Monthly Archives: December 2011

Kenduri Kahwin Lagi..

Standard

Benarlah kata mama, sepanjang cuti persekolahan kali ini kami akan sibuk memenuhi undangan kenduri-kendara.

Bermula dengan kenduri Cijah pada 2 minggu lalu, semalam kami sekeluarga berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan aunty Aishah, puteri kedua bekas boss mama, Prof Rauzah Hashim di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. Dekat sahaja dengan rumah saya..

Hmm..Insya-Allah pada minggu hadapan giliran saya pulang ke kampung Perak pula bagi meraikan majlis doa selamat dan cukur rambut sepupu baru saya, Insyirah.

Alahai…mujur jugalah saya suka ke kenduri 🙂

Sudah tentu saya enjoy sahaja dengan majlis-majlis begini kerana secara tidak langsung saya juga dapat mengenali kawan-kawan baru..

Saya kan peramah 🙂

..yang saya pegang ini namanya Haziq. Comel betul baby Haziq ini. Saya diberitahu mamanya, baby Haziq ini baru sahaja berusia 4 bulan.

Sesudah makan kami duduk santai-santai sahaja di meja makan sambil ayah sibuk mengambil gambar kami 😛

Oh! Yang berbaju belang itu Faiq namanya. Faiq sangat pemalu 😛

Masa untuk berangkat pulang.

Di luar dewan, kami bergambar pula dengan teman baik mama ketika di Glycolipids S&T; aunty Rusna. Pertama kali berjumpa dengannya saya dihadiahi dengan 2 bungkusan hadiah olehnya.

Terima kasih aunty. Aunty seperti tahu-tahu sahaja saya gemar bermain dengan jigsaw puzzle 😉

Pada hari itu aunty Rusna sibuk dengan tugasannya, menyambut tetamu.

Mama dan teman-temannya. Happy sungguh!

Saya pun tidak lepaskan peluang untuk bergambar bersama kawan baru, Faiq si jejaka cilik yang pemalu.

Hai, penat saya kejar awak Faiq! Saya cuma mahu berkawan sahaja, kenapalah awak lari-lari…

Hehehe…

Kakak dan Durian

Standard

Sebenarnya entri ini sudahpun terlewat sehari. Biasalah, mama sibuk dengan pelbagai rutin harian hinggakan tidak berkesempatan mahu update blog saya.

Hari Isnin yang lalu saya minta ayah belikan saya durian. Sudah agak lama saya tidak makan buah durian. Rasa rindu pula…hehe

Tengok, saya makan dengan penuh perasaan..

Sedap! Rugi siapa yang tidak menggemari durian..hehe

Pada malam itu, saya hanya dibenarkan makan 3 ulas sahaja.

Baik ayah, 3 ulas pun jadilah, asalkan lepas gian saya ini, hehe..

Terima kasih ayah!

Selamat Pengantin Baru Cijah..

Standard

Alhamdulillah, seperti yang dirancang, pagi semalam kami sekeluarga selamat tiba di Segamat bagi menghadiri undangan perkahwinan Cijah dan uncle Amir.

Jauhnya saya berjalan, bukan? Sudah tentulah saya harus ke sana, bukankah Cijah best friend saya…hehe.

Sementara menunggu Cijah selesai dengan majlis persandingan, saya dan mama bersanding di sini dahulu, hehe..

Bukanlah apa, ia juga boleh dijadikan bukti kecil yang kami berada di sini, meraikan hari bahagia Cijah..hehehe..

Hm, dengan ayah pula, di bawah khemah juga..

Yalah, pada ketika ini hujan turun dengan lebatnya, jadi kami hanya boleh lepak-lepak dan bergambar di bawah khemah sahaja.

Oh! Cijah dan uncle Amir sudah di meja makan. Sekejap lagi, bolehlah kakak bergambar dengan Cijah 😉

Cijah dan uncle Amir masing-masing kelihatan anggun dan segak memakai baju pengantin berwarna purple..

Cantiknya Cijah 🙂

“Mama, kakak kahwin nanti, kakak pun mahu pakai baju warna pink dan purple, ya?”

Alamak! Anak mama sudah sebut fasal kahwin pula..hehehe

Sebelum pulang, kami mengambil peluang bergambar bersama pengantin. Rugilah, datang jauh sebegini sekiranya tidak punya koleksi bergambar bersama pengantin, bukan? 😀

Cijah, tahniah. Selamat pengantin baru. Semoga rumah tangga yang dibina ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin..

Kejutan di Hari Ulang Tahun Ketiga

Standard

Semalam, 7 Disember 2011 adalah ulang tahun kelahiran saya yang ketiga. Saya sudah besar, bukan. Saya pun rasa saya sudah besar sehinggakan saya beritahu semua orang yang saya sudah berusia 5 tahun..hehe.

Seperti petang-petang biasa, sejurus diambil dari taska, ayah bawa saya ke pejabat mama. Petang semalam saya belajar mewarna dengan Cinie.

Rakan sekerja mama memang ramai yang punya bakat terpendam menjadi cikgu pra-sekolah 😀

Kemudiannya saya dan ayah naik ke pejabat atas untuk bertemu best friend saya, Cijah. Khabarnya hari ini adalah hari terakhirnya bekerja sebelum bercuti kahwin. Oh! Saya mesti jumpa..

Baik. Rupanya Cijah, Acu dan aunty Suzie (tiada dalam gambar) sudah sedia dengan kejutan hadiah hari lahir buat saya.

Saya tergamam dan terasa malu dengan kejutan ini.. 😛

Mereka hadiahkan saya beg sandang Angry Birds berwarna merah.

Namun saya lebih tertarik dengan beg kertas yang menyimpan beg Angry Birds itu. Maklumlah ia berwarna pink dihiasi dengan corak ‘love-love’. Bertambahlah sukanyalah saya.

Melaram dengan beg baru.

Mari saya close-up kan gambar beg pemberian Cijah, Acu dan aunty Suzie. Cantik!

Ini pula saya terima dari cikgu-cikgu di sekolah.

Saya memang sungguh gembira..

Oh! Ada lagi? Ada..Ini pula hadiah comel dari aunty Anis, juga rakan sepejabat mama.

Terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang sudi meluangkan masa membelikan hadiah hari lahir buat saya. Terima kasih juga buat CiLala yang sudi menyumbangkan penambahan tabungan saya pada hari ini. Ayah, terima kasih untuk pemberian iPad 2 itu. Saya akan belajar bersungguh-sungguh dengan iPad itu. Oh! Terima kasih mama, kerana sudi belikan kek dan sediakan goody bags buat kawan-kawan saya di taska.

Alhamdulillah..Saya suka semua kejutan-kejutan itu..

Baiklah, sekarang masa untuk buka hadiah. Saya minta diri dulu, ya? Jumpa lagi dalam entri-entri yang akan datang. Assalammualaikum.