Monthly Archives: June 2011

Menemani Ayah Berlatih Badminton

Standard

Ayah berlatih badminton?

Iya, termasuk malam semalam; sudah dua kali ayah dan kawan-kawan sekerjanya berlatih badminton. Bersemngat betul.

Bukan hanya ayah, saya pun mengambil peluang yang ada sebaik-baiknya untuk mengasah bakat yang ada..hehe. Sayang sekali mama tidak pula merakamkan aksi-aksi hebat saya dan abang Najwan bermain badminton yang juga menemani ayahnya berlatih di situ..

Abang Najwan sempat memberikan tips bagaimana memegang raket dan cara memukulnya dengan betul.

Sepeninggalan abang Najwan, mujurlah ada adik Aufa, tidaklah bosan sangat. Meskipun cuma sebentar bermain bersamanyaย terhibur juga saya dengan keletahnya…

Malunya saya apabila diminta mama untuk bergambar bersama adik Aufa.

Aksi-aksi terhebat ayah.

Hmm, ada style lah! Hehe

Ini pula saya. Sementelah abang Najwan pulang awal, terpaksalah saya berlatih seorang diri ๐Ÿ˜›

Hampir dua jam bermain! Patutlah saya penat…Saya perlu cas semula tenaga yang hilang ๐Ÿ™‚

Plan B

Standard

Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.

Begitulah yang boleh saya katakan apabila rancangan kami anak-beranak untuk berjoging seawal pagi Ahad di Taman Tasik Titiwangsa gagal.

Mengapa gagal? Sayalah..tidak mampu membuka mata setelah dikejut mama..hehe

Sedar-sedar sahaja matahari sudah pun memancarkan sinarnya..huhu. Tidak mengapalah, minggu hadapan masih ada, bukan?

Plan B kami untuk ke sana pada sebelah petang pun tidak berjaya juga, terlalu ramai orang di sana hinggakan tiada ruang tempat letak kereta buat kami. Hmm, agaknya kami perlu joging dari rumah kot ๐Ÿ˜‰

Akhirnya kami ke taman KLCC.

“Taman juga”, kata ayah..hehehe..

Baru kini kami berpeluang bersiar-siar jauh sedikit dari port biasa..maklumlah, saya bawa kenderaan sekali ke sana.

Tidaklah penat sangat ๐Ÿ™‚

Mujurlah Anyah dan mak Nyah singgah ke rumah petang semalam.ย Meriah perjalanan kami ๐Ÿ™‚

Puas bersiar-siar, kami pulang. Kata mama esok kena bangun awal untuk sekolah..

Alamak! Cuti hujung minggu sudah tamat? Cepatnyaaa… ๐Ÿ˜€

Semoga Ayah Pertimbangkan

Standard

Entri kali ini saya tujukan buat ayah tersayang ๐Ÿ™‚

Ayah, semakin banyak entri saya di dalam blog ini tentang makan. Harapnya suatu hari nanti saya boleh menulis tentang macam-macam lagi aktiviti sihat lain seperti berjoging ataupun bersukan kelak, ya?

Sementara menunggu entri yang dalam angan-angan saya itu menjadi realiti, saya tunjukkan dahulu gambar aktiviti jalan-jalan dan makan-makan saya..hehe

Sesudah makan.

“Ayah, pertimbangkan permintaan saya, ya?”, sambil mempamerkan muka kasihan..

Oh! Ayah tidak ada pakaian sukan ya? Nanti kakak belikan ayah kasut dan seluar sukan berwarna pink, ya? Ayah bayar! ๐Ÿ˜€

Kakak di Sana Sini

Standard

Sejak memiliki basikal baru, saya berkeinginan benar bersiar-siar dengan kenderaan baru saya ini di taman..Namun, oleh kerana akhir-akhir ini hujan di sebelah petang, ayah mengaturkan keinginan saya ini di sebelah malam..

Di mana lagi, taman mini safari Jusco sahajalah! ๐Ÿ™‚

Saya dan mama cuba beraksi comel di hadapan kamera sementara menunggu makanan tiba ๐Ÿ™‚

Err, perasan tak baju kami sama..1 set ke semuanya hadiah daripada Alang..

Seperti biasa, sebelum pulang saya menjengukย ย dahuluย kawan-kawan seusia saya yang riuh-rendah kegembiraan bermandi-manda di air pancut sana..

Menemani Mama Berlatih Badminton

Standard

Malam semalam saya ikut mama berlatih badminton bersama-sama tim sukannya.

Saya diberitahu, Sabtu nanti ada perlawanan tertutup di tempat kerjanya.

Dengan kesempatan yang ada, saya pun mengambil peluang yang ada untuk turut sama berlatih..

Bukan selalu dapat bermain di court..

Apa pendapat semua tentang aksi saya ni? Persis pemain profesional, bukan? ๐Ÿ˜€

Penat bermain badminton, ronda-ronda pula keliling gelanggang..

Di tengah-tengah kesibukan mama dan rakan sekerjanya bermain, saya dengan selambanya pula lalu-lalang di dalam gelanggang mereka..hehehe

Bagi yang ragu-ragu dengan kebolehan mama bermain, saya kepilkan di sini aksi-aksi yang terhebat mama bermain..

Ya, mama saya lah tu ๐Ÿ˜‰

Ini pula gambar mama ketika beraksi sebagai rakan regu Cijah..

Oh sungguh seronok berlatih malam semalam..sungguh pun penat, tetapi puas.

Bersiar-siar di Putrajaya

Standard

Sabtu yang lalu saya dan mama bermalam di rumah Anyah. Ya, kami berdua sahaja. Ayah hanya datang menjemput kami pulang pagi Ahadnya.

Tapi, sebelum pulang, kami bersiar-siar dahulu di Alamanda, Putrajaya.

Seperti biasa, sebelum memulakan perjalanan kami makan tengah hari dahulu.

Bila sudah kenyang, barulah boleh bersiar-siar..hehe

..dan jugaย window-shopping.

Usik sana, cuit sini ๐Ÿ˜‰

Jeng..jeng..

Siapa sangka, saya dapat basikal baru di sana.. ๐Ÿ™‚

Oh! Malu pula saya apabila semua orang memandang.

Relaks sedikit bila bergerak dengan basikal..

Beginilah aksi saya bila diminta ayah untuk posing sedikit..hehe

Ish! Malulah.. ๐Ÿ˜›

Vrommm..vroomm..

Sekianlah sahaja cerita buat kali ini..sehingga bertemu lagi..