Monthly Archives: December 2010

Dari Wangsa Walk Mall ke Jusco AU..

Standard

Hari Ahadnya saya keluar lagi. Mulanya ke Wangsa Walk Mall..

Ayah mahu belikan saya probiotics..

..sudah dapat yang dihajati kami ke Jusco AU pula..

Yay! Seronok berada di sini.

Aik? Kenapa air pancut sudah berhenti? Kecewanya, saya tidak sempat tengok air pancut! 😦

Tidak mengapalah, saya mahu kejar burung-burung ciak rumah itu, lah 😀

Ala, burung-burung itu terbang pula..(takut juga burung-burung ini dengan saya, ya?) hehe

Pesta Buku Kanak-Kanak, Buku Aktiviti dan Upin & Ipin

Standard

Sabtu yang lalu, ayah bawa saya ke Pesta Buku Kanak-Kanak di PWTC. Kata ayah, “ayah mahu borong buku yang banyak untuk Nina..”

Saya ikut sahaja; meskipun mood tidak begitu baik.

Kami tidak singgah lama di pesta buku itu kerana mood saya sangat tidak bagus. Ayah hanya sempat beli 4 buah buku aktiviti dan sehelai tshirt Upin dan Ipin untuk saya.

Kemudiannya ayah cuba pujuk saya dengan membawa kami makan di Ani Sup Utara..

Sup, kan kegemaran saya? 😀

Lihat, mood saya sudah pulih, bukan? Sudah boleh senyum..

..dan menggigit jari mama! hehe..

Setibanya di rumah, saya terus mencuba buku-buku aktiviti saya.

Seronoknya, saya ada 4 buah buku aktiviti. Kata ayah, sekiranya mood saya baik-baik sahaja, ayah akan belikan lebih banyak buku untuk saya.

Aduh, ruginya!

..mana pensil warna saya tadi, mama? Ala, saya mahu mewarna ni..

Jeng..jeng..jeng..

Inilah tshirt Upin dan Ipin yang sempat ayah belikan untuk saya itu. Comel, tak? 😀

Terima kasih ayah.

Berat Badan Ayah Bertambah 5kg

Standard

Saya terdengar keluhan ayah tentang penambahan berat badannya. Kata ayah, untuk sementara waktu mama dicutikan dari memasak!

Alahai..besar sangatkah 5 kilogram tu? Habis,  sup saya bagaimana? Saya pun perlu diet, kah?

Oh,mujurlah saya dan mama dikecualikan daripada berdiet sama.

Bila mama dicutikan memasak, ayah bawa pula saya dan mama makan di Ani Sup Utara, Sri Gombak.

Mana pesanan saya ni? Saya sudah bosan..

Sementara tunggu makanan, saya bermain ‘mak-mak’  dengan mama..

‘Tidur, ya? Pejamkan mata..’  (sambil menepuk-nepuk mama) 😀

Makanan dah sampai!

Bismillahirrahmanirrahim…

Hm, sedapnya sup ayam ni..

Mama, saya boleh suap sendiri..

Ayah, kami sangat menghayati makanan ini. Semoga misi ayah hilangkan 5 kilogram itu berhasil 🙂

Temu janji dengan Dr. Mohd Nasir Hassan

Standard

Temu janji?

Yay! Tapi dengan siapa, mama?

Kata mama, selagi saya masih bergelar kanak-kanak; istilah temu janji saya hanyalah dengan doktor sahaja.

Hm..betul, kah begitu?

Tidak mengapalah..temu janji dengan Dr Nasir pun best!

Dr. Nasir, saya datang lagi untuk dapatkan pemeriksaan.

Jangan salah faham, ini bukan restoran ya?

..tapi di klinik Dr. Nasir.

Biasalah..saya dan bekal, diibaratkan seperti irama dan lagu; tidak boleh dipisahkan.. 😀

Setiap kali menunggu giliran, di meja inilah port saya..

Berdrama pendek dengan doktor. Tetapi tidak pula dikasihani doktor. Mungkin kerana tiada iringan air mata.

Untuk pemeriksaan berikutnya saya akan keluarkan sedikit air mata kasihan 😛

Aduh! Saya sungguh tidak gemar dengan stetoskop. Ia sejuk!

Makan-makan dan Beriadah

Standard

Hujung minggu memang saya tunggu-tunggu kedatangannya.

Kali ini ayah bawa saya ke Taman Tasik Titiwangsa. Tetapi, sebelum itu kami ke Jusco Alpha Angle dahulu.

Mama mahu beli barang..

Nah, ayah..saya dapat tester wangian.. 😉

Kami singgah minum dahulu di Big Apple Cafe.

‘Hello, siapa tu? Oh, Tok..’

Selesai sahaja urusan mama, barulah kami ke taman pula. Yes!

Yahuu, seronoknya..lama sungguh tidak ke sini..

Tentu burung-burung ini rindukan kehadiran saya, kan mama?

‘Kapal terbang! Saya di sini…’

Huh! Penat saya jerit..

Bebasnya rasa. Hm, ke mana lagi saya nak pergi ni, ya?

Oppss..mama sudah ajak balik..

Lari!!! 😀

Bebas bersama ayah

Standard

Bermain berdua dengan ayah memang menggembirakan saya. Ayah sangat cool..

