Monthly Archives: August 2012

Ronda-ronda di Kampung Mama

Standard

Kenangan istimewa sepanjang pulang ke kampung Mama yang lalu sudah tentulah apabila Tok menawarkan saya ronda-ronda keliling kampung dengan motorsikal kesayangannya yang sudah berusia 34 tahun itu. Sejarah motorsikal ini pernah ditulis dahulu di sini.

Wah! Memang panjang usia motorsikal Tok ini ya. Sudah tentu banyak jasanya pada Mama adik-beradik.

Seronok. Pertama kali saya menunggang motorsikal Vespa Tok ini. Oh! Rupa-rupanya saya perlu berdiri di bahagian pemijak di hadapan..

Lihat, seperti saya yang bawa Tok bersiar-siar bukan? Hihi

Beruntungnya saya kerana masih berkesempatan menunggang motorsikal yang sama dengan Mama ketika dia seusia saya dahulu 🙂

Aha, ini pula motorsikal wajib ditunggang apabila saya berada di kampung Mama. Sebagaimana Acik sayangkan motorsikalnya begitulah juga saya..cewah!

Dilarang menunggang sebegini ya. Bahaya. Aksi ini hanya untuk tujuan penggambaran sahaja.

Oh! Kelak, mungkin saya perlu buat jadual giliran ronda keliling kampung memandangkan sepupu saya, Insyirah juga seperti mempunyai minat yang sama seperti saya..tidak bagus berebut-rebut.. 😀

Foto Hari Raya 2012

Standard

Assalammualaikum. Selamat Hari Raya Adilfitri.

Sedar tidak sedar, sudah 10 hari kita di bulan Syawal.

Rasanya belum terlewat sekiranya saya mahu uploadkan foto Hari Raya keluarga kecil kami di sini.

Hm, ini semua gara-gara asyik terlihat posting rakan Facebook Mamalah yang hampir setiap hari kemaskinikan album mereka dengan album raya mereka. Bagus juga, boleh juga saya kemaskinikan blog saya daripada terbiar sepi 🙂

Tadaaaaa!

Inilah baju raya saya pada tahun ini. Cantik, bukan? Tentulah, saya memilihnya mengikut citarasa terhebat saya 😛

..dan sudah tentulah ia mesti berwarna pink!

Semenjak sudah besar ini, urusan memilih baju, saya tidak serahkan 100% lagi kepada Mama. Sekiranya tidak, sudah tentulah baju kurung saya kelak tidak akan berwarna pink lagi..hihi

Oleh yang demikian, sudah tentulah tidak pelik sekiranya warna tema Hari Raya saya tidak pernahnya sedondon dengan Mama dan juga Ayah 😉

Ada yang bertanya, ‘Mama tidak marahkah?’..

Tidaklah. Rasanya Mama pun sudah redha.. 😀

Berbuka Puasa Di Janda Baik

Standard

Setelah 21 hari berpuasa barulah kami sekeluarga berkesempatan berbuka puasa bersama-sama Nenek dan Atuk Profesor di Janda Baik.

Selesai menikmati juadah berbuka puasa yang istimewa, saya mengambil kesempatan meluangkan masa berbual-bual dengan Atuk Profesor sementara menunggu tibanya waktu solat Isyak.

Sempat juga saya tunjukkan kepada Atuk beg tangan baru saya ini. Beg tangan rayalah katakan 😛

Kasihan Atuk, puas memujuk saya untuk bergambar bersama.

Maaf ya Atuk, semenjak saya sudah besar ini, saya malu apabila disuruh mahupun diajak bergambar bersama 🙂

Kelak apabila malu-malu saya berkurangan, kita bergambar sama ya.

Infak Ramadan di Sungai Besar

Standard

Salam Ramadan al-Mubarak.

Alhamdulillah, sedar tidak sedar sudah 24 hari kita di bulan Ramadan. Tidak lama lagi Syawal pula menjelma.

Tinggal seminggu sahaja lagi kita bakal menyambut Hari Raya. Saya sudah pun punyai sepasang baju kurung dan juga sepasang tshirt sempena hari tersebut. Alhamdulillah..Saya dikira beruntung kerana berkesempatan bertukar baju raya setiap kali datangnya Syawal.

Kata Mama, tidak semua orang diberi kesempatan begitu. Katanya lagi, dalam pada kita bergembira, jangan sesekali lupa pada insan yang tidak bernasib baik. Untuk itu, Mama mempelawa saya dan juga ayah (mujurlah ayah habis kerja awal pada hari itu) ke Sungai Besar bagi memenuhi aktiviti tahunan tempat kerjanya dalam program Infak Ramadan Tim Cheng Ho.

Pada hari tersebut, kami membantu abang-abang dan juga kakak-kakak membeli baju raya.

Seronok. Secara tidak langsung, saya juga turut terlibat cuba membantu memilih baju untuk 2 orang abang di dalam kumpulan kecil uncle Amir dan Cijah 🙂

Inilah abang-abang yang kami bantu di dalam kumpulan kecil Cijah dan uncle Amir. Semoga dengan adanya bantuan sebegini abang-abang dan kakak-kakak gembira untuk menyambut Hari Raya.

Semoga Allah murahkan lagi rezeki kita supaya dapat terus membantu golongan yang tidak bernasib baik ini. Amin…