Assalammualaikum wbt..
Selamat datang ke blog saya.
Jika 18 hari yang lalu saya bercerita tentang lawatan kali kedua saya ke Aquaria, pada kali ini saya mahu kongsikan gambar dan cerita ringkas saya beriadah di Taman Tasik Titiwangsa baru-baru ini.
Ya, benar, saya agak kerap menulis tentang riadah saya di Taman Tasik Titiwangsa, bukan? Tetapi entri saya bermain skuter belum pernah dikongsi di sini 🙂
Inilah saya, skuter pink dan cermin mata ungu.
Bergaya atau tidak? 😉
Terpaksa ditolak. Rosakkah?
Tidaklah. Pada hari itu, saya agak penat untuk bermain skuter sendiri. Kasihan Mama terpaksa pula menolak saya dan skuter daripada belakang. 😛
Kebiasaannya saya agak handal bermain skuter. Pantang sahaja ternampak kanak-kanak sebaya saya bermain skuter, saya pasti mahu mendekati dan bermain dengan mereka.
Hm, apalah..baru sahaja berjalan, Mama sudah penat, mujur sahaja terdapat kerusi yang kosong dapatlah kami berehat panjang, makan buah-buahan sambil menikmati pemandangan indah air pancut.
Berkali-kali ke sini pun saya seronok!
Psst…saya berhajat mahu ke sana lagi dengan harapan dapat melihat perlumbaan kereta mini pula. Harap-harap ayah tidak sibuk.. 😉
Sekian sahaja buat kali ini. Terima kasih meluangkan masa melawat dan membaca entri saya, semoga bertemu lagi..
Assalammualaikum..