat di anjung rumah Nenek. Nyaman sahaja cuaca pada hari itu..hmm

2T7R1255 2T7R1257

Pada sebelah petang, Pakcik Dol pelawa basikal lama kepunyaan abang Arip.

2T7R1259 2T7R1284

Seronok, pertama kali saya dapat menunggang basikal kanak-kanak. Selama ini, saya hanya dapat bawa basikal kecil kepunyaan saya sahaja, itu pun dibeli oleh Mama ketika saya berusia 3 tahun 😀

2T7R1274 2T7R1290

Ini antara kucing-kucing kesayangan Nenek.Comel, bukan?

2T7R1293

Oh, tiada gambar Nenek yang dapat Ayah ambil pada hari itu. Kasihan, Nenek diserang demam selesema.

2T7R1285 

Terima kasih Atuk, ada kelapangan InsyaAllah kami pulang lagi. Saya mahu basikal! 😀

Pelancaran Komik Running Man

Standard

Assalammualaikum. Pada hari Sabtu yang lalu saya telah ke PTS Bookcafe bagi menghadiri majlis pelancaran Komik Running Man Edisi Bahasa Melayu.

2T7R0984

Sebagai salah seorang peminat Running Man, sudah tentulah saya teruja untuk turut serta dalam majlis itu. Mari kita tengok gambar-gambar yang ayah saya telah ambil sekitar majlis pelancaran itu.

2T7R0990 2T7R1025

Perasmian dibuat oleh Tuan Wan Zuhairi, Pengurus Penerbitan PTS disaksikan wakil dari KTO Malaysia.

2T7R1026

Haih, kalaulah saya diberikan peluang untuk turut serta memukul gong itu… 😛

Sejak dari mula tiba lagi saya sudah teringin memukul gong itu..hmm..

2T7R1049

Inilah Auntie Yin. Auntie Yin antara orang kuat, yang melancarkan majlis pelancaran komik pada hari itu.

2T7R1051 2T7R1052

Macam-macam aktiviti yang disediakan, pada ketika ini berlangsung pertandingan melipat origami permainan tradisional Korea, ddakji.

2T7R1053 2T7R1069

Lihat, memang meriah Bookcafe pada hari itu. Candy buffet pun disediakan untuk pengunjung, semestinya kanak-kanak seperti saya menyukainya..

Memang sweet! Hihihi

2T7R1075 1277627_512905585468332_647657576_o

Bagi peminat Running Man yang masih belum memiliki komik ini, ayuh belinya di bookcafe.com.my, selain dapat membaca, kita boleh simpan sticker ahli Running Man kesayangan yang diberikan percuma. Memang best!

Maaflah ayah, sticker Ji Hyo saya yang punya..orang gagah macam ayah sesuai simpan sticker Jong Kok saja. Tapi, kalau ayah mahu yang sama juga macam saya, beli saja buku baru ya..hihihi