Peluang keemasan ini kami ‘pulun’ habis ketika mama sedang sibuk memasak di dapur 😀

Ayah benarkan saya selerakkan rumah..

Saya juga boleh jadi ‘pengarah’ dalam setiap permainan kami.

Bukan itu sahaja, saya dibenarkan duduk di dalam kotak simpanan permainan ini..

Juga melakukan sketsa pendek di atas pentas buatan saya seperti ini.. 😀

Masa untuk Berangkat Pulang..

Standard

Keesokan paginya.

Saya dibawa mama keluar ke halaman depan rumah tok untuk melihat burung serindit kepunyaan bersama Anyah, Alang, Acik dan Acu.

Ada 4 ekor kesemuanya..Cantiknya mama..

Mama, boleh saya lepaskan burung-burung ini? 😀

Sesudah mandi.

Mahu main apa lagi, ya? Oh! Saya belum bermain dengan selipar opah lagi..

Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan 😦

Pada sebelah petangnya pula, kami bersiap-siap untuk pulang..

Alahai, rasa belum pun puas bermain di rumah opah..sudah sampai masa untuk berangkat pulang.

..bermanja dahulu dengan Tok.

Mana tudung saya, mama?

Haa, itu pun tudung saya 🙂

Cak!

Ok, sudah siap. Comel tak, Tok?

Acik, kita belum bersalaman!

Babai Opah dan Tok..nanti ada kelapangan, saya pulang lagi..

Berhujung Minggu di Kampung Mama

Standard

Setelah hampir 3 bulan, akhirnya hari Sabtu lepas, selepas Asar kami sekeluarga pulang ke kampung mama di Tg Tualang, Perak.

Yay! Seronoknya..boleh saya jumpa Opah dan Tok, bermain dengan Acu dan juga Acik.

Minum duhulu! Err, sebenarnya saya mahu tunjuk botol air saya yang baru..hehe

Saya pelawa Acu minum sekali supaya dia ‘perasan’ dengan botol saya itu..bijak tak? 😀

Posing pula. Persis model jus oren ‘Twister’ pula.. 😛

Sayang dan rindu Acu..

Sudah tukar baju kegemaran..

Duduk atas Acu..lompat, lompat, lompat..hehe

Haih, seronok semacam apabila sudah lama tidak berjumpa ni..macam-macam saya nak tunjuk.

..termasuk skill saya memakai cermin mata hitam sendiri 😛

Ketika tok pulang dari masjid, saya sudah kepenatan.

Setelah memperlihatkan semua aksi, saya mahu baring pula. Oh! Opah buatkan saya sarung bantal baru..cantik..terima kasih Opah.. 🙂

Kek untuk Kawan-kawan..

Standard

Err, sebelum saya terlupa, entri kali ini saya nak tunjukkan pula rupa kek yang ayah belikan khusus untuk kawan-kawan saya di sekolah sempena meraikan hari lahir saya yang lalu..(nak tunjuk juga, tu!) 😛

Comel, bukan?

Maaflah, kualiti gambar kurang memuaskan kerana hanya menggunakan kamera hand phone sahaja..

Perihal Rezeki 7 Disember 2010

Standard

Alhamdulillah..saya masih boleh menikmati kegembiraan dan rezeki ketika menyambut hari lahir..

Sebagai tanda kesyukuran, mama sediakan sedikit tanda hati berupa makanan buat rakan-rakan saya di sekolah..

Ada cupcake comel, coklat lolichoc, choki-choki, dan juga keropok..haaih! Kesemuanya saya bukanlah kegemaran saya..(saya gemarkan sup!) 😀

Semoga kawan-kawan gembira menerimanya 🙂

Pesan orang tua-tua, rezeki jangan ditolak..Baju yang saya pakai ini adalah pemberian rakan baik mama di pejabat..

Sebaik ternampak baju cute ini (yang disorok) di dalam beg mama saya terus minta mama tukarkan dress Adidas yang saya pakai kepada baju ini..

Kanak-kanak seperti saya tidak salah pun, menyalin baju di dalam kereta, bukan? 😉

Drama pendek..

‘Assalammualaikum..makcik mahu beli minyak angin?’ 😀

Mencuba coklat lolichoc..

Nah, mama..coklat bukanlah kegemaran saya..sediakan sahaja sup untuk saya, ya? 🙂

Err, entah mengapa terasa sedih pula bila coklat itu sudah dihabiskan ayah 😀

Mama tunjukkan pula satu lagi hadiah dari 3 orang rakan baik mama..Wah! Saya sudah punya cd player sendiri yang didatangkan bersama 4 keping cd..

Perkenalkan, beg strawberi..beg ini pula pemberian dari Acik saya..terima kasih Acik.

Ok, saya mahu tonton cd ini.. La..la..la..la..la..

Ketika ini tiada seorang pun dapat mengagak yang saya mahu menonton cd mainan ini melalui pemain PS3 kepunyaan ayah..

Sesi penggambaran berakhir apabila mama menyedari yang saya telah memasukkan cd mainan saya ke dalam pemain PS3 ayah..hehe..Ayah dan mama terkejut. Mujurlah ayah tidak memarahi saya..(sambil mengelap peluh di dahi!)..

Maafkan saya ayah, saya tidak berniat merosakkan pemain PS3 ayah..saya cuma mahu mencuba..