Monthly Archives: September 2013

Bersenam di Titiwangsa

Standard

Bersempena dengan cuti Malaysia hari ini, Ayah telah membawa saya ke Taman Tasik Titiwangsa. Pelan asalnya saya mahu bermain skuter di sana, tetapi tertinggal pula di rumah.

2T7R0818

Akhirnya terpaksalah saya berjalan kaki sahaja..

2T7R0827 2T7R0831

..sementara Ayah pula mengambil gambar.

2T7R0832 2T7R0876

Sebenarnya bagus juga skuter tertinggal di rumah, sekiranya tidak, saya memang tiada peluang bermain di taman permainan.. 😀

2T7R0880

Di taman permainan, berbagai-bagai permainan saya cuba. Kata Mama, bermainlah sampai penat! 🙂

2T7R0882 2T7R0885 

Kemudiannya Ayah belanja kami makan aiskrim. Bertambahlah berbaloi-baloi penat saya ini. Hihihi

2T7R0902

Saya harap minggu hadapan Ayah sudi bawa saya ke sini lagi, akan datang saya mahu bermain badminton pula..dan, saya akan pastikan skuter tidak tertinggal lagi.

Berjalan kaki sungguh memenatkan, hmm..

Rania Yang Comel

Standard

Lewat petang semalam, adik sepupu saya, Rania bertandang ke rumah. Mereka sekeluarga bermalam di rumah saya.

Sudah tentulah saya gembira, meriah sedikit rumah saya.

Mahu berkenalan dengan Rania? Rania merupakan anak sulung Alang saya.

Oh! Mujurlah, Ayah saya ada ambilkan beberapa keping gambar Rania bolehlah saya muatkan gambar Rania ke dalam blog saya ini 🙂

2T7R07612T7R0764

Usia Rania baru mencecah 7 bulan. Dia sedang baru mencuba-cuba belajar merangkak.

2T7R0789

Aksinya sangat mencuit hati saya, hihi.

2T7R0817

Hm, air liur menitis-nitis pun comel…agak-agak saya pun kelihatan comel jugakah kalau saya biarkan air liur menitis begitu? 😛

Kini Rania pun sudah pulang ke rumahnya. Hm, ada masa nanti nanti Kakak ke rumah Rania pula, ya?

Little Caliphs Bersukan

Standard

Assalammualaikum..

Akhirnya acara sukan yang saya tunggu-tunggu pun tiba. Sepatutnya acara ini teacher jadualkan diadakan lebih kurang 3 bulan yang lalu. Namun terpaksa ditangguh disebabkan jerebu kuat yang melanda sebelum ini.

Acara sukan tadika saya telah diadakan di Taman Rekreasi Metropolitan, Kepong. Yang seronoknya 3 buah sekolah cawangan Little Caliphs lain juga turut serta dalam acara ini. Memang meriah.

Mujurlah ayah saya ada mengambil gambar, dapatlah saya kongsikan di sini.

2T7R03872T7R0440

Acara dimulakan dengan perarakan perbarisan dan bacaan doa.

2T7R04622T7R0464

Betulkan barisan…

2T7R04742T7R0484

Kemudian diikuti dengan persembahan berkumpulan dari setiap cawangan. Ada yang membuat persembahan silat, taekwondo dan juga aerobik.

Wah hebat-hebat persembahan mereka.

2T7R05042T7R0526

Tadika cawangan kami, Banjaria Court membuat persembahan tai-chi.

Oh ya! Ada sesiapa yang berminat mahu belajar tai-chi daripada saya? 😀

2T7R0565 2T7R0574

Pada ketika gambar diambil, saya dan rakan-rakan menunggu giliran untuk mengambil bahagian. Pertandingan dibahagikan kepada 3 kategori umur, iaitu 4, 5 dan 6 tahun.

2T7R0587 2T7R0578

Ini acara pertama yang saya sertai, mengasingkan buah-buahan mengikut warna.

Aik, kenapa teacher Nisa berlari bersama-sama? Hihi..

Oleh kerana tiada latihan yang disusun sebelum sukan berlangsung, demonstrasi dilakukan pada ketika itu juga. Kebetulan pula saya peserta pertama…

2T7R0604 2T7R0616

Ini pula pertandingan kedua yang saya sertai. Tudung pun sudah dibuka pada ketika ini kerana lencun dibasahi peluh..hmm…

2T7R0620 2T7R0625

Acara kedua mudah sahaja, saya hanya perlu berlari dan menghabiskan air yang telah teacher sediakan di dalam gelas..

2T7R0719 2T7R0730

Tadaaa, inilah hadiah sukan pertama yang saya miliki. Saya sangat gembiran dan berharap acara begini dapat diadakan dengan lebih kerap lagi.